Wednesday, April 29, 2009

. aku bukan pilihan hatimu .

Dunia ni kelakar kan.

Orang yang kita nak, tak nak kat kita.
Orang yang kita tak berapa nak pulak yang beria-ia.

Kadang-kadang aku rasa dunia ni tak adil. Tak adil pada aku. Aku tak punya banyak pilihan. Apa yang dibentangkan depan aku, itulah yang aku ambil. Suka atau tidak, itu belakang kira.

Memberontak.

Itu aku yang dulu. Sekarang aku lebih banyak menerima. Redha. Aku malas nak cakap banyak, aku malas nak mintak lebih-lebih sebab aku tau aku jarang-jarang dapat. Aku tak suka komplen sana sini sebab aku tau aku bukan bagus. Orang yang banyak komplen tu pada aku orang yang perasan dirinya bagus. Semua orang salah, dia je la yang betul.

Tapi, itulah manusia. Kadang-kadang kita perlu menjadi hipokrit untuk menjadi orang yang disenangi ramai. Salah ke menjadi hipokrit? Hipokrit untuk menjaga hati orang, hipokrit untuk mengelakkan suasana tegang, hipokrit untuk menjaga nama baik sendiri, pada aku itu tidak salah. Aku mengaku dalam keadaan tertentu, aku pun hipokrit jugak. Siapa kat sini yang tak hipokrit? Ada ke? Bullshit!! Kita semua hipokrit ok. Cuma tahap hipkorit dan tujuan kita sahaja yang berbeza.

Kadang-kadang aku rasa penat dengan hidup nie. Banyak perkara yang sangat-sangat tak memuaskan hati aku. Tapi, siapa aku nak persoalkan semua tu? Bukankah tuhan tu maha adil. Maha Mengetahui? Makanya dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk aku. Tapi, tu la, sebagai manusia kita memang jarang berpuas hati dengan apa yang kita ada. Kita tamak. Selalu nak lebih. Tak tau nak menghargai. Tak reti nak bersyukur. Akhirnya apa yang dikejar tak dapat, dikendong berciciran. Aku tak nak jadi macam tu. Aku dah penat mengejar, tak larat nak mengendong lagi. Lantas, apa? Lepaskan semuanya?

Kalau lah aku diberi pilihan.



8 comments:

  1. klu Tuhan beri kita apa yg kt mintak awal2, DIA sayang kita..
    klu DIA bagi lewat sket tu DIA nak uji kita...
    klu DIA tak bagi langsung tu maknanya DIA lebih tahu ape yang terbaik untuk kita.Mungki DIA merancang sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita minta.

    (aku slu ingat kata2 ni sbg pembakar semangat)

    ReplyDelete
  2. semakin meniti usia, semakin kita menjadi matang.
    dan mampu berfikir lebih baik untuk setiap keputusan yang dibuat.

    ReplyDelete
  3. alehai....menyentuh perasaan plak entri nih...

    sedih sedih

    ReplyDelete
  4. weyh, ajar aku wat logo address toolbar cam ko wat gambar lollipop tuh~

    ReplyDelete
  5. alamak...masa wat ni ko tgh gelak2 kn??camner bleh cedey plak ni...tak logik nih...

    ReplyDelete
  6. cis kak linda bocor rahsia....

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..