Wednesday, November 11, 2009

Let's Enjoy The Show!!

Kembali bekerje setelah MC satu hari. Semalam aku tak kerja. Pagi-pagi dalam kul 8 tu aku dah sms bos aku. "Bos, i tak dapat pergi keje hari ni. Tak berapa sihat". Biasanya memang bos aku tak reply msg aku. Biasalah, diam tanda setuju kan. Tapi, pagi ni tetiba dia reply pulak. "Aik, semalam saya tengok ok je". Hohoho. Teruja jugak aku sebab bos aku dah pandai balas sms aku. Aku pun reply balik, "Period pain ni memang selalu datang secara tiba-tiba". Hahaha, berani betul aku balas kat bos aku mcm tu. Yang pastinya bos aku tak reply dah lepas tu. Isk, bos ni tak paham-paham biasalah orang pompuan ni kan macam-macam sakitnya. Nak buat macam mana, terima je la hakikatnya. ^_^. Tapi, sebab apa aku MC semalam biarlah aku je yang tau sebabnya. Yang penting aku pergi klinik dan dapat MC. Yay!! Ala, korang ni macam tak biasa je. Er, sekali bos aku adalah pembaca tegar blog aku. Mampus aku. Tapi, bos aku tau ke blog2 ni? Hihihi. Hai, bos!

Apa la yang aku nak cerita kat blog aku ni. Baru aku perasan la sekarang ni aku jarang update blog. Bukan aku je, aku perasan kawan2 aku pun jarang dah memblog. Apesar ar?? Update la weh. Aku boring gila kat opis tak tau nak buat apa. Dapat baca blog orang best jugak. Yer la, setiap orang punya cerita yang berbeza kan? Kadang2 boleh dapat pengalaman melalui blog orang. Kan kan? Tapi, aku sendiri malas nak update. Hehe. Aku sekarang ni bz. Sejak dah bukak cafe ni, takde masa nak memblog. Asik nak jengah cafe je. Tapi, sekarang ni cafe aku tak boleh bukak. Geramnye!!!! Mesti makanan yang aku masak semalam dah basi. Arghhh... rugi2. Baru plan nak kompol duit, nak besarkan lagi cafe aku tu. Haish!!

Tengok la tu, stuck sampai 68% tu je. Geramnye aku!!




Ok, abaikan.

Ahad lepas kan aku tengok cerita ni.



Best jugak la ceritanya walaupun agak lembap. Dah genre filem ni pun drama and romantic. Haruslah slow kan. Tapi takpe. Aku memang suka filem-filem romantic macam ni. Feeling je bila tengok. Hehe. Sape yang belum tengok cerita ni, disarankan la tengok. Cerita pasal seorang lelaki yang ada kelebihan merentasi masa. Dia boleh pergi ke masa silam dan masa akan datang. Tapi, dia tak boleh pilih tempat dan masa. Cuma tiba-tiba dia akan hilang, lepas tu bangun2 je ada kat tempat lain. Cerita jadi dramatik bila dia tetiba dapat tau bila dia akan mati dan macam mana cara dia mati. Alamak, terspoilkan pulak. Hihi. Sorry la kepada sesape yang plan nak tengok cerita tu. Ok la, kalau nak tau lebih lanjut pergilah menonton ini pilem.

Tetiba aku terfikir. Best ke ar kalau kita dapat merentasi masa? Kalau kita boleh balik ke zaman silam pun, apa yang kita boleh buat? Ubah sejarah? Hmm...sebenarnya walapun kita dapat kembali ke zaman silam tapi kita tetap tak boleh ubah sejarah. Dan kalau kita dapat melihat masa depan pun bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Best ke bila kita boleh tau apa kita akan jadi, dengan siapa kita akan kawen, berapa anak kita ada, bila kita akan mati, macam mana cara kita akan mati. Hmm.. sebenarnya mengetahui masa depan tu adalah sesuatu yang menakutkan. Biarlah aku tak tau apa akan jadi seterusnya. Yang penting aku buat yang terbaik untuk hari ni, dan menikmati hidup kita sepenuhnya. Kan?

"Aku tak mampu merubah masa silam dan juga tak mampu meramal masa depan. Lantas, mengapa harus aku menyesali masa silam dan merasa bimbang akan masa depan?"

Dah dua kali aku ulang ayat ni. Tapi, sebenarnya aku masih dok kenang2 benda yang dah lalu. Susah sebenarnya nak buang kenangan-kenangan lama ni. Benda dah terpahat dalam kepala otak, bukan boleh buang macam tu je. Kalau la otak aku ni boleh format balik, nak je aku format semula. Buang semua benda2 tak pakai yang menyesakkan kepala. Hakikatnya, mestilah tak boleh. So, apa yang aku boleh buat??

KITA ENJOY!!!!



Alamak, hari ni 11.11.2009 la. Dua tahun dari sekarang, Huhuhu. ^_^

6 comments:

  1. hye cujen.aku mengaku jgk aku jarang update blog sjk ber FB dan sejak menjadi toke cafe ni,hahaha.

    tapi, aku dah update dah.ishh, tak kan dapat barang baru barang lame mau buang ye tak :D

    ReplyDelete
  2. putri,
    fashionable? hahahah..
    mana leh celen awk...
    awk pakai ape pun cantik..org kata apa, ade pesona bintang gitu.. :-)

    wadah
    nak celen ko main cafe world pun tak bley... isk..

    ReplyDelete
  3. Babe!!!

    Mcm mana boleh sama nie??

    Semalam pon I MC!! I jumpe doc and I dapat MC I bagi alasan kat boss I period pain.

    Omaigod!

    We have chemistry! We have chemistry! *excited!

    Smlm I berjalan2 di Pyramid je. Heh. Kalau tahu u cuti, leh kite beronggeng bersama kan! ;D

    My fren siap baca novel time traveller's wife nie seblom movie keluar. Rajen betol.

    I setuju ngan u. I rasa I pon nak format balik tape2 dlm otak I nie. Dah serabut. Byk ngat rubbish. Heh.

    Storage makin kecik nie. RAM okey lagi kot sbb I tak blur blur. Hahaha!!

    To me, mmg susah nak lupakan kenangan atau sejarah lama baik manis atau pahit, tapi caranya, just buat something yg x memerlukan u terkenang kembali like SHOPPING, DANCING, BUAT KEJE KAT OPIS YG BERLAMBAK2, BACA BUKU.. Oh, jangan dgr lagu2 yg membuatkan anda boleh terkenang saat2 yg terganggu. Hehe.

    It works for me, but U try la maybe it works for u too!

    Opsiee..saje tulis panjang berjela sbb I pon dah malas hapdet belog! Wuhuu!

    ReplyDelete
  4. hahaha..kan dah kata kita mmg ada chemical... ;p

    tips2 yg u bg untuk lupakan mende2 tu semua i dah buat dah.. skrg dah ok pun sebenarnya... tapi still suka dengar lagu2 kenangan2.. tu mmg feveret.. tak boleh buat apa dah.. hihi..

    er, nape tak nak update blog dah?? update la..update la... best ape bace blog u... pedulikan anynomus yg tah pape tu...

    ReplyDelete
  5. ye a cujen...
    aku pu dah lame tak jeNgah bLog semenJak ade caFe, ade KebUn, ade AkuArium... iKan aku Pun suMe mati sBb tak bleY bukAk seJak JumaAt ari tuh. rugi rugi...

    paPepUn blOg ni Jgn diPadAMkaN.
    aku PemBaca sEtia bLog keNgkaWan.
    hehehe.

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..