Sunday, September 13, 2009

Ada Apa Dengan Kad Raya

Petang tadi ketika sedang sibuk mengemas bilik, hati aku terusik bila terjumpa sekeping kad raya lama. Bukan kerana terharu dengan kata-kata di dalam kad raya tersebut, tetapi rasa sedih. Sedih kerana sehingga kini, aku masih belum menerima walau sekeping pun kad raya. Jangan kata dari teman-teman, dari yang tersayang pun masih belum terima. Kesian kan?? Bukanlah aku mengharap sangat, cuma rasa terkilan sedikit. Mungkinkah dengan adanya teknologi terkini yang serba canggih, maka tradisi mengirim kad raya semakin dilupakan. Ya, sekarang dah maju. Ucapan selamat hari raya dan meminta maaf hanya dikirim melalui sms, mms ataupun email. Tapi, yang peliknya kad raya elektronik pun aku masih belum dapat...erm...belum lagi kot.. Insyaallah adalah tu untuk aku..(mungkin)... lagipun, aku masih belum mengirim kad raya buat sesiapa lagi. jadi, tak adil lah kalau aku mengharap orang akan bagi kad raya untuk aku kan??


Kalau dulu, 3-4 tahun yang lepas (zaman aku sekolah-sekolah dulu), belum start puasa lagi, aku dan adik aku dah berebut-rebut beli kad raya. Siap buat list nama untuk siapa kad raya tersebut akan dikirimkan. Selalunya, kad raya tersebut akan aku hiasi dengan kreativiti aku, especially untuk teman-teman istimewa. Dan pada hari puasa yang pertama, aku dan adik aku akan pos kad raya tersebut. Lepas tu, tugas kami hanya menanti balasan dan berlumba-lumba siapa yang paling dapat banyak kad raya. Yang paling best, aku pernah dapat kad raya 5 keping sekaligus dari secret admire aku. Aku kirim kat dia satu je, tapi dia balas 5 sekali sebab kata dia kad raya banyak kat umah. ;p

Kad raya yang dikirim oleh secred admire ku.



Lagi best bila dapat kad raya yang bermacam-macam jenis dan bentuk. Ditambah pulak dengan kreativiti pengirim kad raya tersebut. Macam aku kad raya yang menjadi pilihan aku dah tentu kad raya kartun2 yang comel-comel dan kelakar2. Dan biasanya balasan yang aku dapat pun lebih kurang sama yang macam mana aku kirim.

Antara kad raya yang comel dan kreatif yang pernah aku terima.



Tapi, itu cerita 3-4 tahun yang lepas. Sekarang ni dah hampir 4 tahun aku tak menerima sebarang kad ucapan hari raya. Kad raya terakhir yang aku dapat adalah pada tahun 2005. Itupun kad raya dari client opis aku. Dah lama bukan??


Aku memang tidak pernah membuang kad kad raya yang pernah diterima. Malah, aku masih menyimpan kesemua dengan baik. Kadang-kadang, bila membaca semula kad raya tersebut, aku tersenyum sorang. Soalan lazim yang akan ditanya dalam kad; "baju raya bape pasang?" "pose penuh tak?" "berapa banyak buat kuih raya?" Dan kadang-kadang ade juga yang mengirim duit raya. But now, semua tu dah menjadi kenangan sahaja. Nak buat cemana, kita kenalah ikut arus kemodenan. Kalau tak nanti dikatakan ketinggalan zaman pulak..hehehe...Er, ketinggalan zaman ke kalau kirim kad raya??


Koleksi kad raya aku. Korang punya macam mana?


Walaupun orang kata kad raya ketinggalan zaman, sekurang-kurangnya aku pernah merasai perasaan itu. Perasaan mengirim dan menunggu kad raya. Indah woo.

12 comments:

  1. EK ELEH ANGAH ckp je la sape yg bagi. kad raye lame mestilah bf lame yg kasik kan?

    ReplyDelete
  2. kreatipnyer orang yang hantar tu.itulah kan, sekarang nak terima kad raya macam dulu susah.aku ingat lagi, zaman sekolah.kalo blh satu sekolah aku nak hantar kad raye.kalo takde kad, macam tak beraye..

    psstt : pasal kad raye elektronik..hemm.aku akan sms sajer biasanye.tapi...satu style aku, aku tak suke forward msg.aku mesti usaha type sms dan send kepada teman2.setiap satu berlainan.rase lagi berkesan kot :)

    ReplyDelete
  3. Tahun ni aku tak dapat kad raya. Takde kot. Lebih mudah dengan via sms.

    p/s: Suruh secret admire kau hantar satu kat aku! Wahahaha.

    ReplyDelete
  4. nice post!

    yeah, wonder kenapa kad raya semakin dilupakan.


    thanks for bringing those memories...

    :D

    ReplyDelete
  5. comel-comel kad raya ko ek?

    aku ada jugak tapi xdela banyak camtu. hehe..

    tunggu jela kad raya aku, kesian pulak kat ko xdapat kad raya kang nangis hentak-hentak kaki di pagi raya. susah plak nanti. hahah~

    ReplyDelete
  6. eda
    eleh jeles la tu aku letak kad2 raya aku yang banyak ni kan..huhu..kalau ko nak letak, watle entry khas ko sendiri...

    ima
    budak kecik jangan masuk campur ckp org tua...

    wadah
    tul kan..dulu2 kalau takde kad raya rase cam tak raye je.. skrg ni.. erm...

    ain
    tahun ni aku pun takde kad raya.. secret admire aku dah tak anto kad kat aku dah... :(

    firdaus
    thanks for u too... marilah beramai2 kita mengirim kad raya

    olin
    aku nak kad raya spesel...yang paling beso skali...dihiasi dengan lagu dari jauh ku pohon maaf

    ReplyDelete
  7. Dam dam dum...bunyi mercun

    Selamat hari raya :)

    ReplyDelete
  8. wahh. simpan lagi kad raya zaman pecah kaca pecah gelas ye? hehe.

    seronok betul zaman tu.

    ReplyDelete
  9. mesti penin org yg bisnes kad raye. tak laku. shiannn... huhuhuhu~~

    ReplyDelete
  10. aKu bANyak GAk dApat KAd rAYe suzEn...tApI bILer bUkak jeK bUKan uTK Aku..rUPEnyer UTk bOS akU..
    hAmpeehHhhh....:p :p aNYway seLAmat HAri rAYe..MAaf Zahir BAtin..:-) ;-)

    ReplyDelete
  11. selamat hari raya aidilfitri.. maaf zahir & batin.. ;)

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..