Thursday, December 3, 2009

Masalah Aku Mungkin Bukan Masalah Bagi Kamu.

Aku ada satu masalah yang kadang-kadang aku rasa boleh menggangu emosi aku.

Aku cukup benci tengok keadaan di tempat makan; (biasanya berlaku di restoran fast food or di food court) di mana bila ada couple datang nak makan, si lelaki hanya duduk di kerusi dan menunggu manakala si perempuan pulak yang beratur nak order makan. Dah la kena beratur sendiri, time bayar pun perempuan kena keluar duit. Pastu nak angkat makanan tu pun perempuan jugak. Lelaki tadi duduk je tengok girlfriend beli makanan dengan muka tersenyum2 macam monyet. Siyes, aku menyampah gile.

Dah kurang ke lelaki gentleman dalam dunia ni?

Aku bukanlah mintak kaum wanita dilayan macam puteri atau dimanja2 kan. Tapi, dalam situasi ni aku rasa lelaki yang patut buat. Even kalau perempuan yang nak belanja sekali pun. Kalau kat rumah ye la pompuan yang sediakan makanan sume. Tapi ni kat luar la beb. Orang tengok pun rasa tak best. Er, ke aku je yang rasa camtu?

Hmmm. Mungkin ini bukan masalah bagi sesetengah orang, tapi aku memang cukup tak berkenan dengan situasi macam ni.

Kalau lah ditakdirkan aku keluar dating dengan lelaki macam ni, konpom itu adalah yang pertama dan terakhir aku dating ngan dia. Aku tak kisah kalau lelaki tak belanja aku pun, tapi time beli mesti sama2 beratur dan angkat makanan sendiri2 kalau dia tak nak angkatkan tuk aku. Tapi untuk angkatkan makanan ko letak kat meja sedangkan ko duduk mengangkang tersengih2, SORRY! Aku bukan kuli batak ko.


8 comments:

  1. aku rase
    lelaki yg mcm gitu

    berat te**r

    wahhh lucah giler

    ReplyDelete
  2. betul betul betul.
    aku pun tak suke lelaki ceNgGitu.
    tak gENtle-maN.
    siB baik laKi aku tak CenGgitu.
    ngeh. :-)

    ReplyDelete
  3. salam cujen,
    mungkin ada situasi yang berlaku antara mereka sebelum event yang di utarakan itu berlaku. Mungkin si perempuan sendiri yang menawarkan diri untuk beratur (mungkin itu kali pertama bagi si gadis setelah berpuluh kali keluar dgn teman lelakinya). Bagi si gadis, apa salahnya kali ini aku pulak yang beratur. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Harus disematkan bahawa apa yang tersurat tak semestinya memaparkan yang tersirat.
    Adalah benar setiap lelaki normal sewajarnya bersikap gentleman terhadap seorang wanita yang dicintainya. Tetapi tidak salah pula bagi seorang gadis untuk menunjukkan sikap yang sama terhadap lelaki yang disayanginya. Pokok pangkalnya jika antara keduanya saling redha meredhai, maka sepatutnya tiada masalah.
    Tapi sekiranya hanya si gadis yang melakukan semuanya sejak dari mula berkenalan hinggalah ke hari cujen melihat perkara beratur itu berlaku, maka sewajarnya si gadis memikirkan tentang darjat dirinya di mata lelaki yang sering didampinginya.Bahasa mudahnya, cari aje yang baru.
    Saya akui di zaman ini semakin kurang lelaki yang berkualiti, gentlemen dan bertanggung jawab.
    Kalau ada pun, semua dah jadi milik wanita lain. Maka disebabkan budaya masyarakat kita yang memandang negatif kepada wanita yang masih bujang walaupun umur telah bertambah, maka apa pilihan wanita2 bujang ini ada? Sama ada terus membujang, atau kawin tangkap mua (asal ada suami) atau berkongsi kasih dengan wanita lain (bermadu).
    Berbalik kepada entry ini, event yang berlaku harus dilihat dari sudut yang lebih luas. Dengan memahaminya, nescaya kita akan faham ratio decidendi yang menyebabkan berlakunya event si gadis mengangkat makanan sedangkan ko duduk mengangkang tersengih2 (meminjam kata2 pengarang).

    Assalamualaikum

    ReplyDelete
  4. kan dah kata kat atas tu, sekalipun perempuan menawarkan diri, lelaki seharusnya bersikap GENTLEMAN. tak kira la dah berpuluh kali sebelum ni lelaki buat pun... kecuali lah kalau lelaki tu cacat...bleh la nak tolong.. lagipun, bagi org dah berkawen, kan selalunya perempuan yang sediakan tu sume kat rumah. apa lah salahnya bila time keluar, lelaki pulak yg buat... er, hello..org pompuan kawen bukan nak jadi hamba abdi tau. tapi, nak jadi yeman yang boleh susah senang bersama...ke akhir hayat.. ape, lelaki ingat setakat bayar duit hantaran 5-6 ribu tu dia leh soh pompuan buat suka hati. saya lebih rela tak kawen dari kawen dengan lelaki yang tak tak menghargai pompuan

    ReplyDelete
  5. selalunya aku yang beli makanan kalau g mkn ngan laki aku. sebab kalau dia yang beli semua yang mahal2 dia ambik. kalau aku yang order paling murah punye aku ambik. hahaaa

    ReplyDelete
  6. there's things yg i setuju dgn ur pendpt tu, cujen.

    tp kalau dah bercinta bagai bertahun lamanya perangai camtu gak, baik pegi terjun lombong. haha.

    ReplyDelete
  7. sayang pun biar berpada.klu gilir2 boleh dimaafkan tapi kalau dah muka pompuan je kena....aku pun hangin.

    come on,b gentleman la.

    ReplyDelete
  8. kadang-kadang setengah lelaki dia tak reti dan dia memang takde sifat-sifat gentlemen.

    kalau dpt lelaki camtu, kita suruh je dia pergi beratur. nanti lelama dia faham :)

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..