Sunday, November 29, 2009

Adegan Yang Hanya Dapat Dilihat Di Bilik Aku.


Masyaallah. Ini bilik ke sarang tenuk?

Kain baju sepah sana sini. Dengan laundry beg pun ada atas katil. Isk.Isk.Isk. Bilik anak dara sapa la ni.

Bayangkanlah, tempat nak lalu pun takde. Tempat tido apatah lagi. Setiap kali nak tido, aku humban semua ke bawah, pastu terus tido tanpa rasa bersalah. Huahahaha. Apakan daya, aku hanya insan biasa yang kadang2 datang jugak dia punya malas tu. ^_^.

Akhirnya, hari kesedaran aku tu muncul jugak. Hari ni, hantu rajin apa tah yang merasuk aku; bangun2 je tido lepas makan roti sekeping dan nescafe separuh gelas (tak sempat nak habiskan sebab dah masuk semut. Cilako punya semut), aku terus memulakan aktivi mengemas sarang tenuk. Hihihi. lama gile beb, dari kul 2 petang sampai la kul 8 malam. Abis je mengemas, aku terus mandi pastu terus keluar gi beli makanan kucing. Masa drive nak pergi petronas tu, tetiba aku rasa cam kaki aku menggigil2. Barulah aku sedar rupanya aku tak makan lagi. Isk, patutlah menggigil. Ingat kena penyakit parkinson tadi.

Balik je dari petronas, tanpa berlengah, terus amek lesung batu, cili api segenggam, bawang putih, bawang merah dan tumbuk sampai lumat! Lepas tu, dengan lajunya amek periuk, letak minyak sket, tumis bahan2 tadi. Kemudian, letak air semangkuk. Lepas tu baru lah aku keluarkan MAGGI. Hihihi. Sekali aku masak maggi je. Aku dah lapo, takde maknanya nak masak best2. Mee maggi cepat dimasak sedap dimakan. Ehee. Sementara menunggu maggi aku sejuk, aku update la blog ni. Hihihi.




Er, maggi aku dah sejuk la. Gua chow dulu.

Tata.


p/s : aku baru je bela anak kucing. jumpa anak kucing berkeliaran tak tantu arah kat area apartment aku. kesian punya pasal, terus aku bawak balik rumah. Nanti aku update pasal anak kucing tu ye. :-)

6 comments:

  1. Makoi!!! Tempat tido musang berjanggut ke ape tuh? Hahahaha!!

    Letak gambar cmni dlm entry mcm taknak kasi org tumpang tido uma je! Ahahahahahahaha.. gile lah!

    Tp syabas! Kerana anda telah dirasuki hantu "RAJIN" sampai 8 malam mengemas! Pergh. Patut la i tunggu2 u datang uma i tp tak datang2.. igt nak soh gak kemas bilik i =)

    I pon ade penyakit malas! Malas nak lap habuk dlm bilik. Fiu~ Penyakit penyakit..apa la obatnye ni! Tp sebab weekend nie cuti sampai 3 hari, menjadi jugak la akhirnya i mengelap semua habuk2 and kemas baju i masok wardrobe. Fuh!

    Tp slalu bertahan 2-3 hari je :D pastu jadi malas semule! ngeh3x.

    ReplyDelete
  2. blh tahan mengemas cujen.lame nye.haha.aku ingat nak masak nasik goreng tadi.skali megi da.haha

    ReplyDelete
  3. gaMbar sebeLUm keMas dah sNap.
    gambar SelaPas kemAs tak sNap ke??
    nak teNGok jugak HasiLnyaaa.
    hehehee...

    situAsi ko saMe cam Aku time buJang dulu2. ari2 campak brg kebawah bile nak tdo, n campak brg ke atas katil bila baNgun pg.
    bile dah kawen... ilang daahhh sume tebiat itu. jadi?? kawen lar cecepat. hahahaha.
    ape2 pun tahNiah sebaB biliK dah berKemas.

    ReplyDelete
  4. nad, aku takut lepas kawen lagi menjadi2 pulak pemalas aku.. silap2 ngan laki aku pun aku humban ke bawah..hihihi

    ReplyDelete
  5. dasat tol ko nak humban laki ko.
    biaq betui?? shian laki ko...
    hahahahahaha.

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..