Wednesday, September 2, 2009

Cerita Ramadhan Tahun Ini

1. Aku berjaya tidak menjejakkan kaki ke PARAM setakat ni. Malas gila. Tambah pulak adik aku dah dapat lesen kereta. So, memang dia la yang menjadi mangsa.

2. Setakat ni aku takde rasa lagi nak monteng2 puasa cam tahun lepas. (alamak, kantoikan diri sendiri pulak..ehee). Harap2 takde la kantoi puasa sebab ponteng tahun ni.

3. Aku tak pergi tarawikh lagi ramadhan kali ni. Macam mana nak pergi, lepas berbuka je mata aku macam dah digam. Mengantuk lain macam.

4. Duit aku jimat betul bulan pose ni. Tak selera nak beli makanan yang tah hape-hape. Lagi pulak mak aku masak. Kalau dah mak yang masak tu tau2 je la. Sardin pun sodap. Biasanya pas makan nasi aku dah tak lalu nak makan makanan lain.

5. Tahun ni aku tak dapat kurma percuma macam tahun lepas. Orang opis aku sume dapat. Aku je yang tak dapat. Sungguh tak adil. Kurma tu sedap.

6. Setakat ni baru 3 kali aku buka puasa kat luar. Selebihnya makan di rumah saje.

7. Aku belum ade selera nak beli baju raya ke apa. Tak tau lagi nak buat baju raya kaler apa tahun ni. Bukan aku je, seluruh ahli keluarga aku belum buat baju raya.

8. Kuih raya pun takde. Aku tak tempah pun. Nak buat lagilah malas kan walaupun aku memang berbakat buat biskut raya ni. Tapi, penyakit M aku macam dah sebati dalam diri.

9. Ramadhan kali ni best sebab cuaca asik mendung je. Tak panas langsung. Alhamdulilah.

10. Tahun ni ex student DSK Poli PD nak wat majlis buka puasa beramai-ramai. Ala-ala reunion gitu. Tah jadi tah tidak.

11. Hubungan keluarga bertambah erat sebab tv rumah aku dah rosak. Jadi, lepas berbuka aktiviti yang boleh dilakukan hanyalah berbual2 sesama ahli keluarga. Bagus betul. Kepada keluarga yang mengalami masalah kerenggangan hubungan boleh lah rosakkan tv yer.

Itu saje untuk siaran kali ni. Jumpa lagi di lain hari. Bye.

Er, ade tambahan satu lagi

12. Puasa tahun ni jugak takde orang sms aku ucap 'selamat bersahur sayang' or 'selamat berbuka laling'..takde jugak orang antokan bubur mcd tuk sahur. Huhu.. (nak jugak letak yang ini)





9 comments:

  1. bagus idea ko rosakkan tv kan.ada lagi satu, raye nnt bagus praktis.sekarang, orang tak mau beraye asyik layan tv kat rumah.kan?

    biskut raye?wah berbakat ko.biskut ape tu.baik buat.nnt mesti ramai datang raye.huhu

    ReplyDelete
  2. boleh sawan tau kalau TV rosak :D

    ReplyDelete
  3. wadah,
    cakap je biskut ape...tapi kena ikut resipi le....agaknya tangan aku ni mmg berbakat memasak..buat apa pun jd..tapi aku pemalas..hehe

    13may
    saya pun hampir2 menjadi sawan tapi nasib baik la ade internet ni penyelamat

    ReplyDelete
  4. sepanjang puasa la tv ko rosak ek? memang waktu yg sesuai utk mantapkan silaturrahim.. hehe

    ReplyDelete
  5. reunion tu aku la orgnya yg xdpt join..huhu...

    ReplyDelete
  6. aku dpt merasakan kebosanan hidup tanpa tv...sBb tv kat umah aku pon cam hampeh. huhuhuhu~~~ mmg mengeratkan silaturrahim aku n laki aku. hahahahahaha!!

    ReplyDelete
  7. aku belom lg merasa berbuka kt luar
    sabtu nie baru nk g

    param dh g
    tue pn sekali je
    malas

    baju raya
    aaaaa perlu ke
    pake je lah ape yg ada

    ReplyDelete
  8. ooo ponteng ekk...kabor sama mak die...hehehehe..

    ReplyDelete
  9. hahaa cepat2 btolkan tv..time raye aku nk ngadap tv..muahaha..tv br beli dah rosak, tv cap ayam ke ko beli ni ha....

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..