Wednesday, July 15, 2009

Poligami

Biasa dengan perkataan POLIGAMI? Aku tau ada sesetengah orang fobia dan agak emosi bila dengar perkataan poligami ni lebih-lebih lagi kaum wanita. Ibaratnya kalau berpoligami ni macam dah lakukan kesalah jenayah besar. Kaum lelaki mungkin senyum je la bila citer bab poligami. Lelaki mana yang tak pernah terpikir pasal poligami. Ini bukan aku yang cakap tau, tapi kata-kata yang keluar dari mulut kaum lelaki jugak. Benar atau tidak, kaum lelaki je la yang boleh jawab kan. Hehe.

Tapi, apa kena mengena pulak isu poligami ni dengan aku yang masih single dan available ni? Ok, macam ni. Baru-baru ni tetiba salah sorang bos aku kat sini tanya aku. "Apa pendapat awak kalau saya berpoligami?" Aku tak terkejut dengan soalan dia, tapi aku pandang je muka dia sebelum aku jawab soalan tu. Dan jawapan aku "Saya takde masalah dengan isu poligami. Kalau suka sama suka apa salahnya. Bukan satu jenayah berat pun kalau berpoligami ni. Yang penting kena jujur dengan kedua belah pihak. Peringkat awal mungkin akan ada pihak terluka. Tapi, kena pandai jaga la. Well, sharing is caring." Hehe. Jawapan aku tu kalau golongan isteri pertama dengar, leh gila meroyan dibuatnya. Tapi, aku ada sebab kenapa aku bagi jawapan macam tu.

Sebabnya aku tak nampak apa-apa kesalahan pun kalau dia nak berpoligami. Bos aku ni umur 52 tahun. Pegawai kerajaan gred 48. Masih sihat tubuh badan. Takdelah kacak sangat. Sedang2 aje. Perut sedikit boroi. Biasalah bagi lelaki umur 50 tahun kan. Mempunyai kedudukan kewangan yang stabil. Ada beberapa orang anak, tak pasti pulak berapa. Suami dan bapa yang sangat penyayang. Tak pernah abaikan tanggungjawab sebagai suami dan bapa. Tak ada masalah rumahtangga. Hubungan dengan isteri masih mesra. (Ini melalui apa yang diceritakan dan apa yang aku nampak). Baik dan soft spoken. Tidak panas baran.

Gadis yang dia nak kawen ni pulak, satu office. Umur 30 tahun. Masih bujang dan sangat cantik. Orangnya pun baik. Yang penting diorang berdua suka sama suka. Aku tau ramai yang tidak setuju dengan pendapat aku ni. Ada kawan aku pernah cakap, lebih baik membujang dari jadi isteri kedua. Atau lebih rela diceraikan daripada bermadu. Well, aku tak anggap itu satu tindakan yang bijak. Kalau dalam situasi di atas aku tak nampak kenapa kita perlu halang poligami. Sebagai isteri pertama memang la sakit hati kalau dapat tau suami nak kawen lain. Itu memang tak dapat dinafikan. Tapi, kalau suami jujur, mampu dan masih melayan kita dengan baik kenapa perlu nak menentang sesuatu yang memang dihalalkan dalam Islam?

Yer, aku tak kawen lagi. Aku tak berada di tempat orang2 yang bakal dimadukan. Cakap memang la senang. Cuba tengok esok kalau jadi kat aku. Aku tau korang akan cakap macam tu. Tapi, ini pendapat aku. Kalau aku jadi isteri pertama, aku tak akan menentang poligami kalau situasi seperti yang aku ceritakan kat atas. Yang penting suami boleh berlaku adil. Adil disini bukan bermaksud, apa yang pihak sana dapat, aku nak macam tu jugak. Adil pada aku ialah dia mampu menunaikan tanggungjawab dia sebagai suami dan melayan aku dengan baik macam mana dia layan aku sebelum dia kawen lain. Aku tak nak lah, bila dah kawen satu lagi terus abaikan tanggungjawab dan buat aku macam sampah. Ataupun hak aku diketepikan semata-mata nak bagi ruang pada orang baru. Atau yang paling tak boleh terima, ialah menipu. Kalau macam tu, aku pun lebih rela jadi janda.

Kalau ditakdirkan aku jadi isteri kedua pulak, aku kena sedar kedudukan aku. Aku tak boleh tamak. Yang penting suami kena pandai main peranan. Kalau rasa-rasa tak boleh nak handle, lebih baik lupakan je la niat nak berpoligami tu. Tapi, tengok jugak la bakal suami aku tu macam mana. Kalau dia nak jadikan aku isteri kedua, tapi dengan cara menipu isteri pertama atau tak berterus-terang, aku pun rela membujang sampai tua. Aku tak suka penipuan dalam hubungan. Yang penting kena berterus terang. The thruth is hurt. Tapi, itulah yang sebaik-baiknya.

Apa-apa pun ini hanya pendapat peribadi aku saje. Korang tak perlu setuju pun dengan aku. Setiap orang punya pendapat sendiri. Yang penting saling hormat menghormati pendapat masing-masing. Kadang-kadang pendapat boleh jadi berbeza melalui pengalaman kan? Aku belum ada pengalaman sendiri. Setakat tengok pengalaman orang je.

Bapak aku pun poligami jugak.

:-)

8 comments:

  1. tokwan aku pun poligami gak..3 isteri...aku cucu ngn bini no 2 dia.

    ReplyDelete
  2. eeerrrrkkkk...
    kalau aku...aku tak sanggup dimadukan...berkongsi kasih...
    aku mmg cengeng.
    harap tak berlaku dlm kamus idup aku... huhuhuu...

    ReplyDelete
  3. harap tak dimadukan tapi klau dimadukan, bole dapat payung emas kat akhirat.

    cmne tu?

    ReplyDelete
  4. pendapat dari diri sendiri :-

    blum kena kt diri sendiri
    mmg mcm2 kite bleh ckp

    sedangkan diduakan oleh sang bf kite dah meroyan sakan

    apatah lg diduakan oleh suami tercinta

    ok fine kalu ckp die bleh jujur dan adil
    tp lihatlah byk yg berlaku sekarang

    memule ok manis
    lame2 si muda @ si tua makan hati

    sanggup ker kita melukakan kaum sejenis sendiri

    letakkan diri sendiri
    selami apa perasaan wanita yang diduakan suami

    bagaimana mereka dahulunya susah bersama

    tp bila dah senang
    harus dikongsi pula

    kalau bab kawen
    sume akan ckp psal hukum
    halal...apa salahnya kalau mampu
    kenapa dari segi solat, ibadat tidak pula disentuh tentang islam

    kalau betol berpaksi pada agama islam
    kenapa menjalinkan hubungan dengan orang lain
    sedangkan sudah ada hubungan halal
    yg setia menanti dan berbakti di rumah

    :D

    ReplyDelete
  5. sape weh sape????
    nanti aku siasat!haha..

    ReplyDelete
  6. cujen,wah macam ni lepas ni ramai nak kawen dengan ko.hehe.pasal ko leh dapat payung emas nnt.

    aku?jauhkanlah.adoyaii.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. sape tamau madu..
    sedap woo..
    manis woo..
    eheheehehe...
    bermadu takpe..
    jangan abis madu sepah dibuah udah...
    baru madu 1 kalu dua tiga madu caner..
    apa perasaann..

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..