Monday, September 7, 2009

Edisi Gath DSK (Laporan versi Cujen The Lejen)

Last weekend was a wonderful weekend bagi aku. Hari sabtu tu ada gath kecil-kecilan budak DSK Poli PD batch 2002-2004. Tak silap aku, batch kitaorg dulu ada lebih kurang 80 orang kot. Tapi, yang dapat hadir hanyalah 9 orang. Yang hadir pun hanyalah geng-geng single termasuklah aku yang paling kesian sekali. Nampak sangat aku takde life hujung minggu sebab orang ajak kemana-mana sentiasa on je. Haha. Padahal memang tak reti bersosial. A big thanks to dian, ain, siti, affa, anie, iza, anis, khalid dan cujen cute (WTF). Haha. Tabik spring la kat khalid sebab sanggup datang dari jauh semata-mata nak jumpa kitaorang. Wa terharu beb ngan pengobanan lu. Untuk itu terimalah lagu raya dari wa yang bertajuk -Kepulangan Khalid Ke Muar Yang Dinanti Oleh Bondanya. ;p


Setelah basah ketiak menunggu dua orang makcik di atas bersiap, kami dengan lajunya menuju ke destinasi iaitu Kenny Rogers Mid Valley (dalam minda dah terbayang-bayang ayam quarter meal black pepper...nyum..nyum..) dengan menaiki Subaru Impreza yang aku baru ku beli hasil rompakan di Mafia War. (wah, cuba korang kira ade berapa perkataan dalam ayat aku kat atas). Macam masa sekolah2 dulu pulak, cikgu suruh bina ayat terpanjang daripada beberapa perkataan. Kalau cikgu BM tengok, mesti dia terharu.


Kitaorang lambat sampai. Sampai2 je sana anis, dian, ain, iza ngan anie dah bersiap sedia menanti kehadiran kitaorang. Biasalah, VIP mestilah datang lewat kan. ;-) Owh, rupanya ade lagi VVIP yang masih belum sampai. Siti sampai paling last. Jadi dialah VVIP kami pada hari itu. Cis, kami kalah dengan siti nampaknya.




Bila korum dah cukup, macam biasalah mestilah ada aktiviti bertanya khabar, borak-borak, ngumpat-ngumpat, kutuk mengutuk, caci mencaki seperti di bawah;












Wah, ni baru cerita pasal makan je dah berkeping-keping gambo. Belum masuk lagi cerita pergi main boling. Dengan semuanya main macam tangan tak bedung masa kecik. Pastu macam tempat boling tu kami yang empunya. Nasib baik gelap. Kalau kena hina pun takdelah malu sangat kan. Gambar masa boling tak banyak dalam simpanan aku. Letih la nok nak keluarkan kamera. Tumpang kamera orang je. Tapi, untuk tidak menghampakan kamu-kamu semua aku letak la sekeping gambar champion boling pada hari itu. :-)


Dah penat mengaibkan diri, masa untuk minum!! Tempat pilihan kami ialah mamak pelita bangsar. Tak Malaysia la beb kalau tak lepak mamak. Sambung aktiviti borak-borak, kutuk mengutuk, caci mencaki dan luahan perasaan kat situ. Pastu tah sape tah plan nak pergi Uptown Danau Kota. Sekali lagi tak Malaysia la kalau tak pergi Uptown. Masing-masing muka macam nak je pergi Uptown tu, tapi segan2 nak cakap. Nasib baik kitaorang mempunyai jiwa yang sama. Sekali lagi menuju puncak!! Eh, menuju ke destinasi.

Malangnya nasib tak menyebelahi kami. Hujan turun dengan lebatnya tatkala kami sedang bersuka ria di dalam kereta menuju ke Danau Kota. Tapi, kami hati kering. Nekad pergi jugak. Ala, hujan air je kot. Kejap lagi berenti la tu. (cubaan memujuk hati sendiri).

Tapi, alangkah pilunya hati kami semua bila sampai sana hujan makin lebat. Tak ada tanda-tanda nak berenti pun. Orang pun nak tutup kedai dah. Maka, aktiviti yang boleh dilakukan pada masa itu hanyalah dok mencangkung dan berteduh di bawah stesen minyak sambil menikmati bau minyak diesel bercampur bau air hujan. Mata dah bergenang mengenangkan nasib diri. Kalau air mata menitis masa tu pun, buat-buat la lari dalam hujan supaya orang tak nampak air mata sebab dah bercampur dengan air hujan. (ceh, cerita nak poyo kan..haha). Gambar takde nak letak. Kalau ade pun, tak sampai hati nak letak sebab muka masing-masing dah macam sardin je. ;p

Untuk mengubati hati yang lara sebab tak dapat merayau di Uptown, kitoarang pun pergi mengisi perut sekali lagi. Kali ni pergi kat Setiawangsa pulak. Supper merangkap sahur. Akhirnya kul 4 pagi jugak baru balik. Takpe, bukan selalu jumpa. Sekali dapat jumpa camni kenalah lepak kaw-kaw kan. Khalid terus balik Muar kul 5 pagi tu jugak. Aku lak lepas subuh terus terbongkang macam orang lumpuh. Amek ko, kul 3 petang baru bangun. Anak gadis sape la ni. ;-p



p/s: sila klik kat gambar untuk imej yang lebih jelas. aku letak dialog di setiap gambar. kecik sangat pulak, tak nampak jelas.

12 comments:

  1. bestnye gath!!

    bila laa batch aku nk wat reunion~

    ReplyDelete
  2. Ooh.. u ngan affa classmate ke dulu.. hehe.. igtkan member opis ;)

    Amboi.. meriahnye aktiviti weekN dia.. mcm dah takde hari esok bagimu~ ahaks!

    Tapi betol la tue, skali keluar mesti kaw-kaw punye.. baru happening.. ye tak? =)

    Awat x pegy tgk movie..? Alang2 dah mkn,bowling, chit-chatting.. tp movie jew yg u tak buat bersama kan? ;)

    PS: Kalau classmate I nk gath, mmg seploh tahun lagi la gamaknye wlpn masing2 ade je kat kota metropolitan neh.. busy busy busy!

    ReplyDelete
  3. ko bab2 wat cite bergambar mmg champion kan. sechampion ko main bowling. menangis anie. hahaha!!!

    apa2 hal aku nk ko nyanyi lagu nih tuk aku 'Kepulangan Khalid Ke Muar Yang Dinanti Oleh Bondanya'..

    kalau tak. nah rasakan hikmat tangan berapi..

    ReplyDelete
  4. sonok eh jmp kwn reramai...aku xdpt joinlah...nntlah len2 kali...

    ReplyDelete
  5. olin.
    memang best pun ;p

    cik elle.
    afa mmg classmate sy dulu. merangkap bekas housemate jugak.. ehehe..
    kalau kuar ngan kawan2 yg jarang jumpa i mmg tak bape suka g tgk muvie sebab tak dapat nak chit chat lebih2..sebab dalam muvie kena dok diam2..menghayati muvie... so, rugi masa di situ.. hehe

    khalid,
    lagu tu belum ade lirik lagi.. soh ko buat lirik..haha

    iza n haja
    lenkali join la skali.. baru meriah..

    ReplyDelete
  6. O ex p.d poly gak ye..1 jbtn rupenyer..

    ReplyDelete
  7. sONokNyer kORAng....:-)

    iTS mE_shIkiN

    ReplyDelete
  8. shikin!! nape tak join kitaorg ari tu? khalid dtg dr muar...tumpang je la dia...takpe2..lenkali pulak k..

    zairul.
    thanks sudi singgah...ex ppd gak ek?

    ReplyDelete
  9. edisi gath berlebam, bergelak ketawa, berlonggok sampai subuh.
    miahahahaha.
    nanti kita jumpa lagi. lebiu. :)

    ReplyDelete
  10. cujen:ape email..lupe daaa..email kat aku wdh_yzd@yahoo.com

    ASAP

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..