Friday, September 11, 2009

Sesekali Ku Rasa Teringin.....


Tau tak apa yang aku teringin sangat nak makan tapi kat Putrajaya nan permai ni susah nak cari? Ni ha dia.






Nampak tak? Nampak tak tu. Tau tak ape tu?
Ok..ok aku snap gambar isi di dalam.
Tadaaaaa




It's burger!! Diulangi sekali lagi..BURGER!!


Yer, burger biasa je. Burger tepi jalan. Takde apa yang special pun. Tapi, aku memang teringin sangat nak makan burger ni. Takat burger McD, KFC ke, aku dah muak dah. Korang tau tak rasa burger tepi jalan ni sangat la sedap, lembut dan terangsang gitu. Tapi, masalahnya kat Putrajaya ni susah nak cari. Macam takde je orang jual burger camni. Nak-nak bulan puasa ni. Aku lak, time tengah malam tu la datang dia nye "sesekali ku rasa teringin, menikmati burger mu yang dingin". Eh, dingin pulak. Makan time panas la sedap beb. Nyaman je rasa masuk lam mulut aku.


Peh, marbeles!!



Burger yang sedap itu di beli di flat angsana USJ 1. Sanggup singgah kejap pas balik dari Mydin. Pergi Mydin semata-mata nak cari loyang cutter konon-konon nak buat BISKUT INI.
Gigih gi Mydin dengan harapan;
"mydin tu kan besar, mesti la ade jual loyang cutter tu kan..murah pun murah"

Tapi..

"alangkah sedihnya hatiku..param..param..".
Sekali loyang cutter tu takde jual pulak. Hampagas taik idung betul la. Aku dah la beria nak buat biskut raya. Nak test skill ni masih hebat ke tak. Maklumlah dah lama bersara dari arena pembuatan biskut2 raya ni. Kalau dulu, start je pose, gigih la aku ngan adik aku mengerjakan kuih raya. Abes sume resipi dalam mesra.net tu aku try. Tapi, tu dulu la....once time ago. Zaman aku muda2. Tengah rajin. Tengah sexcited. Buat kuih raya tengah2 malam sambil dengar radio. Pastu beria tepon radio untuk sampaikan ucapan raya.

"Ucapan ini ditujukan untuk mak saya ngah menjahit baju kat dalam bilik, adik saya yang bersungguh-sungguh tolong saya buat kuih raya, bapak saya yang dah terbongkang tido dalam bilik, serta ahli keluarga dan sanak saudara yang mengenali saya".

Ceh, padahal boleh je wat ucapan kat mak ngan adik-adik sambil dok uli kuih tu kan. Nak glemer sangat suara kuar radio. Pastu siap rakam lagi sebab nak dengar balik suara sendiri. Heh, radio dulu2 bukan cam sekarang ni. Main rekod2 dulu baru on air. Dulu2 terus jek on air. Live gitu. Tu yang gigih rakam suara bagai. Pastu dok gelak2 bila dengar suara sendiri. Haha.

Tu semua kenangan dulu-dulu. Sebak lak bila ingatkan balik. Teringat kemeriahan masa tu. Sekarang ni dah kurang sikit sebab sume main beli je. Sungguh tak memberangsangkan.
Er, apasal lak nak emo-emo citer pasal kenangan dulu ni. Ish.

Ok, la cukup sampai sini. Tengok la nanti kalau menjadi biskut raya aku tu, aku updet kat sini. Kalau tak, anggap je la sume tu hanya kepoyooan aku semata-mata. Haha.

Bai sume. Nak tido awal sket, esok nak soping2!

Tata.


12 comments:

  1. ceh, burger tepi jalan mana nak dapat kat putrajaya nun. kang xpasal2 tukang jual burger kena hambat dek polis peronda. hehe..

    tapi serius, aku pun suka burger camni. burger mcd dah bosan la.. hehe~

    ReplyDelete
  2. tau takpe...bangun sahur ke? huhu

    ReplyDelete
  3. nak suke jugakkk..huhuhu...mmg suke pun...tp skrg da mahal berbanding dlu...ada yang harga nak lebih kurang ngan mcD. tp tak pe. perlu sokong peniaga kecil juga..he

    ReplyDelete
  4. kat teja ade burger sedap, burger otai.

    ReplyDelete
  5. oNce dah jadiK bISKut RAYe KO tUE...bAk MAi kAt akU sket eAH..nAK gAK raSe air TAngAn kO TUe...:p :p

    ReplyDelete
  6. weh. muar ada 1 port buger tp jln plg sodap. lai2..

    ReplyDelete
  7. haha.

    aku juga suka beger tepi jalan.

    rasanya lebih enak.

    err.

    ReplyDelete
  8. gigih betul nk buat shortbread tuh. hahaha. xpe xpe.. teruskan usaha. ade lagi seminggu lebih sebelum hari raya menjelang tiba =)

    thn ni i x buat biskut raye. mls sgt. sbb thn lps frust buat penat2 sorg2, skalik kwn2 adik dtg beraya mkn x igt donia. abis lam masa seminggu je :( mencikk!!

    PS: naseb baik area uma i nk beli burger ramly nie deeekaaaattt jew :)

    ReplyDelete
  9. cerita ko same ngan aku.pernah teringin burger yang tak jual kat putrajaya tu.aku dera pakwe aku hantau kat aku.nasebla.haha

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. oi, bile pulak aku bengang...ni mesti dak ema sengal yang kecoh2... tu le suka masuk campur cakap org tua... x paham ape org ckp...

    ReplyDelete
  12. Aku pun rindu dengan beger ni.
    Kat rumah aku banyak orh jual. Mai lah datang rumah aku suzen!

    Sedapkan? Peh time puasa ko letak gambo beger, gegar iman aku.

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..