Thursday, October 1, 2009

Mari Kita Berazam...Yeah!!!

Aku punya azam tak kira masa. Asal aku rasa nak berazam je, aku akan buat. Tak payah tunggu tahun baru. Sebabnya jarang-jarang aku punya azam akan tertunai. Tapi, kali ni aku bertekad. Cuba sehabis baik!!! (sambil menumbuk meja)


Azam Lepas Raya

1. Nak puasa setiap hari Isnin & Khamis. (harap-harap kuatlah iman aku nak menahan godaan syaiton!!). Bak kata member aku "Puasa di bulan Ramadhan pun ko malas, inikan pula puasa di bulan lain" :-p

2. Jogging seminggu dua kali. (Semangat beli kasut ngan baju jogging yang akhirnya tersimpan elok dalam almari...haih!!)

3. Berjanji dengan sepenuh hati untuk tidak di waktu senja. Ni habit aku dari dulu, kini dan selamanya. Balik kerja je, tilam, bantal peluk, selimut sume dah memanggil2. Stop kejap bulan puasa sebab nak berbuka puasa kan waktu senja.

4. Berjanji untuk menahan diri dari membazirkan duit dengan bershopping. Samada di alam realiti mahupun shopping online! Tolong la jauhkan segala website ebay, lowyat.net, style2info dan segala macam blogsop dari hidup aku. Almari aku penuh dengan baju2 yang tak pernah dipakai. Tau tak mana-mana yang boleh aku sedekahkan baju2 aku??

5. Kuatkan semangat untuk aku belajar bahasa inggeris dan bahasa jepun. (Ni cito2 den lamo dah sebenornya, tapi asal bukak buku je, mato den ni ha macam digam2 la pulak.) Aku dah usha dah kursus2 percuma tuk belajar bahasa. Harap-harap permohonan aku lulus la gamaknya.

6. Belajar untuk menabung. At least dalam simpan RM 50 sebulan pun ok kan. Ni tak, sepanjang aku kerja 5 tahun ni, 5 sen pun aku takde simpan. Sebab aku berpegang pada kata-kata "berbelanjalah kamu seolah-olah kamu akan mati keesokan harinya. duit bukan boleh bawak masuk kubur" hihihihi.

7. Belajar mengawal kemarahan.

8. Belajar untuk senyum. Orang kata muka aku muka tak senyum. Masam je sepanjang masa, muka garang, sombong, bla..bla..bla.. ye la ye la aku tau muka aku memang camtu. Pasni aku belajar la tuk senyum. Senyum la, senyum la ahai cek mek molek. Lalalala

9. Belajar tido awal. Sebelum kul 11 mesti dah tido. (Apehal dah kul 11.44 aku dok depan pc lagi nie..)


Azam tu semua akan ku laksanakan start minggu depan. Berjaya atau tidak hanya aku yang mampu menentukannya. It's in your hand!! Yakin boleh cujen!!!!



GAMBATE!!!!!!!!

8 comments:

  1. Hah! Untuk point nombor 4 tue, sila lah sedekahkan kepada SAYA! SAYA! SAYA! Muahahaha :P

    Cujen,apa rahsia naikkan berat badan dan kelihatan montok memakai kebaya? T_T Tolong lahhh!!!

    ReplyDelete
  2. Hah! Untuk point nombor 4 tue, sila lah sedekahkan kepada SAYA! SAYA! SAYA! Muahahaha :P

    Cujen,apa rahsia naikkan berat badan dan kelihatan montok memakai kebaya? T_T Tolong lahhh!!!

    ReplyDelete
  3. naikkan berat badan??? isk..isk... isk...i pun mcm nak gile naikkan berat badan ni takmo jugak... dalam gambar nampak cam montok sket kot.. padahal... sekeping je.. ehehe...

    u try la makan jamu bidadari.. itupun kalau u takde alah mkn ubat.. tapi, ni bukan cam ubat..jamu ni jenis cecair...mcm scott emulsion tu..sedap tau...

    ReplyDelete
  4. seMoga berjaya merealisasikan azam2 baru !!! cayokk!!!

    ReplyDelete
  5. smg berjaye ye.hihi.aku suke no.6 :P

    ReplyDelete
  6. aja aja fighting!!! ..

    kuatkan semangat ..

    ReplyDelete
  7. macam tough je azam-azam tu semua..azam terkumpul ke..

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..