Tuesday, December 1, 2009

Enam S.


Aku tertekan dengan pelaksanaan 6S Jabatan Kerajaan sekarang. Sepatutnya 5S je, tapi Jabatan aku ni nak lebih-lebih pulak buat enam pulak. Mengada kan? Kalau korang tanya aku apa itu 6S or 5S, sumpah aku tak tau nok. Yang aku tau menda ni kena buat kat opis memasing. Kena kemas bersih2, kena susun segala fail, surat, buku ke, even alat tulis pun kena simpan elok2. Kena buat tagging, buat line tuk segala benda. Kena ada border.

No more key chain tergantung2, fridge magnet kat rak besi ke dan paling gampang sekali tak boleh ada bekas petak pen. Segala mak nenek alat tulis kena simpan dalam drawer yang disediakan. What The Fish!!!! Aghhhh....tekanan betul aku dibuatnya. Aku dah la suka letak pen dalam mug je. Senang nak capai, cepat pun cepat. Ni tak, nak kena bukak drawer lagi. Lambat tau tak!! Lepas tu segala atok moyang keychain ke, or segala whatever perhiasan adalah tidak dibenarkan sama sekali. Er hello, segala perhiasan tu tak mendatangkan gangguan pun kat kerja aku. Janji meja aku nak buat kerja, clear. Ko buatlah 10S ke, 20 S ke, kalau malas buat kerja tu, malas la jugak. Tah hape2 pelaksanaan pun aku tak paham daaa.


Boleh bayangkan tak office aku yang ceria ni terpaksa di clearkan disebabkan pelaksanaan 6S ni. Aku akan bekerja dalam keadaan suram macam kat rumah mayat. Isk. Tekanannya aku. Mana aku nak campak segala aksesori kat office aku ni?? Haish. (-_-)



CUJEN - Sampah Semak Samun Sepah Selerak Serabut

10 comments:

  1. wow! u ade bilik sendiri kew? itu sgt kelassssss!

    ehehe. hm, mebi gomen xnak nampak serabut kot. tp i tgk u punye tersusun je wlpn byk brg.

    selalu kalau i pegi tmpt client, cubicle dorg masya'allah. sepah sgt2! keychain berjurai2, kertas bertimbun2, bunga telur serabut atas meja. hm, tp itu jabatan lain la. aritu i masuk yg BHEUU. fuh. teruk sekali :P

    ReplyDelete
  2. eh>kat sini belum lagi.tapi aku tak blh hidup dengan tak ceria.
    klu gitu datang keje hari2 pun takde mood.yela semua suram.ape daa.kan?banyak benda lain leh buat dari perkara remeh ni.hiishh

    ReplyDelete
  3. ell,
    ade bilik sendiri pun takde maknan... jadi kuli jugak..ehehehe....

    ReplyDelete
  4. ini office ke kedai gift???? haha.

    ReplyDelete
  5. aKU pUn samEr..
    MencIKLar 5S niE...
    tAk sUKE..TAk sUKE..tAK suKe..

    ReplyDelete
  6. naSib baiK temPAt aku beLom lAgik.
    kalau tak, mane aku nak CamPakKan seGala giFt terUtama weDdiNg giFt kEngkAwaN.
    ade niLaI sentiMentAl suMe2 tuh.

    ReplyDelete
  7. mng pun mnyusahkan idop...dulu kt opis lama aku pun kena buat bnda ni...mcm cilaka tp2 mggu kena dtg gotong royong...tp aku xpenah nye dtg...aku ada komitmen lain lg dr aku dtg opis nk mngemas smata2 nk capai sasaran 5S bangang tu...dn opis lama tu la bos nye yg beria2 nk buat 5S bongok tu...ko tau kan opis lama aku???sgt siolllll..

    ReplyDelete
  8. opis ko yg lama kat mana ar?? aku pulak semangat nak wat 6s nie... tapi tak tau nak mula dr mana..serabut sket.. dah la aku kena wat sorg2... bilik aku sorg je terperuk kat sini...bencinya....!

    ReplyDelete
  9. 6S atau 5S adalah satu kaedah atau tatacara kerja yang diadaptasikan dari cara bekerja orang orang Jepun. Ia memerlukan pelaksanaan yang rapi dan bertujuan untuk mengurangan kos, meningkatkan tahap keselamatan dan zero defect. Aspek utama yang ditekankan adalah nilai nilai estatika, kesempurnaan dan kekemasan. Adalah dipercayai bahawa apabila suasana tempat bekerja menjadi kemas dan teratur, maka produktiviti dapat ditingkatkan dan ini amat penting untuk segala aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar. Perlaksanaan ini adalah satu usaha yang baik dan harus diberikan pujian dan sokongan. Ia mampu mendisiplinkan kakitangan. Harus diingat bahawa tanpa disiplin, tiada apa yang diusahakan boleh membuahkan hasil.
    Penerapan 6S atau 5S (di sesetengah tempat) akan mengambil masa kerana ia adalah satu perkara baru dan asing dalam komuniti kakitangan awam.
    Dalam sektor swasta, terutama syarikat yang besar (syarikat Jepun terutamanya), perkara ini telah lama dipraktikkan.
    Di Jepun 5 S ini merujuk kepada Seiri (susun), Seiton (sisih), Seiso (sapu), Seiketsu (seragam)dan Shitsuke (sentiasa amal @ disiplin). Antara 5 S ini, yang paling penting adalah 2 S yang pertama iaitu Seiri dan Seiton.
    Program ini jika diaplikasikan dengan sempurna dan betul akan membantu meningkatkan komunikasi yang lebih efektif, mengurangkan risiko alam sekitar, meningkatkan mutu kerja, dapat mengenalpasti sebarang ancaman dan mengubah cara kerja seseorang dari bekerja secara sendiri kepada bekerja secara berpasukan.
    Kesimpulannya, program ini adalah perkara baru dalam sektor awam dan sebarang rungutan dan tentangan terhadap program ini adalah dijangkakan. Saya cadangkan agar tuan puan mengikuti dahulu program ini dan nikmatilah hasilnya apabila ia cukup masak untuk dituai. Hasilnya cukup indah.

    Wallahualam bissawab
    Assalamualaikum

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..