Saturday, July 18, 2009

Blues Untuk Aku & Oren

3.33 am

18 Julai 2009

Aku masih terkebil-kebil depan pc. Tak tau nak buat apa. Mata macam mengantuk tapi rasa belum mau tidur. Rancangan tv pun tak ada yang menarik. Balik-balik rancangan yang sama diulang-ulang. Bosan.

Isi rumah semua dah lena diulit mimpi. Tinggal la aku dengan Oren yang melayan blues pagi-pagi buta nie. Si Oren ni memang setia betul dengan aku. Selagi aku belum tidur, dia pun dok menyibuk je ngan aku.


Satu perkara yang aku tak suka bila berjaga sampai pagi ni ialah : perut aku akan jadi lapar dengan menggila. Dan yang menjadikan stress ialah : tetiba makanan semua dah habis. Dan 7 eleven yang terdekat ko terpaksa mengharungi 6 trafic light untuk sampai ke sana. Semata-mata nak beli biskut atau roti. Haih! Bila 7e nak buat delivery 24 hours ek? In ur dream la cik Cujen oi.

*gi wat milo la sat.

Ok, sambung balik. Bila malam-malam sunyi macam ni, ditambah pulak dengan angin dingin pagi sempoi-sempoi bahasa yang masuk melalui sliding door yang sengaja aku tak tutup, mula lah hati aku nak jiwa-jiwa je. Tetiba aku layan lagu-lagu tangkap leleh ciptaan Eddie Hamid yang pernah popular satu masa dulu. Huhuhuhu. Muka je nampak ganas tapi hati aku jiwang beb. Jiwang karat kata kawan-kawan aku masa sekolah dulu. Sebab tu la orang kata don't judge a book by its cover. Tapi, aku kalau beli buku mesti nak tengok cover yang best-best jugak! Hehehe.

Tu citer masa aku sekolah-sekolah dulu. Kejiwangan aku memang tak dapat disangkal la satu masa dulu. Tapi sekarang dah kurang. Dah takde masa nak jiwang-jiwang ni. Lagipun aku takde sesape untuk aku berjiwa-jiwa nie. Buddy baik aku sekarang ni Oren je la. Citer pasal Oren ni kan, aku rasa dia ni macam kucing jelmaan manusia pulak. Pernah satu hari tu aku ngah sedih-sedih tetiba si Oren ni datang kat aku. Dok atas badan aku pastu tengok je muka aku. Memula seram gak aku. Lain macam je kucing nie. Takkan la tuan dia En. Kelly tu pulak yang menjelma jadi kucing kan. Haish, banyak sangat tengok citer kartun aku ni. Hehe. Tapi, aku pun bongok jugak. Gi borak-borak ngan Oren. Yang oren pulak angguk-angguk cam paham. Hahaha, gila saiko.

Si Oren ni pulak sekarang bukan main manja ngan aku. Kalau aku balik tu cepat je nak tangkap kaki aku. Pastu bila aku nak tido, dia pun nak landing atas badan aku jugak. Dasar kucing jantan yang miang. Cis!! Tapi yang bestnya, time aku tido dia pun tido gak. Bila aku bangun dia pun ikut bangun. Cam sekarang la aku tak tido lagi, dia pun dok merempit sana sini. Abis kaki aku digigitnya.

Tengok ar tu, pantang aku baring dia pun panjat badan aku.


Muka kerek gila!
Dah la halakan montot kat aku.
Takde moral betul si Oren ni.


Lately ni hidup aku tambah ceria dengan kehadiran Oren ni. Janji nak jaga seminggu je. Tapi, atas sebab tertentu si Oren ni dah dok ngan aku dekat 3 minggu. Ni nak tambah lagi seminggu sebab En. Kelly nak pergi Langkawi. Aku syak kalau genap sebulan, si Oren ni mesti takmo balik dah. Kate dah best dok ngan aku. Special treatment aku bagi. Best la ko Oren. En. Kelly jangan jeles ok!

* sejak akhir-akhir ni asik citer pasal Oren je. Siyes aku dah takde modal nak updet blog. Hehe.

Ok la. Time to sleep.

Oren, jom tido!!

6 comments:

  1. untungnye oren :

    kadang-kadang binatang ni lagi paham ngan kite tau.

    itu kaki sarah ye.hehe

    ReplyDelete
  2. tu ar kan wadah...best jugak bela kucing nie....

    tu kaki sarah...dia suka main kucing tapi cam takot2 gitu..

    ReplyDelete
  3. aku ade pengalaman idop dengan kucing yang byk.tapi bukan aku yg bela.actually cik meow ni manje ngan kita.klu kite marah, tau je die ngade2 pujuk...

    kadang2 kucing lg paham dari pakwe.hehe

    ReplyDelete
  4. bestnya kalau oren tu aku >:P

    ReplyDelete
  5. hahaha...tuan punya oren pun ckp cenggitu... hampeh la korg..

    ReplyDelete
  6. bahagiaaaanyaaa jadi si Oren... hahahaha...

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..