Friday, July 3, 2009

Semalam Di Sunway

Pergi Sunway Pyramid semata-mata nak cari menatang ni :


Nak tau pe mende Tako Tao ni??

Ni ha rupanya.


Sejenis makanan bulat-bulat macam fish ball tapi ada macam-macam perisa. Ada Chicken Cheese, Octopus, Prawn, Abalone ngan Unagi. Satu bungkus ade tiga ketul, harga RM 4.30. Boleh didapati di Jusco, tapi masalahnya tak semua Jusco ade stall Tako Tao ni. Yang aku tau kat Sunway je ade. Semalam tah kenapa tekak ni gatal je rasa nak makan Tako Tao ni. Memandangkan aku tak kerja semalam *sebab tak sihat*, aku rasa ini lah peluang terbaik untuk memenuhi selera kuda aku nie. Setelah berjaya menghasut seorang rakan seperjuangan untuk bekerja halfday dan kebetulan sorang lagi rakan pun tak bekerja, maka kami bertiga pun dengan gelojohnya menuju ke Sunway Pyramid.

*cerita tu tipu

Sedap gile Tako Tao ni. Aku beli dua bungkus. Ade 6 ketul dan aku berjaya menghabiskan 6 ketul tu dalam masa tak sampai 5 minit. Gile gelojoh. Nasib baik tak tercekik. Kalau tak, tak memasal aku ade halkum. Dah la bawak Tako Tao tu makan kat Jco Donut. Tako Tao tu takde tempat nak duduk. Yang ade kat situ, Jusco nye Food Court. Huh, food court?? Ape tu?? Hehe. Tapi, kitaorg takdelah keji sangat dok kat Jco tapi tak beli donut kan. Beli la jugak lam 6 ketul. Tapi, tak pandang pun donut tu. Sibuk mengketedarah Tako Tao. Sedap sehingga menjilat jari!

Selesai agenda mengenyangkan perut, it's shopping time!! Tapi, malangnya aku hanya berjaya window shoping memandangkan kedudukan kewangan yang sangat la hina.

My feveret place.
Asian Avenue.


Er, tetiba handbag aku dah bertukar.


Janji tak nak shoping rupanya kata-kata manis di bibir sahaja. Tempat ni memang puaka tau. Aku tak nak beli, tapi handbag tu seolah-olah memanggil-manggil aku untuk dibawa balik. Nak tak nak, terpaksalah aku dengan gigil-gigil keluarkan Rm 55 hengget dan dengan rakusnya terus memakai beg tersebut.Takpelah, ini sebagai ganti sebab aku tak mampu nak beli beg kat Dorothy Perkins yang lebih kecik dan berharga RM 100 ++ itu. *mata berkaca


Hello my new handbag.
(kena jauhkan dari Oren, nanti hancus beg aku)



Sebelum balik posing dulu. Ye, aku tau baju aku tak masuk ngan skirt aku tu. Tapi, aku suka t-shirt tu. Ade lambang Union Jack. Hehe.

Ok, balik dulu.

Tata.

11 comments:

  1. woh, ponteng!!!

    rasanye aku nampak fara kat alamanda tgh malam semalam, sehari suntuk betul die berjalan!

    ReplyDelete
  2. syhhhhhh...jangan ckp kuat2....
    aik, biar betol...
    mcm smpai malam je dia ngan aku... ko tgk hari lain kot...

    ReplyDelete
  3. cujen!
    wahwah, dahlah ponteng.
    ni pakai topi sbb cover eh?
    takot kantoi dgn org yg dikenali.

    weeeeeeeee.

    ReplyDelete
  4. takoyaki..
    hari tu ak mkn mase kt jepun tak sedap. octopus flavour.
    beriye ak carik skali dh mkn tak sedap laks..keciwa...
    weh, nti ak smpai KLIA 22hb kol 5.30pm pastu bwk ak mkn sedap2.

    ReplyDelete
  5. owh... bila pompuan kata dia taknak shopping rupanya janji2 palsu je...

    ok2... aku dah salin dalam buku nota ni. haha...

    ReplyDelete
  6. aku nampak die khamis malam lah, kan?!

    ReplyDelete
  7. haaaa.. tako tao...
    saya sukeee jugak... ngeeee :D

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..