Sunday, November 1, 2009

Bila Kehendak Mengatasi Keperluan

Sebahagian dari koleksi kasut aku.

Perempuan dengan kasut ibarat irama dan lagu. Memang tak dapat dipisahkan. (bukan dengan kasut je, dengan handbag, makeup, baju dan ah macam-macam lah orang pompuan ni). Aku pun macam tu jugak. Tu baru sebahagian dari kasut-kasut aku. Ada lagi aku tinggalkan dalam kereta untuk standby. Senang kalau nak kemana-mana.

Kadang-kadang aku pun tak paham dengan diri sendiri. Kaki ada sepasang je tapi kasut masyaallah.. berpuluh2 pasang. Kadang tu kasut yang aku beli bukan dipakai pun. Adalah sekali dua pakai, pastu simpan. Jenis aku pulak, aku kalau dah selesa dengan satu kasut tu memang aku akan lenjan yang tu je la. Wat masa sekarang, dua kasut ni yang jadi feveret aku ;


Tumit haruslah 4 inci nok. Aku tak reti pakai kasut rendah2 ni. Rasa tak konfiden, maklumlah aku kan pendek.

Ada orang pelik tengok aku pakai kasut tinggi2 ni. Tak sakit kaki ke pakai kasut tinggi2, tahan pulak tu dari pagi sampai petang. Prinsip aku, biar sakit asal bergaya. Hahaha. takde lah, sebenarnya kalau ko dah biasa pakai kasut tumit tinggi, dah tak rasa apa. Rasa cam biasa je. Tapi, kalau aku memang dah plan nak wat aktiviti yang banyak berjalan macam shoping ke ape, aku pakai selipar je. Lebih selesa dan senang nanti nak try kasut baru pulak. Haha. Tapi, aku jarang beli kasut kat kedai-kedai kasut ni sebab banyak tak menepati citarasa aku. Aku suka kasut yang tumit nya halus dan kurang-kurang 3 inci ke atas. Tapi, kedai kasut kat Malaysia ni banyak yang tumit 2 inci je. Kalau ade pun yang tinggi2 kat kedai yang mahal2. Guess atau Aldo. Aku manalah mampu. Kalau mampu pun boleh beli sepasang je. Mana cukup. Hihi ;p

So, sekarang ni aku lebih selesa shopping online je. Banyak blogshop2 yang jual kasut sekarang ni. Cantik dan murah. Antara blogshop yang menjadi feveret aku;


Tak silap aku dah 2,3 pasang jugak la aku beli from blogshop ni. Kasut diorg memang cantik dan sesuai ngan citarasa aku. Yang paling best lagi, diorg ni selalu update blog dengan kasut2 baru. Setiap minggu ade je koleksi2 baru. Korang kalau berminat boleh la singgah situ.

Ada lagi blogshop2 lain yang korang leh jengah. Boleh rambang mata kalau tengok. Sediakan duit je la. Hehe.

Ni pulak kasut2 yang jarang aku pakai atau pakai sekali dua. Kalau ade yang berminat, emel aku k. Mungkin aku boleh jual murah2 je dari dok collect dust je kan. Oh ya, aku pakai kasut size 7.

Sekian dulu untuk kali ni. Jumpa lagi. Tata.

7 comments:

  1. thnx sbb bagi link blog kasut. aku pn mcm ko. hantu beli kasut tp jarang pkai.
    stiap bulan wajib beli sepasang. but akhir2 ni, aku tk wajibkan beli gara2 ada perembat yg diam-diam pkai kasut aku. sungguh bengang.
    mcm nk lock rak kasut tu je.
    hahaaa

    ReplyDelete
  2. pergh... kaki size 7? ini betol betol kaki mcDonald nie.. hihihi.. jgn marah yer ;D

    i x pernah beli secara online a.k.a blogshop. sbbnya, i jenis suke tgk brg secara live.. kna pgg dulu, ramas2, test kat kaki (kalau kasut), merasaikan kebestan dan kehebatan kasut dikaki atau x.. then baru beli.

    wahahaha.. byk songeh kan!! lg 1, i x reti blogshop sbb takot tersalah beli size ke ape ke kan.. lain kasut lain pattern lain size.

    mcm u dah biasa, senang lah kan! shopping dr uma je.. x pyh nk berasak2 ke shopping mall cari parking segala..sigh..best2 u..

    PS. tak dpt nk beli kasut kasut u sbb size besar ngat.. haih! jual baju laaa.. :P

    ReplyDelete
  3. pretty rain..
    ade org rembat kasut?? hohoho bahaya nie...ko letak serbuk lada kat kasut tu..biar pijar kaki dia nanti..hehe

    ell
    kaki i memang panjang... u tak tau my sis kaki lagi la..size 10 nok.... hahahha...

    baju ye?? i pun ngah plan nak letgo baju2 i nie... nak jual dress yang tak dipakai...sebab i bukan selalu g clubbing pun.. rugi je simpan dress tu sume..hehe

    ReplyDelete
  4. sy pn kasut ada 3 pasang lagi kt dalam kotak xpkai lg..mak dh xlarat nk membebel dh..geleng2 kepala je dia..hehe..

    owh syg sy size 5/6..

    ReplyDelete
  5. haha.cayala cujen.kasut ko mmg cantek2.tingginye, tak larat aku.hehe.takpe, yang penting gaya ada :)

    ReplyDelete
  6. pergh org kaki kecik bley la beli online..

    yang aku ni size 11 mana nak carikkkk????

    hehhehe~

    ReplyDelete
  7. wow!! u really have lots of fabs shoes there!! :D

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..