Wednesday, April 29, 2009

. aku bukan pilihan hatimu .

Dunia ni kelakar kan.

Orang yang kita nak, tak nak kat kita.
Orang yang kita tak berapa nak pulak yang beria-ia.

Kadang-kadang aku rasa dunia ni tak adil. Tak adil pada aku. Aku tak punya banyak pilihan. Apa yang dibentangkan depan aku, itulah yang aku ambil. Suka atau tidak, itu belakang kira.

Memberontak.

Itu aku yang dulu. Sekarang aku lebih banyak menerima. Redha. Aku malas nak cakap banyak, aku malas nak mintak lebih-lebih sebab aku tau aku jarang-jarang dapat. Aku tak suka komplen sana sini sebab aku tau aku bukan bagus. Orang yang banyak komplen tu pada aku orang yang perasan dirinya bagus. Semua orang salah, dia je la yang betul.

Tapi, itulah manusia. Kadang-kadang kita perlu menjadi hipokrit untuk menjadi orang yang disenangi ramai. Salah ke menjadi hipokrit? Hipokrit untuk menjaga hati orang, hipokrit untuk mengelakkan suasana tegang, hipokrit untuk menjaga nama baik sendiri, pada aku itu tidak salah. Aku mengaku dalam keadaan tertentu, aku pun hipokrit jugak. Siapa kat sini yang tak hipokrit? Ada ke? Bullshit!! Kita semua hipokrit ok. Cuma tahap hipkorit dan tujuan kita sahaja yang berbeza.

Kadang-kadang aku rasa penat dengan hidup nie. Banyak perkara yang sangat-sangat tak memuaskan hati aku. Tapi, siapa aku nak persoalkan semua tu? Bukankah tuhan tu maha adil. Maha Mengetahui? Makanya dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk aku. Tapi, tu la, sebagai manusia kita memang jarang berpuas hati dengan apa yang kita ada. Kita tamak. Selalu nak lebih. Tak tau nak menghargai. Tak reti nak bersyukur. Akhirnya apa yang dikejar tak dapat, dikendong berciciran. Aku tak nak jadi macam tu. Aku dah penat mengejar, tak larat nak mengendong lagi. Lantas, apa? Lepaskan semuanya?

Kalau lah aku diberi pilihan.



Monday, April 27, 2009

. maaf, sesungguhnya jiwa keanakan saya masih kuat dalam diri ini .












Ini yang dinamakan tak ada idea tapi mahu updet juga. Hihi

Btw, umur aku tahun ni 25.

Masih muda kan?

Friday, April 24, 2009

. moody .

Semalam merupakan hari moody aku. Biasanya kalau aku moody, aku suka diam. Malas nak bercakap, malas nak balas sms dan jawab call.

Semalam pulak, adik aku yang darjah 5 tu asik la sms aku ajak aku teman dia pergi Hari Usahawan kat sekolah dia hari Sabtu ni. Aku dah la moody time tu, dia pulak antar msg banyak-banyak kat aku. Selagi aku tak jawab selagi tu dia antar. Bila dah macam tu, aku mula la nak hangin. Langsung aku tak jawab sms dia.

Balik dari kerja, aku terus masuk bilik. Tutup pintu. Konon-konon nak tenangkan fikiran, tapi adik aku ni asik le dok kacau aku. Tak puas hati la tu selagi aku tak jawab msg dia. Tapi, yang aku geramnya, dia mintak adik aku yang kecik tu pulak tolong cakap kan. Dah le budak tu asik keluar masuk bilik aku. Pastu aku geram, terus aku bertempik suruh keluar. (hoho, jahatnya aku). Amek ko, mencicit keluar dari bilik aku. Hihihi.

Pastu, aku terus tutup pintu dan pergi mandi. Keluar je dari bilik air, tetiba aku terpandang sesuatu kat bawah pintu bilik aku.



Ada kertas la. Ni mesti kerja adik aku yang dua orang tu. Main hantar-hantar surat bawah pintu pulak. Dah macam cerita P. Ramlee daa. Ceh.




Haha. Nampak tak tulisan 'adik pun nak masuk umah hantu' tu. Aku tau ni kerja adik aku yang darjah 5 tu, tapi dia selalu gunakan adik aku yang kecik tu. Buat tulisan comot-comot konon-konon adik aku yang kecik tu la yang tulis. Padahal aku tau ni kerja dia.

Tetiba rasa kesian pulak kata adik-adik aku. Tapi, aku yang jahat ni malas nak reply surat tu. Aku wat bodoh je sampailah diorang pun dah tertidur bila aku keluar dari bilik. Hehe. Jahat kan aku.

Tapi, sebenarnya aku memang akan pergi. Cuma semalam je malas mood aku kureng. Nasib korang la dapat kakak cam aku. Hehe.



My little angel : SARAH & IMAH

Thursday, April 23, 2009

. don't envy me just becaue i'm too skinny .




Berat aku 39 kg.
Tinggi aku 157 cm.

Tau, aku memang kurus.

Ada yang cakap ini sebab keturunan.
Ada jugak yang cakap kadar metabolisme aku terlalu tinggi.
Tak kurang jugak yang tuduh aku amek dadah. (cilakak betul)

:-)

Orang kata badan terlalu kurus ni tak cantik.
Lebih-lebih lagi kalau perempuan. Nampak tak menarik katanya.
Yer la, biasanya orang yang terlalu kurus ni bahagian dada dan punggungnya pun kurus jugak.
Ada orang kata lagi kurus sangat nanti susah nak mengandung.
Kalau mengandung pun nanti mesti susah nak beranak.
Hmm.


Kata lah apa pun. Aku tak kisah. Aku tau aku tak punya 'aset-aset' yang boombastik macam kau orang. Badan aku flat macam papan lapis. Ada jugak yang samakan aku dengan tiang letrik. Tapi, takpe.

Sekurang-kurangnya,

Bila aku pakai baju ketat, tak ada lemak yang tersembul di sana-sini.
Jadi tak adalah yang menghina aku tak sedar diri.

Aku juga tak perlu sukat aku punya pemakanan.
Tak perlu mengikut perut atau menahan selera semata-mata nak kurus.

Bila nak beli baju tak pernah lagi ada masalah tak ada size.
Kalau tak dapat pakai baju adult, aku boleh pergi ke kids section.
Belum pernah lagi bila mencuba baju di fitting room, aku akan menjerit 'aghhh..tak muat!'
Dan balik ke rumah dengan perasaan hampa dan tertekan.

Aku juga tak perlu menghabiskan duit ratusan ringgit semata-mata nak beli produk kuruskan badan.
Atau memaksa diri bersenam macam nak gila untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing.



So, kesimpulannya...



BESTNYA JADI KURUS!



Wednesday, April 22, 2009

. pisang emas dibawa berlayar, masak sebiji diatas peti, hutang ptptn boleh dibayar, utang tag bila mau buat daaaa .

Yer la, yer la. Aku buat sekarang.

Mula-mula aku nak tepek award yang aku dapat.



Ini dari PUAN WADAH




Ini pula dari CINTA CUKULET



Yang ni pulak dari bakal raja sehari, CIK IZA



Terima kasih atas kesudian anda memberikan award ini kepada saya. Saya dengan berbesar hati menerimanya dengan serangkap pantun ;

Dua tiga kucing berlari
Manakan sama si kucing garfield
Dua tiga boleh ku cari
Manakan sama dengan award yang diberi.

Hihi. Sorry la. Aku tak pandai bab puisi pantun bagai ni. Ni pun kira bangga la dapat buat pantun 4 kerat macam ni.


***********************************************


Sekarang masa untuk menjawab tag pulak. Kali ni aku utang dua tag. Dua-dua dari Puan Wadah. Saje je nak dera aku kan. Hehe. Ok, here we go.

Tag Tentang Blog

Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
Blog aku sekarang namanya CUJEN THE LEJEN.
Aku pilih nama tu sebab aku rasa nama tu best. CUJEN tu nama manja aku dikalangan kawan-kawan. Hehehe.

Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
Link nye sekarang cujen.blogspot.com. Timbul serta merta sempena nama aku, SUZAN. Sebelum ni pakai flipflop.blogspot sebab nampak unik.

Apakah method penulisan dalam blog anda?
Method? Apa tu? Kentut ke? Hehehe
Suzan, serius please. Ok, ok. Method penulisan aku berkisar tentang diri aku sendiri dan kadang-kadang untuk mencaci orang lain. ;-p

Pernah terasa nak hapuskan blog anda?
Hapus?? Yakinkan aku tuhan...dia bukan milikku.. biarkan watktu..waktu.. hapus aku.
Eh, ternyanyi pulak. Heh, gila apa nak hapuskan blog sendiri. Penat-penat buat pastu nak hapuskan. Ish.. tak tergamak lagi aku nak berbuat demikian.

Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ni?
Pendapat saya yer? Pendapatan saya semakin berkurangan sejak akhir-akhir ini. Saya pun kurang pasti mengapa. Heh, back to the plissss..
Saya suka blog wadah sebab ada banyak resipi. Dia jugak suka updet membuatkan hari-hari saya tidak manjadi bosan. Ok, wadah..belanja makan ikan bakar ye lepas ni. Hehe

Selesai sudah tag yang pertama (sambil mengesat peluh di tangan).
Sekarang menjawab tag yang kedua pulak. Tag yang kedua ni kena letak gambo pulak. Nasib baik dulu-dulu penah amek gambo handbag. So, here we go again.


***********************************************

Tag- What's In Your Handbag



Take a picture of the bag that you are carrying today and tell us what's in it.
Ada coin purse, wallet, dentyne gum, breath spray, eye mo, compact powder, external hard disk, thumb drive, spirulina elken, earphone, eye liner, lip balm, kit facial wash yang amek dari majalah cleo dan juga casing henpon. Oh, ya tak lupa jugak henpon (tiada dalam gambar)

Tell us why these things are in your bag.
Why?? Why? Why?
Aku pun tiada jawapannya.

Find just one thing that is most precious to you in the bag and tell us why.
The handbag. Sebabnya dalam handbag tu ada segala-galanya yang aku rasa penting bagi aku. Hehe. Aci tak jawapan ni?

Ok, sudah selesai. Yes lah!

Sekarang ni aku nak mendera orang pulak. Aku nak tag kawan-kawan aku yang baru nak berblogging. Dan juga orang yang aku rasa belum pernah ke tag. Nah, amek korang.

Kazen Olin


Cik Nor Farain Mantops

Cik Anie Sengal

dan juga

Mak Buyung Saripah Nor

Ok, sila buat yer. Jangan ngelat!



Tuesday, April 21, 2009

. he's just not that into me .

Semalam aku pergi menonton movie He's Just Not That Into You setelah membaca beberapa review yang mengatakan filem tu best. Aku pergi sorang-sorang je. So, kesian kan. Huk..huk..huk... Tapi takpe, aku dah biasa :-)

Not bad la movie ni. Takdelah best sangat. Tapi, ceritanya telah berjaya membuatkan aku berfikir tentang banyak perkara especially tentang sesuatu yang dinamakan relationship itu. Dalam cerita ni aku rasa aku sangat 'Conor' dan 'Gigi'. (sape yang belum menonton filem ini, Conor dan Gigi tu ialah salah satu watak dalam filem ni). Kenapa aku cakap aku macam Corner dan Gigi?

Conor - Cintakan Anna tapi hakikat sebenarnya Anna tak cintakan dia. Anna buat dia macam time nak, cari. Time tak nak, buat bodoh je. Lebih kurang macam tu la. Mengikut pemahaman aku. Tapi, yang menyakitkan hati, Anna layan Corner macam layan boyfriend. Sampai Conor pun konpius. Sangat sebijik cam kisah aku dengan Isa (pakwe yang dok meroyan hari tu la). Macam mana Anna layan Conor tu, macam tu la yang Isa layan aku. Tapi, hakikat sebenarnya?? Dia je la yang tau. Sampai sekarang aku masih konpius. Mungkin gak Isa macam Anna? Sebenarnya dia cintakan orang lain, tapi buat aku macam standby je. Bila dah tak ada sesiapa nanti, boleh la cari aku? Gitu?

Maybe, i'm not he's exception. Aku hanya kebiasaan pada dia. Agh..sedihnya. :-(

Gigi
- Gigi ni selalu failed bab mencari pasangan. Sebabnya dia jenis yang terlalu cepat atau mungkin jugak terlalu terburu-terburu. Macam aku jugak la. Hahaha. Aku memang jenis tak boleh sabar. Kalau aku kata aku suka, aku suka la. Kalau tak suka, aku akan cakap direct je. Aku tak suka main tarik tali sebab aku tau macam mana perasaannya bila orang main tarik tali ngan aku. Sakit woo. Tapi, yang bestnya Gigi ni jenis tak mudah putus asa. Macam aku jugak. Hehehe. And finally Gigi jumpa jugak soulmate dia.

Aku harap aku macam Gigi jugak satu hari nanti. Dapat jumpa my soulmate. And live happily ever after. :-)

Kalau tak jumpa pun takpe. Aku redha. Mungkin happily ever after yang dimaksudkan tu bukan hidup bersama dengan orang yang kita cinta, tapi adalah meneruskan kehidupan.

Tapi kan, hidup tanpa cinta ni sangat suck. Aku mengaku yang aku tak boleh hidup tanpa cinta.

Korang boleh?








p/s : sape kate boleh tu, memang tipu.



Friday, April 17, 2009

. hahahahahahahahahaha .

Baru la betul.

CUJEN THE LEJEN.

Kesinambungan cerita CUJEN akan bersambung di sini. Blog lama? Ada lagi, sayang nak delete. Hehe. Blog baru, cerita baru, nama baru, tapi tetap CUJEN yang dulu.

:-)

Selamat membaca!