Monday, October 19, 2009

Si Soleh dan Solehah

Jika mahu mendapatkan yang SOLEH,
Kurangkan agenda mencari si SOLEH,
Tetapi berusahalah menjadi yang SOLEHAH

Jika inginkan yang SOLEHAH,
Janganlah cerewet mencari yang SOLEHAH,
Tetapi berusalah menjadi yang SOLEH

Bertemu dengan SOLEHAH, solehahnya belum tentu kekal.
Bertemu yang SOLEH, solehnya boleh berubah.
Kerana si SOLEH dan SOLEHAH adalah insan biasa


Cinta adalah sebahagian daripada proses MENJADI, bukan MENCARI.


Ada orang pernah cakap kat aku, cinta takkan dapat kalau tak mencari, cinta takkan dapat kalau tak memberi. Tapi, aku pulak berfikiran sebaliknya. Bukan maksud aku dah putus asa dalam pencarian cinta, tapi pada aku walau sebanyak mana pun kita mencari dan memberi, tapi, akhirnya cinta tu akan hadir dengan sendiri tanpa kita sedari. Datang secara tiba-tiba dalam keadaan yang kita tak sangka. Well, life is full of suprise kan? Walaupun secara jujurnya aku tak berapa suka dengan suprise sebab aku tak suka suka terkejut, tapi harus aku akui jugak kadang-kadang kejutan itu membahagiakan. :-)


Love is all about chemistry. Dan tak dengan semua orang kita boleh rasa chemistry. Chemistry ni..erm susah aku nak terangkan. Tapi, dia macam rasa seolah-olah kita dah lama kenal seseorang tu walaupun hakikatnya baru pertama kali jumpa. Ataupun, seseorang yang kita boleh berbicara tentang apa saja dengan dia. Cinta boleh datang dengan dua cara. Cara pertama adalah ketika bertemu dengan seseorang dan secara tiba-tiba jatuh cinta baik secara fizikal ataupun tidak. Boleh dikatakan 'dari mata turun ke hati' ataupun 'cinta pandang pertama'. Cara kedua pulak jatuh cinta secara proses. Jatuh cinta kerana terbiasa. Sering bertemu, sering berinteraksi atau sering melakukan hal bersama. Maksudnya jatuh cinta setelah mengenal hati budi masing-masing. Tapi, secara jujurnya aku lebih suka jatuh cinta melalui cara yang pertama. Sebab pada aku cinta pandang pertama lebih telus dan ikhlas kerana kita jatuh cinta tanpa sebab. Perasaan tu macam 'kuch kuch hota hai' jugak lah. When it happens, it happens.


Cinta itu tidak bersyarat, kalau cinta kita bersyarat maknanya kita tak bisa mencinta dengan ikhlas. Aku tak setuju dengan sesetngah orang yang meletakkan syarat itu ini dalam memilih pasangan. Memang hal itu penting tapi, boleh membuat kita menjadi seorang yang pemilih dan terbeban dengan segala syarat yang kita letakkan sendiri. Sebenarnya bila kita mula mencintai seseorang, kita dah tak peduli dah dengan syarat yang kita buat. Kadang-kadang orang yang kita cinta tu langsung takde ciri-ciri yang kita senaraikan tu. Sebaliknya kita yang berusaha untuk menjadi yang terbaik kepada dia.
.
.
.
.
.
.
.
.
Er, tetiba aku rasa tak boleh nak teruskan entry ni sebab rasa nak termuntah ngan ayat sendiri. Poyo nak mampus. Hahahaha. Sambung lenkali la beb.


p/s : Entry kali ni takde kena mengena ngan love life aku. Walaupun mood aku 'dilamun cinta', tapi aku masih keliru dengan beberapa perkara. Takpe, aku mengambil pendekatan, time will change everything. Ok la korang. Jumpa lagi. Sebelum tu terima pesanan penaja : CINTAILAH SESEORANG DENGAN IKHLAS. HANYA KEIKHLASAN MAMPU KEKAL LAMA. Eceh. Nak poyo jugak tu. WTF. Hahahaha.


7 comments:

  1. masa baca entry nie dlm kepala i sedang bermain lagu JATUH CINTA LAGI.

    jatuh cinta lagi...lagi lagi ku jatuh cinta..........~ oh love is in the air!!!! balloonss balloonnsss! (^_^)

    ReplyDelete
  2. hahaha...best kan bila jatuh cinta.. rasa cam di awang-awangan... lagi best kalau cinta berbalas :-).
    tapi bila bab cinta tak dibalas tu yang rasa lemah je... cam lumpuh seluruh anggota badan.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Setiap insan yang normal pasti mempunyai keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Ini lumrah. Sbg org Islam, Rasulullah SAW telah menggariskan panduan untuk kita mencari pasangan.Lihat rupa, keturunan, harta dan agama. Kita boleh berusaha tapi selebihnya Allah yg menentukan.Siapa pasangan kita dah ditentukan Allah sebelum kita lahir lagi.
    Semua kita inginkan isteri/suami yang solehah/soleh.
    Tapi tak semua akan dapat pasangan begitu. Seeloknya jadilah yang terbaik (ikut kemampuan).
    Cinta melibatkan proses mencari, menjadi,mencanai dan menghidupkannya. Ia melibatkan byk proses. Umpama pokok yang ditanam, jika tak disemai dan dibaja, takkan tumbuh pokok tu. Memberi adalah sebahagian drp proses membentu cinta. Memberi dalam ertikata memberi perhatian, mendengar dan meluangkan masa. Dari situ juga cinta boleh terbentuk. Cinta juga boleh hadir dengan sendirinya. Dari mata turun ke hati (meminjam kata kata pengarang) juga boleh berlaku. Di situlah dapat dilihat keajaiban dan kekuasaan Allah terhadap hamba hambanya.Cinta yang hadir menerusi kaedah ini sebenarnya amat indah sekali (saya pernah alaminya). Kita secara tiba tiba seolah olah mempunyai hubungan dengan orang yang kita dah jatuh cinta tu. Ajaib kan? Tapi itulah kekuasaan Allah.
    Cinta yang datang secara tak dijangka ini sebenarnya boleh mengundang sejuta keributan kepada sesiapa yang tak mampu menanganinya. Maklumlah, banyak aspek kehidupan yang akan berubah secara tiba tiba. Hal ini perlu ditangani dengan bijak dan dengan penuh sabar.
    Chemistry adalah satu perkara yang misteri. Bagaimana kita boleh rasa rapat atau senang dengan seseorang yang baru kita kenali amat sukar untuk dihuraikan secara saintifik. Ia begitu abstrak dan amat sukar sekali untuk menjelaskannya. Tiada ilmu sains yang mampu menghuraikannya dengan terperinci. Apa yang ada cuma komen komen yang bersifat umum. Apa pun, perkara ini wujud dalam kehidupan kita.
    Memang benar cinta tak bersyarat. Tapi adalah juga benar yang cinta juga boleh bersyarat. Terpulang kepada individu untuk meletakkan syarat atau tidak. Apa rasional untuk meletakkan syarat atau tidak adalah hak masing masing. Bagi individu yang meletakkan syarat, sudah tentu ada perkara atau pengaruh sekitar yang membuatkannya meletakkan syarat. Seperti hal chemistry tadi, jika cinta telah mula melimpah di hati, syarat syarat yang diletakkan atau ditetapkan akan diketepikan. Cinta boleh membuat seseorang berubah sekelip mata (ini juga pernah saya alami - Hasilnya cukup indah dan dinikmati hingga sekarang walaupun saya tak berkahwin dgn orang yang dicintai itu).
    Kesimpulannya, apa juga cinta yang bakal kita tempuhi, dari mata turun ke hati atau cinta yang terbentuk hasil proses yang panjang, jgn sesekali merosakkan cinta yang terbentuk. Ia adalah anugerah Allah yang amat tinggi nilainya dan cinta teragung adalah cinta kepada Rasulullah SAW dan Allah SWT. Hanya dengan cinta itu, kita pasti tak akan dikecewakan sampai bila bila.
    Yang baik itu dari Allah dan yang terkurang itu adalah dari kelemahan diri saya sebagai hamba Allah yang lemah dan hina. Maaf sekiranya komen ini menyinggung perasaan sesiapa yang membaca. Wassalam.

    ReplyDelete
  4. setuju dengan komen atas ni.
    dan juga entri ko.
    gimme five!

    ReplyDelete
  5. panjang komen en anon kita.. hehehhe.. saya setuju dengan komen di atas... n thanks.. u should have a blog.. :-)

    ReplyDelete
  6. Nasihat Rasulullah saw berkenaan kekurangan yang ada pada pasangan kita: 'Hendaknya seorang Mukmin tidak meninggalkan seorang Mukminah. Kalau dia membenci suatu perangai pada diri isterinya, dia pasti menyenangi perangai yang


    (",) belaja'la utk menerima & memberi .. huhuhuh u

    ReplyDelete
  7. Hati budi org sukar dijangka, betul?

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..