Saturday, August 8, 2009

It's Ogos Bebeh!!

(Entry ni sepatutnya aku post minggu lepas sebelum aku pergi kursus. Tapi, aku yang sengal ni g tekan button save now padahal nak tekan publish post. Tu la akibatnya kalau updet blog setengah jam sebelum nak bertolak g kursus. Hihi. Memandangkann entry ni dah siap, aku publish je la hari ni.)






Ada apa dengan Ogos? Huhu. Tak ada apa2 pun selain dari Floria 2009 dan Sambutan Hari Kemerdekaan. Oh ya, puasa tahun ni jatuh dalam bulan Ogos jugak. Yeye, i can't wait. Sesungguhnya aku memang suka bulan Ramadhan. Selain dari bulan yang diberkati, ia jugak bulan yang mewah dengan makanan. Ceh, makan je yang diingat. Puasa tahun lepas dah ganti?? Opss!! Betul la orang cakap, rakyat Malaysia ni banyak mati sebab terlebih makan. Bulan puasa pun fikir pasal makan. Isk!

Aku sebenarnya tak tau nak updet apa. Tapi, memandangkan aku akan berkursus selama seminggu, jadi adalah lebih afdal kiranya aku mengupdet blog aku serba sedikit. Bukan apa, takut nanti ada yang rindu pulak ngan aku. Huhuhu.

Barang-barang untuk berkursus dah siap pack. Believe it or not la, aku berjaya pack barang2 aku dalam satu beg kecik je. Cayalah cujen!! Kalau tak sebelum ni mesti aku nak bawak beg besar gedabak. Aku bukan boleh bawak barang sikit-sikit ni. Kalau boleh satu almari tu aku nak bawak. Dengan baju tido yang beraneka ragam, mekap aku lagi, kasut, selipar, t-shirt, seluar, jeans...ah pendek kata sume la.. Nama pun pompuan kan. Ala, aku tau korang pun sama cam aku kan? Ngaku jer la....Hehehe.

Ok la, mata aku pun dah berat ni. Sebelum beta berangkat ke Tanjung Surat beta nak jamu la rakyat2 sekalian dengan gambar2 gedix beta masa pergi Floria 2009 sabtu lepas. Thanks to my new friend : WINNIE, MAR & IJA. U made my day!! Korang memang happening dan gila-gila ah. Aku pun hampir menjadi gila sebab layankan korang. Hihihi.


Welcome to Floria 2009


We present u Taman Agro Ornamental


What if kitaorang jadi tukang kebun??


Bunga ni selamba je kitaorang petik. Sib baik tak kena tangkap. Hehehe



Gambar selebihnya ada di facebook saya. :)

Btw, Floria 2009 berlangsung sampai esok. Sape2 yang suka bunga, atau yang belum pergi boleh la pergi. Rugi kalau tak pergi. Bukan selalu ada. Lagipun boleh amek gambar cantik2. Lepas tu updet kat blog ye. ;p

4 comments:

  1. owh patut ah senyap manjang.. hehehe.. jom join contest merdeka kat blog aku.

    ReplyDelete
  2. woo nak pegi jugak.tapi.....dekatnye.hehe.
    heavenlah gambar ko.

    ReplyDelete
  3. hey u know what.. i pun went to putrajaya.. :)

    ReplyDelete
  4. u pergi hari apa meh? tak terserempak pulak kita :-)

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..