Monday, June 8, 2009

. saya AMIR AL HAKIM yang comel .

Hai, semua!
Nama saya AMIR AL HAKIM.
Umur saya baru 6 bulan.
Buat masa ni saya dah pandai nak meniarap.
Saya juga dah boleh makan nestum.
Kadang-kadang kalau diagah saya akan ketawa.
Kalau saya ketawa, muka saya comel sangat.
Bukan saya kata la.
Mak Ngah saya CUJEN THE LEJEN yang cakap tau.
Dan disebabkan kecomelan saya tu,
saya rasa saya perlu mengenterpremkan diri saya di blog beliau.

Buat masa ni saya lepak dekat umah mak ngah saya di Putrajaya.
Maklumlah, mak bapak saya cuti.
Oh, ya lupa nak bagitau.
Ummi dan Abi saya cikgu tau.
Diorang cuti sebab tu diorang bawak saya datang sini.
Lagipun saya tau, nenek saya dengan makcik2
saya kat Putrajaya ni mesti rindu sangat dengan saya.
Ye la, saya kan satu-satunya cucu dan anak buah diorang.
Mestilah diorang sayang saya lebih.
Bestnya jadi cucu yang pertama ni.
Hehe

Oh ya. Satu lagi saya nak bagitau.
Buat masa ni mak ngah saya si CUJEN tu,
dia mengalami masalah mental sket.
Sebab tu dia malas nak updet blog dia.
Ala, lagipun blog dia bukan best sangat pun.
Saya rasa dia tak updet pun lagi bagus.
Baik dia layan saya dari dia updet blog.
Hihihi.

Memandangkan saya dah enterpremkan diri saya kat sini,
saya nak tinggalkan pesan kat MAK UDA saya
yang belajar kat UK tu.
Saya tau, dia mesti baca blog MAK NGAH saya ni.
At this moment (ceh ckp omputih pulak saya)
saya belum berpeluang lagi jumpa MAK UDA saya.
Maklumlah, masa mak uda saya balik cuti tahun lepas,
saya masih di dalam perut ummi saya.
Bila saya lahir, dia dah balik UK pulak.
So, kesian dia tak dapat jumpa saya yang comel ni.

Jadi dikesempatan ni haruslah kiranya saya
sampaikan pesan kepada beliau.
Maka pesanan itu berbunyi demikian :

"Mak Uda, balik nanti belikan la HAKIM hadiah.
HAKIM nak hadiah yang best2 tau.
Kalau setakat kat malaysia leh dapat,
baik tak payah.
HAKIM nak yang branded je.
Kurang2 jenama Topshop ke, Coach ke, Paul Mith ke ape tah
ala, yang Mak Uda hadiahkan pakwe
Mak Uda beg sampai rega sampai 200 pound tu.
Hakim pun nak macam tu jugak.
Barulah ngam dengan kecomelan Hakim ni.
Jangan salahkan Hakim pulak.
Sikap Hakim ni turun termurun dari Abi Hakim tau.
Dia kalau bab bergaya tak nak mengalah.
Nak yang branded je.
Tapi, pokai.
Hihihi."

Ok la, buat masa ni cukuplah Hakim merepek sampai sini.
Bimbang pulak nanti
ramai makwe-makwe nak mengorat Hakim.
Atau yang berkenan nak jadikan Hakim menantu.
Isk, Hakim muda lagi tau.
Malu la nak kapel-kapel ni.
Hakim tak nak jadi macam Mak Ngah Hakim,
asik main cintan cintun je.
Tapi, tak kawen2 lagi sampai sekarang.
Kalau Mak Ngah Hakim dah kawen,
boleh lah Hakim soh dia mengandung.
Nanti Hakim ada sepupu.
Leh la teman Hakim main.
Korang pun doa-doakanlah Mak Ngah Hakim ni
cepat bertemu jodoh.
Kesian dia asik gagal dalam bercinta je
(macam lirik lagu pulak).
Hehehe.

Sebelum Hakim mengundurkan diri,
Hakim nak mengenterpremkan lagi muka Hakim yang comel ni.
Korang jangan merembes pulak tengok gambar ni.
Gambar ni cekci sket sebab nampak perut.
Opsss....(nasib perut lom boroi).
Hehehe.




Ok, jumpa lagi di lain siaran.
Muah!

Lots of love,
AMIR AL HAKIM bin SUHAIMI

10 comments:

  1. first aku nak cakap, COMEL NYE!!!!!

    panggil amir ke hakim? kalu amir dah macam nama anak ibu acik. aku panggil hakim jela k.. alala kiut giler naik tun todak kat kaki kak long.hahah~

    note: mak uda dia yg bernama zack tu balik bila? end of june ek?

    ReplyDelete
  2. hoho.tak aci.ni AKIM cakap ke MAK NGAH akim yang cakap.hahaha.

    comel AKIM ni.Kalau ada kawan nak berkenalan, ape salahnye.Tapi kene menuntut ilmu kebal ngan MAK NGAH okeh,heee

    ReplyDelete
  3. mak ngah dia mewakili hakim...hhihi

    ReplyDelete
  4. cet, budak kecik takleh pakai paul smith..sebagai tambahan tiade barangan bayi berjename coach mahupon topshop.

    tapi disebabkan kehenceman hakim, situasi akan di reconsider utk barangan2 berjename laen.

    namun demikian, utk mak ngah hakim, ia bergantung kepade keadaan kewangan mak uda yg semakin sempit. sekarang pon kais pagi makan petang.

    upload la gambo hakim yg laen. ak nk tgk..

    ReplyDelete
  5. mata belah kiri dia cam merah je..

    ReplyDelete
  6. haah..mmg merah...kena apa tah

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..