Wednesday, August 26, 2009

Hati Saya Cedera Parah

Entry ni agak panjang. Tak perlu baca pun takpe. Tapi, kalau korang boring2 tu boleh baca. Untuk mengelakkan rasa bosan tatkala membaca entry ni, aku selitkan dengan gambar2 aku masa berbuka puasa dengan Cik Affa dan En. Kelly ahad lepas di Mid Valley.

Ok, selamat membaca dan selamat berpuasa kawan-kawan.



Memang senang nak buat orang suka kita. Jatuh cinta kat kita. Tapi, tau tak betapa susahnya nak buat orang yang kita suka, yang kita sayang dan yang kita cinta tu, suka, sayang dan cinta kita balik macam mana yang kita rasa kat dia. Letih la beb bila cakap soal cinta ni. Korang pun tau kan aku memang kurang bernasib baik bila bicara soal cinta. Agaknya korang pun dah letih baca kisah cinta aku yang tah pape ni. Salah aku jugak sebab suka letakkan diri aku dalam hubungan yang berisiko. Aku jenis degil. Kalau aku suka orang tu, orang tu la yang aku kejar. Orang lain aku nampak invisble je. Walaupun ramai pernah cakap kat aku sayangilah orang yang sayang kat kau. Cinta la orang yang cintakan kau. Weh, bukan aku tak pernah cuba. Banyak kali dah aku cuba. Tapi tetap tak boleh. Kalau dah takde perasaan tu tetap takde jugak. Buat la apa pun, tak jalan jugak. Contoh macam ko tak suka makan kuning telur, tapi orang paksa2 jugak ko makan. Apa jadi? Mesti ko muntah kan? Macam tu la jugak soal hati ni.


Aku, Kelly n Affa otw ke Mid Valley untuk berbuka puasa.

Satu perkara yang susah untuk dibuat; BERTERUS TERANG. Ada orang suka kat kita tapi kita tak suka kat dia. Dan selalunya kita akan pening cemana nak bagitau kat orang yang kita TAK SUKA tu, yang sebenarnya kita tak suka dia. Alasan yang lazim diberikan ; Awk terlalu baik untuk saya, Saya bukan yang terbaik untuk awak, Saya belum bersedia nak menerima sesiapa dalam hidup saya, Mak bapak saya dah jodohkan saya dengan orang lain, Saya ada penyakit kronik lagi dua bulan je leh hidup, Saya nak tumpukan perhatian pada pelajaran, bla..bla..bla... Macam-macam alasan yang diberikan. Konon-konon alasan tu untuk menjaga hati pihak yang kita TAK SUKA tu. Supaya dia tak terasa hati atau menyimpan dendam sebab kita tolak cinta dia. Kiranya menolah cinta secara tak langsung la ni. Padahal alasan tu semua semata-mata nak menjaga imej sendiri. Supaya tak terlalu menonjol yang kita ni KEJAM. Kadang-kadang bila kita dah takde alasan nak bagi, kita amek keputusan diamkan diri. Konon-konon dengan mendiamkan diri tu akan menyelesaikan segala masalah. Harap-harap pihak yang kita TAK SUKA tu akan paham. Orang dah tak layan tu, ko paham-paham je la! Masa tu orang yang kita TAK SUKA tu boleh la nyanyi lagu GANTUNG - MELLY GOESLOW


Menunggu waktu berbuka [dengan sabar]


Check hp dengan harapan si dia ada msg. :-(

Tapi, kadang-kadang kita lupa yang sebenarnya kita tak boleh nak baca pikiran orang. Kita harapkan yang si dia akan paham, rupanya apa yang dia pikir berlainan pulak dengan apa kita harapkan. Dia mungkin anggap yang kita ada masalah dan perlukan ruang untuk bersendirian. Dan si dia akan masih dan terus setia menunggu tanpa jemu. Sedangkan kita dah semakin jauh dari dia. Nak salahkan siapa ye dalam hal ni. Kita atau dia? Salah kita sebab tak berterus-terang atau salah dia sebab tak paham-paham bahasa? Susah kan. Susah bila cakap soal hati dan perasaan ni. Lebih susah lagi sebab kita sibuk sangat nak menjaga hati orang. Kita sibuk sangat nak menjaga imej kita. Kita nak selalu dinampak baik padahal kita tak sedar apa yang kita rasa baik untuk kita tu sebenarnya tak baik untuk orang lain. Perkara yang kita rasa baik tu sebenarnya menyeksa orang lain.


Yang besar tu aku punye. Yang kecik En. Kelly punya.


Ciken Wing dan sandwich pun saya punya jugak.

Satu lagi perkara yang aku belajar; hati dan perasaan manusia bila-bila masa boleh berubah. Terlalu banyak faktor yang boleh menyebabkan berubahnya hati seseorang. Alasan yang biasa; dah mula rasa bosan atau kehadiran orang ketiga. Dua perkara ni selalunya berkaitan. Puncanya bermula dengan kehadiran orang ketiga. Biasalah, benda baru. Semua best. Rasa excited je. Macam ko beli baju atau kasut baru. Excited nak pakai. Rasa best je. Dan ko pun melangkah dengan penuh keyakinan. Cuba tengok dah lama-lama esok. Haram nak pandang pun tak nak. Sebab masa tu ko dah ade baju n kasut baru yang lain pulak. Samalah macam hubungan jugak. Bila dah dapat yang baru, mulalah rasa bosan dengan yang lama. Mula lah nak cari alasan nak buang yang lama. Kalau baju atau kasut boleh la kita kata baju tu dah kembang atau dah koyak. Itupun kadang-kadang kita guna jugak buat kain buruk. Tapi, kalau manusia ko nak bagi alasan apa?


Makan time!! Itadakimasu!!


Baca doa dulu lah! En. Kelly ni tak sabo2.

Perkara lain yang aku tak paham; kenapa manusia sanggup menjual cintanya demi untuk keseronokan yang sekejap cuma. Berpura-pura cintakan seseorang sebab nak kan hartanya. Berpura-pura cintakan seseorang sebab kepingin nak bermukah dengannya. Apa yang dilakukan hanyalah kepuraan semata-mata. Siyes aku tak paham. Kalau aku memang failed la. Aku tak reti nak bagi kata cinta kat orang yang aku takde feel. Kadang-kadang aku wonder, orang yang pernah cakap dia suka kat aku, sayang kat aku tu betul2 ikhlas atau tak. Cakap berapi2 tapi rupanya pura-pura je. Sedih kan kalau jadi macam tu. Tapi, kalau dia betul2 ikhlas takpelah. Mungkin masa dia cakap tu dia betul2 ikhlas tapi lama-lama perasaan berubah. So, tak boleh la nak salahkan dia jugak kan. Hati aku pun kadang2 tak menentu jugak. Hari ni macam ni. Esok macam tu pulak. Tapi, buat masa ni hati aku kat dia masih tak berubah. Cuma hubungan aku kali ni sangat berisiko tinggi. Kesudahan yang aku dah boleh agak. Tapi, aku tetap mengharapkan keajaiban akan berlaku. Well, there come a miracle when u believe.


Sangat miracle kalau aku boleh habiskan air tu dengan seteguk saje


Lebih miracle kalau En. Kelly ratah lada jeruk.


Oh ya, tentang tajuk di atas. Hati aku dah biasa cedera. Lebih parah dari ni pun dah pernah rasa. Jadi aku dah tau macam mana nak handle hati aku. Cuma kadang2 biasalah, kita perlu meluahkan perasaan supaya kurang rasa beban di hati. Kepada korang yang baca entry ni sampai habis, mekasih la aku ucapkan. Sanggup gak korang melayan aku meroyan hari ni. Sebagai tanda terima kasih aku kat korang, terimalah manisan dari aku. Huhu. (Terliur tak?). Sabo ye, lebih kurang 6 jam lagi nak berbuka.


Semoga hidup aku dan kalian semanis aiskrim di atas.


17 comments:

  1. Be patient k darling! ;-)

    ps: lebih sakit n parah lagi bile cinta kena betrayed dgn kekasih sendiri. nk salahkan org ketiga? dua-dua pon salah. kalau takde angin, masakan pokok boleh bergoyang? i've been thru it. i hope u are fine!

    ReplyDelete
  2. entry terpanjang yg penah Ceq bc dlm blog ni..
    takpa2..bawak bersabaq..dulu hati Ceq pn tercedera jgk sat..
    loni dak doh..

    ReplyDelete
  3. sebab kita manusia
    dan hambaNya
    selagi kita bergelar manusia
    selagi kita bergelar hambaNya
    selagi itu kita kan diuji
    sekuat mana hati
    setabah mana jiwa

    :D

    fikir yg positif

    p/s makanan tue nmpk enak
    noddle station ka?

    ReplyDelete
  4. beb,
    setiap ujian yg Dia beri pasti setimpal dengan kekuatan hambaNya untuk hadapi ujian tu. u have to be patient. insyaAllah. ko akan jmpe gak cinta ko. cuma cpt atau lmbt jerk.

    apapun. aku dh terliur. slrpppp..

    ReplyDelete
  5. sedapnya askem tuuuuuuuuu~~

    lek aa beb.. ada jodoh x ke mana.. jgn putus asa sudah..

    ReplyDelete
  6. ell, mira, arween, khaled, olin,
    mekasih la sebab entry aku kali ni... yo yo on je korang bace....tah2 bace caption gambo jek.. hihihi... anyway, thanks... sebab ade korang2 la aku cepat recover...

    :-)

    ReplyDelete
  7. aku berminat nak komen tentang ini.

    ko sedang meluah perasaan yang sedang parah.Diselingkan dengan cerita bergambar.satu yang aku dapat pasti, ko keliru dan celaru sangat.coolkan perasaan, pandang ke depan.jangan pandang ke belakang okeh :D

    mr.kelly itu, tuan empunye si oren?

    ReplyDelete
  8. ehehehe....tq wadah... mmg aku konpius pun..tapi, masih stabil..

    tu la en. kelly...
    nama sebenar mohd syaiful..

    ReplyDelete
  9. Salam ... bley tanyer awak buke poser tue kat mana?? tetiba baby dlm perut tgk sedap jerk...

    :ape2 pun tue semua lumrah kehidupan:

    ReplyDelete
  10. salam....fd_kz...
    saya berbuka puasa di noodle station mid valley...

    kat alamanda pun ade noodle station

    ReplyDelete
  11. sabar ye cujen. setiap insan didunia ini dilahirkan berpasang-pasangan. insyaAllah suatu hari nanti akan ada cinta yang sebenar2.

    >>..terliuq aku nengok... ishhhh... lambat lagi nak maghrib neh. buat aku kepingin saje.

    ReplyDelete
  12. thanks nad....

    tu baru sikit aku letak gambar makanan.. kalau aku letak macam2 lagi kang ade jugak yang azan zuhur dah buka pose..hehe

    ReplyDelete
  13. ntry yg penuh makna dan kebnykkan mmg realiti hidup..terliur?he, tahan...

    ReplyDelete
  14. klu saya nak tanyer lagik bley x?
    awak minum air ape tue..? bekas dia very2 unik, air dia nmpk sedap.. ish, mahal x kat c2? klu mahal2 sya x mampu..almaklumlah saya org kg. (",)

    :noodle station ader kat jj keramat:

    ReplyDelete
  15. boleh..boleh..takde masalah... air yg saya minum tu air peach... sedap gile..lagipun botol nye besar.. harga sama je... lam 7 hengegt kot... yang kecik tu air kurma je.. ari tu kitaorg makan bertiga lam 70 hengget...mmg kenyang mcm nak mati la... siap tapau sebab tak abes...

    kalau beli air peach tu elok kongsi je sebab memang besar gile... rasa sy air peach tu je yang bekas besar.. air lain lam bekas kecik...

    g la try..macam2 menu ade situ

    ReplyDelete
  16. wow awak bley jadi tukang iklan yg berjaya.. bagus2... bersemangat saya nak ajak lakiku.. huhuhuh
    tQ` eik .. adui.. cian lak baby dlm perut .. huhuhu

    :tQ` very much:

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..