Sunday, May 31, 2009

. love story .

Owh, sudah lama aku tidak mengupdet blog. Huhu. Dengan line internet berukband celcom yang macam SIPUT BABI ni, keinginan untuk mengupdet blog terpaksa la dipendam dalam hati jek. Sebabnya aku takut nanti ade yang patah dua jugak laptop ni aku kerjakan dek kerana geram ngan line berukband nie. Lembap tak lembap la berukband ni, sampai aku terpaksa tunggu selama sejam tuk bukak page blog aku nie. Tengok, betapa sabarnya aku. Huh! Ok, lupakan citer pasal berukband tu. Wat temperature aku naik jek. Hnssffffffff......

Minggu ni aku jadi budak baik, sebab teman berpoya-poya aku busy dengan agenda tersendiri. Dan minggu ni jugak, masa aku banyak dihabiskan dengan tido. Zzzzz. yer, aku memang ratu tido. Sila berikan tepukan untuk itu. Aku bangun tido jam 7 pagi. Lepas balik kerja kul 5 aku akan tido sampai kul 8 malam camtu, pastu bangun untuk mandi dan makan, lepas tu dalam kul 11 aku akan tido balik. Huhu, gile ah. Bukan calang-calang orang boleh wat camtu. Dan 2 minggu ni aku straight tido senja. 2 minggu tanpa henti ok. Aku rasa tak lama lagi korang takkan tengok aku updet blog lagi la sebab dah masuk hospital gila. Orang kata tido senja ni boleh jadi gila. Ah, watever la. Masalahnya aku bukan nak sangat tido time senja tu, tapi time aku nak tido je, senja. Nak wat cemano? Huhu. Aku rasa aku kena beli jugak kasut jogging so time petang pas balik kerja tu, boleh la aku pergi joging atas bukit putrajaya nan indah tu. Ok, esok jugak aku pergi beli.

Sabtu ari tu, hari jadi boyfren aku yang tak macam boyfren tu. Ala, si dia yang aku meroyan tu la. Hehe. Aku plan nak belikan dia present, tapi tak tau nak beli ape, plus tahap malas aku berada di langit yang ketujuh, jadi agenda membelikan hadiah and watever tu tak jadi. Malam bestday dia tu, aku keluar ngan dia, konon-konon nak pergi sunway pyramid sebab padini wat sale. Dia ajak keluar petang tapi disebabkan hobi tido aku tu, janji kul 6.30 jadi kul 8.30. Sampai umah dia kul 9. Ade hati nak g sunway? Lupakan je la. Sampai sana sunway pun dah tutup. Last-last kitaorg g makan je. Pas makan, cemolot sepam dua, pastu aku balik. Pas balik tu aku terus membongkang. Terjaga kul 1 pagi. Alamak!!! Lupe nak wish happy bestday. Cis!! Baru nak jadi orang pertama yang wish kat dia. Hadoi, rasa nak lempang muka sendiri sebab suka tido. Aku gagahkan jugak anto sms dalam keadaan mata terpejam. Aku pun tak tau ape yang aku sms dia. Tapi, yang aku ingat sebelum aku hanyut dibuai mimpi terindah, aku sempat baca sms yang dia reply 'thanks yang for the long wish. really appreciate u in my life'. Owh.....malam itu aku tido dihiasi mimpi2 indah. Yezzzzaaa.

Esoknya kami dating-dating. Macam biasa janji kul 10 pagi, kul 12 baru aku sampai. Lalalala. Destinasi kami, tentunya sunway pyramid. Nak soping kat padini sket and of course sunway pyramid itu adalah tempat pertemuan kami yang pertama. Owh, bestnye bila mengenangkan detik-detik itu. 'er, awk ada join budak bikers subang ke?' --- ayat pertama yang keluar dari mulut dia. Aku ingat lagi muka dia masa tu. Muka cam takut-takut miang. Huhu. 29 Disember 2008. Dah 5 bulan berlalu. Tak sangka dalam keadaan camni pun, boleh lagi bertahan sampai 5 bulan. Bravo. Bravo. Dengan dia aku memahamai apa itu erti SABAR. Yer, SABAR ye kengkawan. Perkataan yang tak pernah ada dalam kamus hidup aku selama ni. Tapi, dengan dia segalanya berubah. So, aku berterima kasih pada dia untuk itu. Ala, baru 5 bulan. Belum 5 tahun lagi. Takkan aku nak give up kot. Never you!! Ok..ok. Cukup la cerita sampai sini. Yang pastinya aku terlupa nak belikan dia hadiah. Dan kat ucapan. WTF! Haish..... Sejak akhir-akhir ni, aku mengalami sindrom pelupa yang amat. Adakah itu tanda-tanda mau jadi gila kesan daripada hobi tido waktu senja?? Aghhh..tidak!!

Esok masuk penggal kedua untuk tahun 2009. Aku mau buat azam baru!
Chaiyo!!



p/s : Cerita kalau takde gambar, mesti tak best .. so, nah gambar tuk tatapan korang. Yay!


Model baru Carls Jr. Hehe.


Sibuk dok usha donut orang.


Ok, saya nak yang tu.


Ah, tak jadi. Ubah pikiran. Amek yang ni pulak.


Nyum..nyum....sedapnye!!!


Oit..oit..ape ni...sume gambar aku je nie. Gila kuasa betol la. Ok...ok... letak gambar SI DIA pulak.



Gambar kecik sudah!! Hehe



Ok, ini sebagai penutup


Suka ati korang la nak tengok cemana. Nak terbalikkan pc ke. Hehehe



Sekian, mekasih.

Tata.

9 comments:

  1. woi kepala aku dh terpusing 180' nih.

    ReplyDelete
  2. cujen, nampaknye ko masih ada hati tu.haha.hati2 jalan raya.nanti tak raye :P

    lagi satu klu lah aku dapat tanye kat 'mr' yang ko minat neh...aku sure akan tanye.apesal la kot tak lepaskan kawan aku lagi.hehe

    ReplyDelete
  3. pC aku dah terlaBik nehhh. hehehe.

    ReplyDelete
  4. cujen dalink!!!!

    AKU KEMBALI!!!!

    heeee~

    **kamu makin chumel!!
    (^_^)

    ReplyDelete
  5. mmg da lama tgu ko update..
    pasa pic berdua tu,ish mmg rasa nak terbalik pc nih jer (",)
    adei...

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. mcm penah kulihat gamba ni..
    tapi di pc mana ya?

    ReplyDelete
  8. carl's junior tu kalau nak mkn kena tunggu perut betul-betul lapa kan? beger besar gila tak hengat. terkoyak mulut makan :D

    ReplyDelete
  9. hehe..betul tu...
    biasanya saya share je ngan dia... perut kecik, tak mampu nak habiskan..
    suka dia nye fries..

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..