Friday, August 21, 2009

Diam Tandanya Setuju


Orang dulu-dulu kata diam tu tandanya setuju.

Tadi aku sms bos aku "Bos saya nak halfday hari ni boleh tak?" (Bos aku cuti hari ni, patutnya aku boleh je nak blah mcm tu tapi sebagai PA yang baik, haruslah tanya bos kan)

Tapi, bos aku tak balas pun sms aku. So, aku consider bos aku setuju la tu. Hehehe. So, tanpa segan silu aku pun menghalfday kan diri aku hari ini. ;-p


sayang bos....muah!!



Sepatutnya aku nak keluar kejap lagi. Tapi, kemalasan melanda diri pulak. Macam takde semangat je. Ni mesti rentetan perkara semalam. Sepatutnya semalam My Darling janji nak ajak tengok wayang. Sekali dia sms kata tak jadi sebab family dia dtg dari Sabah. So, nak bawak family dia keluar makan. Takut balik lambat. Dia janji ajak kuar malam esok. Pastu leh sahur sama2 ngan dia. Tapi, disebabkan aku konon-konon merajuk, aku pun tak reply sms dia. Bajet2 dia nak pujuk ar aku. Sekali dia langsung tak pedulikan aku. Hampes sungguh!! Terasa kekecewaan yang sangat melampau. Mulalah nak pikir bukan2. Aku syak mesti dia kuar ngan pompuan lain ni. Isk, syaiton ni. Saje je nak merasuk pikiran murni aku. Takpe..takpe.. aku bersangka baik. Mungkin dia sibuk dengan family dia. :-) (padahal dalam hati still pikir bukan2)


Dah la bulan ni aku langsung takde gi tengok wayang. Konon-konon nak tunggu dia la. Tengok sama-sama dengan dia. Sekali cenggini pulak jadinya. Geram betul aku dibuatnya!! Takpe, tengok malam ni cemana. Kalau dia mungkir janji lagi siap la, aku santau dia nanti. Haha.


Er, esok dah puasa. Aku tak berkesempatan pulak nak sambut awal ramadhan tahun ni. Rugi2. Yang korang boleh puasa tu jangan ngelat eh. Puasa jangan tak puasa! Malam ni jangan lupa tarawikh. Daaa.

7 comments:

  1. moncongnye...huhuhu..salam ramadhan..sama la kite tak sambut awal ramadhan..

    ReplyDelete
  2. cet, awal2 dah raya apa kes?

    haha..

    ReplyDelete
  3. woii fail menimbun atas meja ada hati nk half day :p

    slmt berpuasa. ehh silap. slmt beraya ;)

    ReplyDelete
  4. selamat berpuasa.my darling?ngeh3x

    aku siap amik cuti nak sambut Ramadhan esok.persiapan si isteri la katakan :D

    ReplyDelete
  5. selamat berpose en. 13 may..

    ReplyDelete
  6. oiii..
    gi terawikh ar..
    gi tgk wayang plak.

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..