Friday, April 24, 2009

. moody .

Semalam merupakan hari moody aku. Biasanya kalau aku moody, aku suka diam. Malas nak bercakap, malas nak balas sms dan jawab call.

Semalam pulak, adik aku yang darjah 5 tu asik la sms aku ajak aku teman dia pergi Hari Usahawan kat sekolah dia hari Sabtu ni. Aku dah la moody time tu, dia pulak antar msg banyak-banyak kat aku. Selagi aku tak jawab selagi tu dia antar. Bila dah macam tu, aku mula la nak hangin. Langsung aku tak jawab sms dia.

Balik dari kerja, aku terus masuk bilik. Tutup pintu. Konon-konon nak tenangkan fikiran, tapi adik aku ni asik le dok kacau aku. Tak puas hati la tu selagi aku tak jawab msg dia. Tapi, yang aku geramnya, dia mintak adik aku yang kecik tu pulak tolong cakap kan. Dah le budak tu asik keluar masuk bilik aku. Pastu aku geram, terus aku bertempik suruh keluar. (hoho, jahatnya aku). Amek ko, mencicit keluar dari bilik aku. Hihihi.

Pastu, aku terus tutup pintu dan pergi mandi. Keluar je dari bilik air, tetiba aku terpandang sesuatu kat bawah pintu bilik aku.



Ada kertas la. Ni mesti kerja adik aku yang dua orang tu. Main hantar-hantar surat bawah pintu pulak. Dah macam cerita P. Ramlee daa. Ceh.




Haha. Nampak tak tulisan 'adik pun nak masuk umah hantu' tu. Aku tau ni kerja adik aku yang darjah 5 tu, tapi dia selalu gunakan adik aku yang kecik tu. Buat tulisan comot-comot konon-konon adik aku yang kecik tu la yang tulis. Padahal aku tau ni kerja dia.

Tetiba rasa kesian pulak kata adik-adik aku. Tapi, aku yang jahat ni malas nak reply surat tu. Aku wat bodoh je sampailah diorang pun dah tertidur bila aku keluar dari bilik. Hehe. Jahat kan aku.

Tapi, sebenarnya aku memang akan pergi. Cuma semalam je malas mood aku kureng. Nasib korang la dapat kakak cam aku. Hehe.



My little angel : SARAH & IMAH

9 comments:

  1. comel nye gaya ala-ala pramlee adik-adik kamu ni.
    aishh. tersentuh ati.

    tp budak-budak mne tau kita ni moody ke ape kn.
    ;)

    ReplyDelete
  2. iskk...
    weh tak baik ar buat adek2 ko camtuh...
    cian diorang...
    ko nih kalau moody mmg camtuh...
    hahahahhaha...
    tp surat... tulisan comot2...
    imah n sarah...
    korang mmg cute...
    hihihihihi...

    ReplyDelete
  3. kecik2 dh pandai tulis surat
    hihihi

    ReplyDelete
  4. haha aje le bebudak ni..rindu la pulak..

    ReplyDelete
  5. hoho.mmg best entry ko.tu pasal aku marah klu ko tutup blog.haha.ko kan kakak yang baek.sian sarah ye tak.tapi seprais nnt ko g jgk hari usahawan tu.

    jgn lupe snap gambar.pengajaran:agaknye dulu ko pun suke main surat bawah2 pintu tak.haha.

    ReplyDelete
  6. takleh blah ima pura2 wat tulisan buruk konon2 sarah tulis...

    tu ain la yg ajar taktik soh sarah jadik messenger..ima pon ikut.

    kalo ngn abah bleh la jalan taktik tu,tp kene pulak ngn ko...mmg malang, tak masal kene tempik..
    kesian...

    ReplyDelete
  7. cujen, ko mmg jaat tau, sian sarah n imah. kalu aku mmg aku menitik air mata bila dpt surat cmtu.. hukhukhuk

    lalalala.. malu nk ngaku saya mmg lembut hati~

    P/S: padahal menitik air mata sbb gelak xhenti2..hahaha.. nasib la family kte ada org mcm kte kn cujen..ahahaha~

    ReplyDelete
  8. haha kiut nye diorg hantar surat cam tu

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..