Sunday, June 28, 2009

. white flag .





Aku seboleh-boleh untuk tidak menjadikan blog aku sebagai tempat aku lepaskan segala emosi aku. Lebih-lebih lagi perasaan marah atau ketidakpuasan hati aku. Setakat mana aku boleh kawal dan simpan perasaan tu, aku akan simpan. Tapi, kali ni aku rasa tahap kesabaran aku mula menipis.


Mungkin aku bukan sesiapa kepada kamu. Aku bukan mak kamu, bukan kekasih kamu, bukan adik beradik kamu, bukan sedara mara kamu, jauh sekali gadis yang menjadi idaman kamu. Aku punya banyak kelemahan. Kelemahan yang berpunca dari kesilapan aku sendiri. Tapi, aku juga punya hati dan perasaan. Jangan buat aku macam sampah yang tak berguna.

Bukan harta benda yang aku kejarkan. Bukan kesempurnaan yang aku cari. Aku jugak tak mintak dilayan macam puteri. Cukup sekadar menghormati dan menghargai aku sebagai seorang perempuan. Macam mana kamu tidak mahu mak kamu, saudara perempuan kamu atau anak perempuan kamu dilayan macam bangsat, macam tu jugak aku.

Aku tak menyesal dengan apa yang berlaku. Setiap yang berlaku ade hikmahnya. Aku masih percaya kepada karma. Walaupun aku tak mintak perkara yang buruk berlaku kepada kamu, tapi percayalah tuhan tu maha adil.

Aku tak berhak nak salahkan sesiapa atas kebodohan aku, tapi aku sangat-sangat terasa hati dengan apa yang berlaku. Apa pun, aku doakan semoga kamu akan berbahagia dengan hidup kamu.

Aku?? Tak payah pedulikan aku. Hati aku pandailah aku menjaganya.

3 comments:

  1. awak, percayalah bahawa Tuhan dah rancang perkara yang jauh lebih baik untuk diri kita semua. :)

    awak sabar ye? like u said, karma itu ada.

    ReplyDelete
  2. ape pn yg berlaku pd diri ko sekarang

    percaya setiap yg berlaku ada hikmahnya

    cheer up dan teruskan kehidupan :D

    ReplyDelete
  3. bila masing2 tak cuba nak terima kelemahan kat situlah silapnya.

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..