Tuesday, May 12, 2009

. hantu getah .

Semalam, pagi-pagi lagi aku dah mengamuk. Puncanya GETAH RAMBUT aku hilang. Memandangkan rambut aku panjang dan aku pergi kerja bertudung, maka getah rambut itu sangat penting bagi aku. Takkan la aku nak pakai tudung pastu rambut terjulur keluar kan. Dah rupa hantu je. Lagipun mesti rimas nanti.

Cari punya cari, tak jumpa. Padahal sebelum ni punyalah banyak aku beli getah rambut. Macam-macam jenis ada. Jenis getah, jenis kain, jenis ropol2 semua ada. Tapi, yang peliknya tak sampai sebulan habis semua getah2 rambut tu. Aku pun tak tau la sape yang makan. Ada hantu getah agaknya kat rumah aku. Ke aku yang salah letak? Erm, malas pulak aku nak pikir pagi-pagi tu. Sudahnya aku membebel pagi-pagi buta tu. Abis sume kena marah. Pastu dah takde sangat, mak aku bagi getah rambut dia. Tapi, bukan getah rambut. Getah gret ke ape tah orang panggil tu. Ala, yang kaler kuning tu buat ikat plastik. Ah, lantaklah. Janji boleh ikat rambut. Dah la aku semangat nak pergi kerja awal hari tu. Getah rambut punya pasal, terus jadi lambat dibuatnya.

Semalam mak aku hantar pergi kerja sebab dia nak pakai kereta pergi KL. Dalam kereta, aku tak abis-abis lagi nak ngamuk. Semua tak kena. Ngan mak aku sekali kena tempias. Marah punya pasal, terlupa nak bawak handphone. Lagilah naik temperature aku masa tu. Sampai-sampai je opis, kunci opis pulak tak bawak. Kunci opis memang aku letak sekali kat kunci kereta. Lupa pulak nak amek kat mak aku. Hadoi..... masa ni serpihan2 api dah mula keluar melalui hidung dan telinga aku. Memang hangen satu badan dibuatnya. Memang semalam mood marah aku menguasai diri aku. Tak ada mood aku nak buat kerja. Nasib baik bos aku balik awal. Boleh la jugak aku relax-relax.

Huh, ni semua GETAH RAMBUT punya pasal. Mulalah aku rasa nak potong rambut pendek je.
Haih.





Tapi kan,

Petang tu aku balik rumah, masuk-masuk je bilik nampak sesuatu atas meja solek aku;




Nampak tak? Ok, aku closed up sket gambar tu ;



GETAH RAMBUT!!


Hahahaha. Hambek ko cujen! Banyak gila mak aku beli getah rambut. Colorful pulak tu. Perli aku la tu. Hihihi. Ni pakai setahun pun tak habis. So, tak jadi lah nak potong rambut. :-p

Mak aku memang terbaik la!

22 comments:

  1. giler banyak ko nyer getah rambut..hahaha

    ReplyDelete
  2. segala jenis rambut ko leh ikat mcm 2 punya byk getah ;)

    ReplyDelete
  3. hah
    kalo ilang gak
    tak dapek nak nolong tue

    ReplyDelete
  4. bole buat niaga tu.
    satu singgit.
    hehehee

    ReplyDelete
  5. hahaha..bijak..bijak... kalau aku jual satu singgit, konpom aku kena santau pastu.... ;-p

    ReplyDelete
  6. Salam kenal n singgah2 cujen..
    Jom xchange link yukk...

    ReplyDelete
  7. haha, boleh ikat segala 'rambut' yang ada!

    ReplyDelete
  8. segala rambut yang ade??
    teruja kejap.... hehehe

    ReplyDelete
  9. amek kau...!!!
    sejak bile mak jadik begitu sarcastic sekali?
    sumpah lawak hell tu..
    ko gantung la sume tu kat kepale ko.
    ikat rambut sehelai2.

    ReplyDelete
  10. tibe2 ak teringat tragedi hantu getah ni mmg dh lame menghantui family kite ar.

    ko igt tak mase kite kt Lendu dlu, yg ak kerat rambut ak yg panjang gile tu sebelom gi sekolah sbb tak jumpe getah rambut punye pasal.
    drastik betol tindakan ak mase tuh.

    celake tol hantu getah ni.

    ReplyDelete
  11. klu ilang jgk mmg sah ada hantu getah dalam umah ko.hahaha.sayang mak ko kat ko yer.... :D

    ReplyDelete
  12. momoko..

    hahahhahaa....aku tak ingat la yang ko gunting rambut tu.. sumpah lawak gila babi....

    getah rambut ni memang suka menysahkan hidup aku...

    ReplyDelete
  13. wadah...mak aku bukan beli sebab sayang aku tapi sebab malas nak dengo aku membebel kat umah.. hihihih....

    ReplyDelete
  14. memang lawak betol...sampai tiga ko komen... hahahhaha

    ReplyDelete
  15. hambek ko! hahaha...leh mkn getah rambut tu..

    ReplyDelete
  16. aku rasa ko la antu makan getah. time tdo ntah2 ko ada 2personaliti.
    hahaha~

    ko bley niaga getah rambut lepas nih.hahaha~

    ReplyDelete
  17. ko tau, entri ko ni buat aku gelak mcm org sawan ko tau.
    mak aku siap baca.
    gelak-gelak.

    ReplyDelete
  18. masa aku balik tgk getah rambut tu pun aku hampir sawan gak...hehehe

    ReplyDelete
  19. sangat besh story hantu getah ney..
    getah kuning yg mak u bg tu we all org johor panggil getah 'tempe'.heheeee..

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..