Thursday, November 19, 2009

Mati Itu Pasti, Hidup Belum Tentu.

"I baru sampai KL dari KK. My Mom call, bapak i dah tak ada. I balik KK subuh ni"

Malam kelmarin aku terima sms tu dari someone yang sangat closed dengan aku. Secara jujurnya aku tak terkejut dengan berita tu sebab sebelum ni pun memang bapak dia dah sakit teruk. Cuma bila dapat sms macam tu, aku macam tak tau nak buat apa. Maksud aku tak tau nak bagi reaksi mcm mana sebab aku bukan jenis org yang reti nak pujuk2 orang atau nak calm down kan org or whatever perkataaan la yang seumpamanya. Aku takut kang salah perkataan, akan buatkan orang tu lagi sedih. Lama jugak aku amek masa nak reply sms tu. Last-last aku reply je mcm ni;

"Al-Fatihah untuk ur father. Takziah untuk u sekeluarga. Banyakkan sabar k. Sorry, my phone already barred. Can't make call and sms."

Memang kebetulan phone aku dah kena barred masa tu and aku reply guna phone adik aku je. Pada pendapat korang, teruk sangat ke bagi jawapan mcm tu. Memandangkan aku boleh dikatakan agak closed la dengan dia. Tapi, entahlah bila tiba bab-bab macam ni, aku jadi tak reti nak handle. Aku bukan jenis org yang reti nak bermulut manis nak ucapkan kata-kata yang boleh sejukkan hati org. Aku memang tak reti. Kalau ada org datang kat aku nangis-nangis, aku rasa aku boleh pandang je kot muka dia. Tapi tu bukan maksud aku takde hati perut atau keras hati. Aku boleh rasa sedih dengan apa yang dia rasa. Tapi, nak memujuk tu bukan aku la. Nak pujuk budak kecik yang tak berakal sangat pun aku tak reti, inikan pula nak pujuk org dah besar panjang.

Mungkin jugak aku bukan jenis orang yang suka dipujuk membuatkan aku tak berapa reti nak pujuk org. Lagipun bila orang pujuk nanti aku jadi makin mengada. Hehe. Tapi, janganlah bila dah buat aku sakit hati terus wat bodoh je. Cukuplah sekadar mohon maaf, dan bagi aku masa untuk bertenang. Aku akan elok dengan sendirinya.

Citer pasal pujuk memujuk ni, kadang-kadang benda tu boleh jugak mendatangkan sakit hati. Ni cerita dari kawan aku yang miscariage after 7 month mengandung. First baby. Nak dijadikan cerita lepas habis pantang dia kembali semula ke opis. Dan biasalah bila kat opis ni ramai la yang akan bertanya. Ucap takziah pe suma. Ok, memang benda tu baik. Menunjukkan keprihatinan kita. Tapi yang tak bestnya bila ada orang yang masih dok sibuk2 tanya "mcm mana boleh jadi gitu?", "sempat tak tengok muka baby?", "nama baby apa?", "lelaki ke perempuan?". Pastu diorang yang tanya tu pulak yang sedih2, nangis2 bagai. Isk, sungguh tak paham. Tau tak, bila kita cakap mcm tu akan buat orang bertambah sedih. Kot ye pun nak tunjukkan keprihatinan, cukuplah sekadar ucap takziah. Tak payah la nak bersyair, bergurindam bagai. Pastu yang lagi baghal, siap leh tanya "sedih tak?" Bodoh punya soalah daa..Kalau aku la kena mcm tu, pastu org leh tanya aku sedih ke tak memang aku bagi terajang jek. Sebab tu la aku tak berapa gemar orang pujuk aku bila aku ngah sedih. Dan aku pun tak berapa gemar nak pujuk orang sebab aku takut aku tersalah cakap.

Andai kata satu hari nanti aku datang kat korang dalam keadaan sedih, menangis, meraung, melolong ke, apa yang aku perlukan ketika itu hanyalah bahu kamu dan peluklah aku tanpa ucapkan apa-apa pun. Itu sudah memadai. :-)


6 comments:

  1. erm, betullah cujen.
    kadang2 soalan2 mcm tu menyedihkan lagi hati kita yang baru nak baik ni.

    ReplyDelete
  2. sometimes, there's people just don't get it kan?

    ReplyDelete
  3. taJuk eNtry kau ni meMbuatKan aku cecePat nak klIk n baCa...

    aKu rAsa...raMai naK PinJamKan baHu uTk kau biLe kaU berSEdih.
    terMasuk lar aku... insyaAllah. heh.


    :-)

    ReplyDelete
  4. kadang2 tak perlukan kata2 untuk memujuk hati yang berduka...:)

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..