Wednesday, November 4, 2009

Setiap Malam Adalah Malam Pertama... Awww

Ok ok jangan salah paham dengan tajuk di atas. Itu adalah tagline untuk ini;


Hari ni aku dengan baik hatinya nak share kat korang barang baikkkk punya. Haha. Kenapa aku cakap barang baik?? Sebab aku dah menggunakan produk ni dan terbukti keberkesanannya kat aku. Jadi apa salahnya aku share kan benda2 baik kan. Sharing is Caring. :-)

Ok kita mulakan dengan iklan dulu.

Iklan dimulakan dengan gambaran seorang lelaki memandu kereta dalam keadaan tergesa-gesa pulang ke rumah. Sesekali memandang jam di tangan. (dah tak sabar nak sampai rumah agaknya). Di satu sudut lain pulak, digambarkan seorang wanita sedang meminum minuman tenaga "KACIP FATIMAH". Lepas minum pandang cermin bajet cam lawa. Tak lama kemudian lelaki yang tergesa-gesa memandu tu pun sampai rumah (sib baik tak eksiden). "Sayang, abang dah balik ni". Wanita tu pun sambut dengan kata-kata "Sayang di bilik nie". Adegan seterusnya di simbolikan dengan gambar rumah je pastu hanya kedengaran bunyi tapak kaki lelaki panjat tangga agaknya. Pastu lampu di bilik pun padam. Hahahaha. WTF. Ape relevannya minuman kacip fatimah tadi dengan lampu bilik terpadam tu? Apa, minuman tenaga ni boleh minum time nak buat sex je? Er, ke aku yang cetek akal. Mungkin lampu terpadam tu simbolik kepada : Kami dah nak tido ni. Selamat malam. Haish, kadang-kadang aku tergelak sendiri tengok iklan-iklan ni. Macam-macam cara buat untuk tarik pembeli.

Isk, panjang pulak iklan aku ni. Kepada sesiapa yang belum pernah tangok iklan tu, boleh la tengok kat sini yer : IKLAN KACIP FATIMAH. Er, sebenarnya iklan tu takde kena mengena pun ngan entry ni. Saje je aku letak sini. Nama pun iklan kan.


Ok, mari kita teruskan dengan entry ini. Bagi perhatian ye adik-adik, akak-akak.

Aku start gunakan produk ni setahun yang lepas. Itu pun secara tak sengaja je. Memandangkan aku ni mengamalkan gaya hidup yang aktif, maka sangat lah penting untuk aku mengambil supplement-supplement tertentu bagi memastikan aku sentiasa kekal cergas dan cantik. Yer, selain cergas, kecantikan itu amat penting bagi aku. Biarlah orang kata aku tak cantik, hidung macam singa ke, takpe...yang penting aku konfiden. Hahaha. Ok,cukup. Kita teruskan semula. Serius la cujen!!

Sebelum start amek supplement ni, aku wat research dulu. Mana la kot-kot ada side effect ke bila makan produk ni. Bukan leh caya sangat produk2 macam ni. Kualiti belum tentu lagi, yang penting bisnes masyuk. Kang tak pasal-pasal aku masuk spital takpun kang kojol terus. Isk, bahaye ni. So, aku pun memulakan la usaha mencari info. Macam biasa la kalau info-info macam ni aku suka cari dekat forum CARI.COM.MY. Dekat board Petua Kecantikan dan Fesyen. Kat situ info pasal macam-macam produk ada. Korang pandai2 la search ok. Setelah berpuas hati dengan info2 yang diberikan ditambah pulak ada rekemen dari housemate aku masa tu, maka aku pun tanpa ragu-ragu telah membeli sebotol Bidadari ni. Start dari itu bermulalah kehidupan aku sebagai bidadari. ^_^

Setelah hampir setahun mengamalkan bidadari ni, boleh la aku buat satu kesimpulan yang bidadari ni memang betul-betul HO LIAU. Apa maksud ho liau tu pun aku tak tau. Tapi, kalau tengok gaya iklan tu maksudnya lebih kurang BESSTT la kot. Kenapa aku kata best? Ok, ni adalah sebab-sebabnya. Dari sudut pandangan aku. Diulangi lagi, dari sudut pandangan aku.

KENAPA SAYA SUKA PRODUK BIDADARI

1. Aku suka dia nye rasa. Sedap. Tak macam sesetengah jamu yang lain. Bau je nak buat aku termuntah. Apatah lagi nak telan. Tapi bidadari ni lain. Rasa bidadari ni macam madu + kurma. Siyes sedap. Rasa sekali nak dua kali. Rasa dua kali nak empat kali. Hahaha.

2. Senang nak makan. Bidadari ni dalam bentuk cecair. Macam scott emulsion tu. Tuang je lam sudu (sudu plastik je tau!) pastu telan. Cepat dan mudah. Kadang-kadang kalau aku tak jumpa sudu plastik aku tuang je lam penutup botol bidadari tu. Sebab penutup botol tu pun plastik jugak. Kan senang. Tak perlu nak bancuh2. Masak air ke, nak shake ke ape. Maklumlah aku ni kan busywomen, mana ada masa nak buat benda remeh temeh camtu. Lagi pulak pagi-pagi selalu nak cepat je. Kalau makan mende2 yang perlu nak bancuh tu kan amek masa. Buatnya air tumpah atas baju ke. Isk. Leceh. Leceh.

Dari dua sebab di atas, tagline baru yang boleh dibuat ialah Bidadari : Pantas dan Sedapppp.

Sambung balik.

3. Sejak mengamalkan bidadari ni, aku kurang rasa mengantuk kat opis. Sentiasa segar je mata aku ni even kalau aku tido lewat jam 2-3 pagi sekalipun. Orang bujang + muda + single macam aku ni kadang2 banyak pulak aktiviti malamnya. Ada je kawan-kawan ajak pergi berhibur. Karaoke la, tengok wayang la, lepak kedai mamak ke. Tau-tau je la bila dah buat aktiviti tu malam2, konpom la balik lewat kan. Paling awal pun sampai rumah kul 11, 12 malam. Kalau dulu, balik time2 macam tu konpom la jugak aku akan tersengguk2 kat opis. Tapi, sekarang tidak lagi! (buat senyum keji).

4. Aku sentiasa je bertenaga. Ceh, lain macam je bila aku cakap bertenaga tu kan. Maksudnya di sini, aku takdelah rasa lemau je. Biasalah bila kat opis sejuk2 macam ni, ditambah pulak time2 takde kerja tu. Dah la exercise pun takde. Mesti la badan pun lemau kan. Tapi, dengan bidadari takde lagi perkataan lemau tu dalam kamus hidup aku. Kat opis tu setakat naik tanga dari tingat 1 sampai 8 setiap pagi selamba je aku. Pastu petang pergi jogging lagi. Malam pulak aktiviti hiburan dengan kawan-kawan. Kalau takde tenaga, tak larat nak buat semua tu nokk. Tapi jangan la sampai takde rehat. Dok pk bidadari ni bagi tenaga, korang pun bantai bidadari sebotol nak cover tenaga korang tu. Isk, tu nak bunuh diri namanya. Kenalah jugak amalkan rehat yang secukupnya ok.

5. Kulit jadi licin dan halus. Tapi, takdelah lepas je telan bidadari tu, kulit korang yang gelap serta merta bertukar jadi cerah atau jerawat korang serta merta hilang sekelip mata. Maksud aku kat sini kulit korang takde la rasa kasar. Jerawat pun kurang naik. Tapi, jerawat aku time period naik jugak. Benci betol!!

6. Time period aku dah takde delay2 lagi dah. Kalau delay pun 2-3 hari je la. Tapi, biasanya period aku berjalan dengan lancarnya.

Rasanya setakat tu je testismonial yang boleh aku ceritakan kat sini. Testimonial ini dari pengamal bidadari yang masih belum berkahwin. Mungkin orang dah kahwin lain sket effect nye. Sebabnya bidadari ni ada macam-macam khasiat. Kalau korang nak tau, baca je la kat forum cari yang aku dah bagi siap2 link kat atas tu.

Tapi, nak inform sikit kat sini. Bidadari ni sape2 pun leh amek. Selagi namanya pompuan, kalau nak amalkan boleh je. Tak semestinya orang dah kawen je leh amek. Tapi, ada 3 golongan yang dilarang keras mengambil bidadari ni. Golongan itu ialah : LELAKI, WANITA YANG MENGANDUNG dan WANITA YANG SEDANG PERIOD. Time period je tak boleh, lepas dan sebelum tu boleh jek. Jadi, golongan2 di atas jangan pulak memandai2 nak cuba k especially golongan lelaki. Kang lain pulak jadinya. Hehe. Lagi satu time nak minum bidadari tu, jangan pakai sudu besi tau. Sebab kandungan bidadari ni ada termasuk madu. Kang hilang pulak zat-zat bidadari tu. Pastu jangan mengada2 nak letak bidadari ni dekat2 dengan peti ais atau kat tempat2 yang boleh mengalirkan letrik. Sebab produk ni berasaskan homeopati.

Sesiapa yang berminat nak kan bidadari ni boleh la cari kat kiosk2 berhampiran. Bersepah orang jual. Harga pun tak mahal. 53 hengget je. Bolah tahan tuk sebulan. Apalah sangat 53 hengget sebulan tu kalau nak dibandingkan dengan khasiat-khasiat yang korang leh dapat. Berita baik untuk mereka yang tinggal di Putrajaya. Ada kawan aku ni jadi ahli. Pengedar untk barang2 DCL ni (termasuk la bidadari). Ni blog dia --- >KEDAI 4 ALL. Kat situ ada no phone dia. Kalau korang nak, call je dia. Nanti dia akan hantarkan kat korang. Tapi, untuk warga Putrajaya saje.

Aku tak join pun ahli bagai. Saje je promote kat korang barang baikk. Tapi, tak semestinya yang baik untuk aku tu, baik untuk korang jugak. Nak cuba boleh lah. Tak salah kan??

Selamat mencuba kawan-kawan.

:-P


p/s : tadi kan lepas member aku hantar bidadari ni, aku letak la atas meja aku. pastu aku kuar g antar surat. masa nak masuk balik bilik dari jauh aku nampak bos aku dok belek2 bidadari ni. ai bos, nak belikan tuk bini ke? hihihi


10 comments:

  1. mmg sedap cujen.plg best aku rase.rase nak rase..nak rase..dan nak rase.hihi :P

    aku pun search dulu sebelum membeli ni,segala info yang ko bagi ni tepat belaka.confirm! telan je tak susah.sedap dan tak muak.teruskan okey :)

    ReplyDelete
  2. ko dah amalkan ke bidadari nie? hehe

    ReplyDelete
  3. ziela
    awk kena try hehehe

    cujen
    aku pn mcm nk try gak arr

    ReplyDelete
  4. trasa nk try bila baca part kurang naik jerawat.
    bole cr kt DCL saje ke?

    ReplyDelete
  5. cik pretty..
    kat mana2 kiosk yang jual ubat2 or jamu2, konpom ada jual bidadari nie...

    ReplyDelete
  6. ade makan.lepas tu malas.haha.ape punye malas da aku.hehe

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..