Wednesday, December 9, 2009

Perpisahan Itu Bukan Satu Pengakhiran Hidup,


Ianya satu permulaan kepada hidup baru.

(_)


Sepanjang tahun 2009 ni aku banyak dikejutkan dengan hubungan cinta kawan-kawan yang tak kesampaian. Dan aku terpanggil untuk membuat entry ni bila baru-baru ni seorang sahabat 'message' aku di Facebook;


"Apa ko rasa masa putus tunang dulu? Sakit tak?"

Aku tak terkejut pun dengan soalan tu sebab aku macam dah boleh agak apa yang berlaku kat dia based on her status kat Facebook. Tapi, untuk pengesahan aku tanya jugak. Dan tekaan aku tepat. Dia baru je putus tunang. Keputusan dia sendiri.

Ok, menjawab kepada pertanyaa dia tadi. Jawapan simple aku memang la sakit tapi dalam masa yang sama aku rasa lega.

Aku putus tunang dua kali. Dua-dua aku yang mintak untuk diputuskan. Aku tau ini bukan lah perkara yang boleh nak dibanggakan atau di heboh2 kan. Tujuan aku memaparkan kisah 'percintaan' aku ni (eceh, macam dialog Kisah Benar pulak) supaya dapat dijadikan iktibar atau mungkin boleh dijadikan panduan untuk kawan-kawan yang masih dalam keadaan keliru.

Ini cerita aku untuk dikongsikan bersama korang.


Tunang aku yang pertama;

Kenal masa aku sama-sama belajar kat Politeknik dulu. Dengan dia aku belajar 'bercinta', dengan dia aku cipta macam-macam kenangan indah. Dan dengan dia jugak aku banyak susah senang bersama-sama. Orang kata dari takde pape (maklumlah student masa tu) sampailah masing-masing dah bekerja dan membina hidup masing-masing. Hubungan cinta kitaorang bertahan selama 4 tahun. Terus terang aku cakap dalam tempoh 4 tahun tu macam-macam dugaan berlaku kat kitaorang. Hubungan aku dengan dia tak la riang ria macam orang lain tengok. Bayangkanlah dia seorang yang cemburu melampau, aku pulak masa tu tak suka dikongkong dan panas baran. Masa sama-sama belajar takdelah gaduh sangat sebab depan mata. Bila dah kerja jauh2, mulalah 'panas' je. Boleh dikatakan setiap hari bergaduh. Kalau bergaduh manja tu biasalah, tapi ni bergaduh macam orang dah tak siuman. Macam orang hilang akal. Tapi, dalam keadaan kitaorang selalu bergaduh tu, kitaorang bertunang jugak.

Betul la kata orang dugaan bertunang ni lagi hebat. benda-benda kecik pun nak digaduhkan. Sampai satu tahap tu akhirnya aku tewas jugak dengan dugaan bertunang. Aku mintak pertunangan kami diputuskan. Nampak mudah kan? Hmmm.

Sebenarnya sebelum aku betul-betul nekad amek keputusan untuk putus tunang tu, boleh dikatakan setiap malam dalam tempoh 3-4 bulan aku dok berpikir. Banyak benda yang aku pikirkan. Antaranya;
  • Hubungan aku dengan dia dah lama. Sayang kalau nak putus.
  • Family dia sangat baik.
  • Kitaorang dah bertunang, malu kalau putus tunang.
  • Terlalu banyak kenangan aku dengan dia. Aku takut nanti aku meroyan asik ingat kat dia.
  • Aku takut nanti dah takde orang nak kat aku.
  • Aku takut nanti aku dah tak jumpa org macam dia atau lagi teruk aku dapat orang yang lagi dasyat dari dia.
  • Aku sayangkan hubungan baik kedua-dua keluarga.
  • Aku tak nak bila aku dah buat keputusan nak berpisah, tetiba aku ubah fikiran berbaik semula dengan dia. Aku tak nak jilat ludah sendiri.
  • Aku tak nak satu hari nanti aku menyesal dengan keputusan aku. Dan sebetulnya aku tak berani amek risiko dengan keputusan yang aku buat.
Tapi, tiba satu tahap aku betul2 nekad. Apa nak jadi, jadi lah. Dan sejak aku buat keputusan tu aku terus tak toleh2 belakang lagi. To be honest, masa mula-mula putus tu keadaan aku agak parah la jugak. Macam hilang arah, tak tau nak buat apa. Ditambah pulak masa tu aku takde kawan-kawan nak bercerita. Semua benda aku pendam. Dan hidup aku macam layang-layang putus tali (Huh, macam lirik lagu pulak. Lagu alleycats satu plisss...hihihi). Tapi, life must go on. Dan masa tu aku just go with the flow.

Sampailah satu ketika aku jumpa orang lain dan bertunang sekali lagi.

Tunang aku yang kedua;

Kenalan lama masa aku sekolah dulu. Sebelum ni dia pernah gak propose aku dua kali tapi aku tolak. Bila aku dah single balik, kitaorang jumpa semula. (Dah nama pun sekampung, pi mai pi mai tang tu jugakk). Dengan dia aku amek masa tak lama, 6 bulan je pastu terus tunang. Konon-konon takmo bercinta lama-lama. Tak nak sejarah lama berulang kembali. Tapi, akhirnya aku dengan dia putus jugak. Bayangkanlah weh, dua bulan lagi je nak kawen. Kad kawen semua dah siap. Barang-barang kawen semua dah dibeli. Orang kata persiapan sume dah siap la. Tinggal nak kawen je lagi. Tapi, tu la. Kalau dah bukan jodoh, buat macam mana pun tak jadi jugak la.

Orang nampak macam mudah. Suka je, tunang. Tak suka, putus. Weh, kalau tanya semua orang takde sape pun nak hubungan yang dah dibina tu putus di tengah jalan. Penat tau. Ingat bercinta ni tak perlukan modal ke? Masa, tenaga, duit. Semua tu kena amek kira. Bila dah putus macam tu rasa tak berbaloi. Rasa macam ish, kalau la aku tau nak jadi macam ni baik takyah bercinta. Tapi hakikatnya yang kita tak tau, tuhan duga kita ni ade sebab. Supaya kita jadi orang yang lebih baik dari sebelum ni.

Tapi harus diingat, setiap keputusan yang kita buat tu mendatangkan kesan positif dan negatif dalam hidup kita. Meh aku cerita pulak kesan-kesan yang mungkin boleh berlaku pada korang akibat dari keputusan korang tu.

Kesan Positif
  • Dah tentu-tentu korang akan rasa lega sebab terlepas dari penyiksaan jiwa yang selama ni dok membelenggu korang.
  • Korang akan jadi seorang yang lebih tabah dari sebelum ni.
  • Korang mungkin terselamat dari kehidupan rumahtangga yang tak bahagia.
  • Korang akan jadi lebih menghargai orang-orang disekeliling korang.
  • Korang tak akan mengulangi lagi kesilapan yang pernah korang buat masa korang bercinta/bertunang dengan orang sebelum ni.
  • Korang akan lebih berhati-hati bila mula menjalinkan hubungan baru.
  • Korang dah tak perlu nak punch kad kalau pi mana-mana.
  • Korang bebas nak buat apa yang korang suka.
  • Jiwa korang dah tak kacau dah.
  • Korang rasa tenang.
  • Korang akan banyak meluangkan masa dengan keluarga dan kawan-kawan yang mungkin sebelum ni korang lupa sebab hanyut dengan dunia cinta korang.
  • Korang dah tak perlu nak jaga hati dia lagi. Yang penting hati korang gembira. Ye ke? Hihi.

Tapi, setiap yang positif mesti ade negatif nya kan? So ini kesan negatif yang mungkin akan korang alami (aku dah rasa dah ^_^).


Kesan negatif
  • Kalau korang putus hubungan di saat umur korang memang dah matang untuk dikawenkan, maka kebarangkalian untuk korang mendapat pakwe baru sangat la susah. Tambah pulak korang akan rasa tertekan bila tengok kawan2 semua berebut2 naik pelamin atau menambah bilangan anak. Sedangkan korang, berendam air mata mengenangkan hubungan yang tak kesampaian. Tapi, itu terpulang pada jodoh. Mana tau tiba2 korang jumpa orang yang lebih baik dan terus2 je kawen. Tak mustahil tu, banyak berlaku kan.
  • Korang akan jadi gila meroyan sebab hari-hari dok terkenang kenangan dengan bekas kekasih/bekas tunang.
  • Korang akan rasa sunyi sangat. Lebih-lebih lagi kalau korang takde kawan atau kawan semua sibuk dengan pasangan masing-masing. Maklumlah kawan semua dah kawen, beranak pinak. Mana ada masa nak dengar masalah ko. Tah-tah diorang pun ada masalah rumahtangga. Dalam keadaan macam ni kecenderungan korang untuk berhubung balik dengan bekas kekasih amatlah tinggi. Masa ni la baru korang dok terpikir, bestnye kalau ade pakwe. Leh jugak share2 prob. Ade jugak orang nak dengar masalah aku. ^_^
  • Bila rasa sunyi, mula lah fikiran pun tak menentu. Bila fikiran tak menentu, macam-macam benda la korang nak buat. Dalam keadaan macam ni kecenderungan korang untuk keluar dengan sesiapa saja adalah tinggi. Untuk mengisi hati yang sunyi la katakan. Dan boleh jadi korang akan ade bounce relationship.
  • Korang jadi hilang arah. Tak tau mana nak dituju. Macam lagu New Boyz tu.. "kemana arah hendakku tuju, bila hatiku rindu padamu..hendak ku cari tapi tak guna kau bahagia dengan si dia..." huhuhu.
  • Silap haribulan, korang akan jadi lebih 'bebas'. Maklumlah kalau sebelum ni nak buat apa-apa ade je org dok tambat kaki, tapi sekarang dah takde. Tapi, kebebasan itu membuat hidup korang kucar-kacir.
Itu antara kesan-kesan positif dan negatif yang mungkin berlaku based on my experience. Satu yang dapat aku simpulkan. Hidup single; Seronok tapi sunyi.

Jadi sekarang terpulang la pada korang untuk nilaikan. Nasihat aku, sebelum satu2 keputusan dibuat, fikirlah sedalam-dalamnya. Pastikan betul-betul apa yang korang impikan dan yang korang inginkan dari sebuah perkahwinan atau perhubungan. Contoh macam aku dulu, aku punya dua option.

Pertama; samada aku nak hubungan tu kekal dan aku terima semua keburukan hubungan kami. Tak kisah lah aku dengan dia hari-hari bergaduh, hari-hari bertekak, hari-hari memaki hamun. Samada dia tak hormat aku, cemburu tak tentu pasal, suka mengungkit atau suka mengongkong, janji aku ada kekasih. Janji aku tak nak hubungan yang dah terjalin lama tu tak musnah macam tu je. Janji aku kawen dengan dia. Janji dia sentiasa bersama dengan aku.

Atau

Kedua; aku nekad putuskan hubungan. Biarlah aku sunyi ke, tak kawen ke, menangis hari-hari ke, janji jiwa aku dah tak kacau. Janji aku dah tak tertekan dengan pergaduhan kitaorang. Janji jiwa aku tenang. Pedulik la hubungan dah 4 tahun ke, 7 tahun ke, hatta 10 tahun sekalipun. Aku dah tak kisah. Pendek kata i can't take it anymore la. Hihihi.

Jadi, korang-korang sume dah besar kan. Dah tau apa yang korang nak dalam hidup korang. Buatlah keputusan yang takkan buat korang kata "aku menyesal la buat keputusan tu dulu". Atau korang ada rasa nak putar balik masa dan betulkan keputusan tu. Jangan ok. Jangan jadi macam tu. Sekali buat keputusan, tetaplah dengan keputusan korang. Jangan dah terlambat esok baru nak menyesal. Jangan jadi macam aku ^_^.

Aku tak menggalakkan korang memilih untuk berpisah dan aku juga tak menghalang kalau korang memlilih untuk terus hidup bersama.

Tapi, satu aku nak cakap. Tak usah la nak disayangkan atau berbangga dengan hubungan korang yang dah bertahan 7, 10 tahun tu andai dalam tempoh tu hati korang tak bahagia dan banyak makan hati dari makan nasi. Hehe.

Dan jangan pulak nak menipu diri sendiri yang sebenarnya korang lebih bahagia jadi single dari
hidup berpasangan. Padahal sebenarnya korang masih mengharapkan bekas kekasih korang.

Jadi, renung-renungkan dan selemat beramal.

Pilihan di tangan anda.



p/s: terima kasih kerana membaca entry panjang ini.

17 comments:

  1. cujen. superb lah entri ni.
    hampir menepati citarasa.
    :)

    ReplyDelete
  2. tang mana yang menepati citarasa tu? ;p

    ReplyDelete
  3. putus cinta tu penah rasa mmg dah sakit. putus tunang ni, ya Allah. di elakkan di kemudian hari.

    ReplyDelete
  4. menusuk kalbu eNtrY ni.
    yg beNarnyaaa beLum samPai joDOh.
    takPe, jGn terGesa2.
    peLaN2. iNsyaAllah aDa yg terBaik.

    ReplyDelete
  5. tapi kan... si pembuat keputusan selalu di persalahkan...walaupun kita dah tak larat nak fake dlm perhubungan...

    lagi2 oleh org sekeliling...yg tak tau apa-apa...

    ReplyDelete
  6. Selalunya jodoh kita adalah yang terbaik untuk kita.bermakna, kau belum jumpa lagi jodoh kau cujen. Kalau jumpe nnt, percaya cakap aku. Tak usah banyak cerita, senang saje perjalanannnye. Takde kacau2 tau2 dah kawen. So, aku doakan terbaik buat kau.

    ReplyDelete
  7. babe
    sgt2 berterima kasih di atas entry ini

    :)

    ReplyDelete
  8. persetankan orang sekeliling yg tak tahu apa2 mengenai kita ^_^

    yay! entry ini sgt bagus ^_^

    pst, sbb tu i x brani nk bertunang sbb mmg tau dugaan sgt kuat..dugaan couple pon x tertanggung mak! aduh.

    ReplyDelete
  9. :-).
    cerita berdasarkan pengalaman.

    ReplyDelete
  10. eNtry kaLI nIe mEnaKUtkAn...:D
    eMm aPEr PUn...JUZ nak PEsan...

    UNtuK cUJen..jODoh KO ade TenGAh BerkeLIAran Kat Luar Saner TUe..saBO bEbANyAk kEy..MEsti Ade PUnyer TUe...:D

    uNTuk oRANg YAng Ko deDicaTed entry nie...seMOga KePUtusAN YAng diBUat adALAH TEPat..n Aku yAKin dia tAbah HAdapI semUA niE..meMANg iTu BUkan Jodoh Untuk diA...seMOga tABAh Yerk cIK _ _ _ _ _ _ _... ;p

    ReplyDelete
  11. cik cujen & sahabat.. sabo eik... mungkin anda dijodohkan dgn org yg lebih baik drpd yg anda kenal..
    utk sahabat cik cujen, sabo'la banyak, x yah malu.. nnT bile org penat ckp dia benT'la.. oke?

    selamat semua ....

    ReplyDelete
  12. cujen, thanks sbb buat entri ni dan sudi berkongsi pengalaman.

    kesimpulannya juga setiap keputusan dibuat sentiasa ada pro n kontra ..
    persoalan camne nak manage situasi tu terletak di tangan kita sndiri ..

    ReplyDelete
  13. kak yangm thanks sebab sudi baca n komen...betul ckp akak, setiap apa yg kita buat mmg ada pro n kontra kan...

    ReplyDelete
  14. sorry la..hamba nampak keputusan anda tu mengikut emosi..

    patutnya berdoa dan solat hajat kalau pasangan itu jodoh kita, minta dipermudahkan dan kalau bukan jodoh kita, minta diselesaikan secara baik berbincang depan keluarga kedua pihak..

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..