Thursday, September 24, 2009

Kenapa Saya Suka Hari Raya?


SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA PEMBACA CUJEN THE LEJEN


  • Hari Raya banyak juadah best2. Ketupat, rendang, lemang, kuah kacang, lodeh, dodol, biksut raya best2. Sepanjang hari makan, makan dan makan sahaja. Sungguh bahagia.
  • Hari raya boleh jumpa sedara mara, sepupu sepapat yang lama tak jumpa. Padahal masing-masing dok KL kan.
  • Hari Raya boleh bermaaf-maafan sesama kita. Maklumlah kalau hari-hari biasa kita susah sket nak mintak maaf. Selalunya tunggu raya baru nak bermaafan. Boleh la dari langsung takde kan.
  • Hari Raya boleh dapat duit raya. Er, selagi belum kawen masih layak menerima duit raya tau. Orang dah kawen kena bagi kat org yang tak kawen. Hehe.
  • Hari Raya boleh melaram pakai baju lawa-lawa. Ceh, perasan je sebenarnya. Padahal pakai baju yang sama aku pergi kerja. (Tahun ni macam jugak 5 tahun sebelum ni, baju raya aku tak siap...sob..sob..sob)
  • Hari Raya banyak rumah terbuka. Asik makan free je. Jimat..jimat.
  • Hari Raya banyak rancangan best2 kat TV.
  • Hari Raya boleh dijadikan alasan untuk berkenalan dengan bakal mak mertua. Konon-konon pergi beraya, sambil-sambil tu boleh la kenal-kenal kan.
  • Hari Raya boleh amek cuti lama-lama. Pastu lepak rumah layan astro.

Kesimpulannya Hari Raya memang best, walaupun sekarang ni kemeriahan kurang terasa, tapi aku tetap suka Hari Raya.

Selamat Hari Raya semua.
Jemputlah datang rumah aku. Tolong habiskan kuih raya aku ni.
^_^


Girl Power!! Tema tahun ni merah. Menyerlah gitu!!


Ni baru 1/5 dari sepupu sepapat aku.
Kalau semua balik, mau bergegar rumah atok aku.


Dok berbincang nak pergi beraya rumah sape la dulu nie.


Ok, jom beraya!!


Tahun ni aku beraya dua hari je. Sehari di Muar, sehari lagi di Sekinchan Selangor. Lepas tu balik Putrajaya. Yang seronoknya kat Muar ramai sedara mara sebab keluarga belah abah semua keluarga besar. Bukan besar size badan, tapi besar bilangan ahli keluarga. Walaupun tak ramai yang balik, tapi tetap meriah. Belah mak pulak aku suka sebab suasana kampung. Ada sawah padi. Rasa nyaman je dok situ.


Cantik tak??


Best gile lepak kat titi nie.


Lalu sini haruslah berkaki ayam.
Ada hati nak bergaya ngan kasut tumit 4 inci?

Lupakan je la nok.


Bye kampungku. Jumpa lagi tahun depan.



6 comments:

  1. wah cujen! rmbt baru nampak? cantik! sy suka! :D

    btw, sgt jeles oke dgn family awk sbb ada kg! selamat hari raya.. maaf zahir & batin!

    xx

    ReplyDelete
  2. jelesnye.aku nak jg gambar kat titi tu...arghhhh kg aku tak jumpe titi macam tu laaaa.....

    merah?tema kt samer...cume kain kami adik badek sekayu.hehe

    ReplyDelete
  3. yang ada titi tu macam pernah je adi shoot gmbo org kahwin kat situ.

    ReplyDelete
  4. lawanye gambar kt titi tu..suke2!!

    hi :)

    ReplyDelete
  5. putri,
    memang best pun beraya kat kg..meh ar dtg kampung saya

    ringo,
    thanks!!

    wadah,
    meh la dtg kampung aku, leh amek gambo sesama kat titi tu...

    susudalambotol,
    gambar pre wedding awk pun buat dekat area2 sekinchan kan?? cantik gambar2 tu....nanti nak kawen, nak booking adi la amek gambar...bley tak?? tapi nak diskaun..hihi

    zielala,
    hi, ziela..thanks for singgah..

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..