Sunday, May 31, 2009

. love story .

Owh, sudah lama aku tidak mengupdet blog. Huhu. Dengan line internet berukband celcom yang macam SIPUT BABI ni, keinginan untuk mengupdet blog terpaksa la dipendam dalam hati jek. Sebabnya aku takut nanti ade yang patah dua jugak laptop ni aku kerjakan dek kerana geram ngan line berukband nie. Lembap tak lembap la berukband ni, sampai aku terpaksa tunggu selama sejam tuk bukak page blog aku nie. Tengok, betapa sabarnya aku. Huh! Ok, lupakan citer pasal berukband tu. Wat temperature aku naik jek. Hnssffffffff......

Minggu ni aku jadi budak baik, sebab teman berpoya-poya aku busy dengan agenda tersendiri. Dan minggu ni jugak, masa aku banyak dihabiskan dengan tido. Zzzzz. yer, aku memang ratu tido. Sila berikan tepukan untuk itu. Aku bangun tido jam 7 pagi. Lepas balik kerja kul 5 aku akan tido sampai kul 8 malam camtu, pastu bangun untuk mandi dan makan, lepas tu dalam kul 11 aku akan tido balik. Huhu, gile ah. Bukan calang-calang orang boleh wat camtu. Dan 2 minggu ni aku straight tido senja. 2 minggu tanpa henti ok. Aku rasa tak lama lagi korang takkan tengok aku updet blog lagi la sebab dah masuk hospital gila. Orang kata tido senja ni boleh jadi gila. Ah, watever la. Masalahnya aku bukan nak sangat tido time senja tu, tapi time aku nak tido je, senja. Nak wat cemano? Huhu. Aku rasa aku kena beli jugak kasut jogging so time petang pas balik kerja tu, boleh la aku pergi joging atas bukit putrajaya nan indah tu. Ok, esok jugak aku pergi beli.

Sabtu ari tu, hari jadi boyfren aku yang tak macam boyfren tu. Ala, si dia yang aku meroyan tu la. Hehe. Aku plan nak belikan dia present, tapi tak tau nak beli ape, plus tahap malas aku berada di langit yang ketujuh, jadi agenda membelikan hadiah and watever tu tak jadi. Malam bestday dia tu, aku keluar ngan dia, konon-konon nak pergi sunway pyramid sebab padini wat sale. Dia ajak keluar petang tapi disebabkan hobi tido aku tu, janji kul 6.30 jadi kul 8.30. Sampai umah dia kul 9. Ade hati nak g sunway? Lupakan je la. Sampai sana sunway pun dah tutup. Last-last kitaorg g makan je. Pas makan, cemolot sepam dua, pastu aku balik. Pas balik tu aku terus membongkang. Terjaga kul 1 pagi. Alamak!!! Lupe nak wish happy bestday. Cis!! Baru nak jadi orang pertama yang wish kat dia. Hadoi, rasa nak lempang muka sendiri sebab suka tido. Aku gagahkan jugak anto sms dalam keadaan mata terpejam. Aku pun tak tau ape yang aku sms dia. Tapi, yang aku ingat sebelum aku hanyut dibuai mimpi terindah, aku sempat baca sms yang dia reply 'thanks yang for the long wish. really appreciate u in my life'. Owh.....malam itu aku tido dihiasi mimpi2 indah. Yezzzzaaa.

Esoknya kami dating-dating. Macam biasa janji kul 10 pagi, kul 12 baru aku sampai. Lalalala. Destinasi kami, tentunya sunway pyramid. Nak soping kat padini sket and of course sunway pyramid itu adalah tempat pertemuan kami yang pertama. Owh, bestnye bila mengenangkan detik-detik itu. 'er, awk ada join budak bikers subang ke?' --- ayat pertama yang keluar dari mulut dia. Aku ingat lagi muka dia masa tu. Muka cam takut-takut miang. Huhu. 29 Disember 2008. Dah 5 bulan berlalu. Tak sangka dalam keadaan camni pun, boleh lagi bertahan sampai 5 bulan. Bravo. Bravo. Dengan dia aku memahamai apa itu erti SABAR. Yer, SABAR ye kengkawan. Perkataan yang tak pernah ada dalam kamus hidup aku selama ni. Tapi, dengan dia segalanya berubah. So, aku berterima kasih pada dia untuk itu. Ala, baru 5 bulan. Belum 5 tahun lagi. Takkan aku nak give up kot. Never you!! Ok..ok. Cukup la cerita sampai sini. Yang pastinya aku terlupa nak belikan dia hadiah. Dan kat ucapan. WTF! Haish..... Sejak akhir-akhir ni, aku mengalami sindrom pelupa yang amat. Adakah itu tanda-tanda mau jadi gila kesan daripada hobi tido waktu senja?? Aghhh..tidak!!

Esok masuk penggal kedua untuk tahun 2009. Aku mau buat azam baru!
Chaiyo!!



p/s : Cerita kalau takde gambar, mesti tak best .. so, nah gambar tuk tatapan korang. Yay!


Model baru Carls Jr. Hehe.


Sibuk dok usha donut orang.


Ok, saya nak yang tu.


Ah, tak jadi. Ubah pikiran. Amek yang ni pulak.


Nyum..nyum....sedapnye!!!


Oit..oit..ape ni...sume gambar aku je nie. Gila kuasa betol la. Ok...ok... letak gambar SI DIA pulak.



Gambar kecik sudah!! Hehe



Ok, ini sebagai penutup


Suka ati korang la nak tengok cemana. Nak terbalikkan pc ke. Hehehe



Sekian, mekasih.

Tata.

Tuesday, May 19, 2009

. anakku....lalalalala .

Aku takde idea nak updet blog. Samada aku betul-betul takde idea atau hidup aku semakin membosankan. Bila umur makin meningkat ni, life pun dah tak berapa fun. Ke aku je yang berperasaan macam tu?

Huh!





Sekarang ni musim orang dapat baby. Kat opis aku ni pun ramai yang menunggu masa. Cam best je kan ada anak sendiri. Takpelah, belum masa aku. Aku pun rasa macam belum ready lagi. Jadi mak angkat je kat anak-anak kengkawan aku. Huhu.

Citer pasal anak ni kan, tetiba aku berangan kalau aku ada anak nanti aku nak letak nama anak aku RADEN HAIKAL (kalau lelaki). Kalau perempuan pulak RATNA SYAKILA. Huhu, klasik tak nama anak aku nanti. Ceh, berangan tak tentu pasal. Bayang-bayang bapak kepada anak aku pun takde lagi. Hehehe.

Ok la. Boring la berangan-berangan macam ni. Takde hasil pun. Main game lagi baik

Tata.


Wednesday, May 13, 2009

. minuman di petang hari .


Duduk di depan komputer ; updet blog dan skype sambil menghirup kopi panas 434 dan sekeping biskut gula amat la menyenangkan hidup. Ada sesape nak join? Hehehe.

Orang MUO je tau Kopi 434 tu. Sedap woo..kalah kopi starbuck. :-)

Tuesday, May 12, 2009

. hantu getah .

Semalam, pagi-pagi lagi aku dah mengamuk. Puncanya GETAH RAMBUT aku hilang. Memandangkan rambut aku panjang dan aku pergi kerja bertudung, maka getah rambut itu sangat penting bagi aku. Takkan la aku nak pakai tudung pastu rambut terjulur keluar kan. Dah rupa hantu je. Lagipun mesti rimas nanti.

Cari punya cari, tak jumpa. Padahal sebelum ni punyalah banyak aku beli getah rambut. Macam-macam jenis ada. Jenis getah, jenis kain, jenis ropol2 semua ada. Tapi, yang peliknya tak sampai sebulan habis semua getah2 rambut tu. Aku pun tak tau la sape yang makan. Ada hantu getah agaknya kat rumah aku. Ke aku yang salah letak? Erm, malas pulak aku nak pikir pagi-pagi tu. Sudahnya aku membebel pagi-pagi buta tu. Abis sume kena marah. Pastu dah takde sangat, mak aku bagi getah rambut dia. Tapi, bukan getah rambut. Getah gret ke ape tah orang panggil tu. Ala, yang kaler kuning tu buat ikat plastik. Ah, lantaklah. Janji boleh ikat rambut. Dah la aku semangat nak pergi kerja awal hari tu. Getah rambut punya pasal, terus jadi lambat dibuatnya.

Semalam mak aku hantar pergi kerja sebab dia nak pakai kereta pergi KL. Dalam kereta, aku tak abis-abis lagi nak ngamuk. Semua tak kena. Ngan mak aku sekali kena tempias. Marah punya pasal, terlupa nak bawak handphone. Lagilah naik temperature aku masa tu. Sampai-sampai je opis, kunci opis pulak tak bawak. Kunci opis memang aku letak sekali kat kunci kereta. Lupa pulak nak amek kat mak aku. Hadoi..... masa ni serpihan2 api dah mula keluar melalui hidung dan telinga aku. Memang hangen satu badan dibuatnya. Memang semalam mood marah aku menguasai diri aku. Tak ada mood aku nak buat kerja. Nasib baik bos aku balik awal. Boleh la jugak aku relax-relax.

Huh, ni semua GETAH RAMBUT punya pasal. Mulalah aku rasa nak potong rambut pendek je.
Haih.





Tapi kan,

Petang tu aku balik rumah, masuk-masuk je bilik nampak sesuatu atas meja solek aku;




Nampak tak? Ok, aku closed up sket gambar tu ;



GETAH RAMBUT!!


Hahahaha. Hambek ko cujen! Banyak gila mak aku beli getah rambut. Colorful pulak tu. Perli aku la tu. Hihihi. Ni pakai setahun pun tak habis. So, tak jadi lah nak potong rambut. :-p

Mak aku memang terbaik la!

Thursday, May 7, 2009

. yes, i am STUPID .

Cerita cinta aku tak habis lagi sebenarnya. Kepada sesiapa yang pernah baca entry sebelum ni tau la macam mana kan. Tapi, cerita belum habis lagi. Dan semalam....


"do you love me just because i love u or for who i am? Or, you never ever love me?"

"if you don't know, i memang love you for who u are. Now to be with it might not be good for you. itu yang i kecewa"

"not good for me? Why? To be with you is always good for me. Not only good. I am happy and bahagia. But u always buat i confius."

" tu yang buat i down tu. And its very-very hard for me to explain. Tapi u pun dah lama push kan so i'm going to say it la k. I WISH I CAN, BUT I CAN'T JUST HAVE U IN MY LIFE. I HAVE ANOTHER. So, that the truth and i'm truly sorry lah. If u nak marah i pun don worry, that's what i expected."

"Have another u mean another woman? I tak marah pun. U pun tau kan i tak boleh nak marah you. I cuma nak tau the truth. I pun dah agak dah not only me in ur heart but i keep telling myself that i love you so much so i don't care how many girl u have, how bad u are, but i still love you. But you dah bagitau the truth so i can accept that. And i will try slowly lupakan my feeling to u. But i hope u can accept me as a friend. Good friend maybe? It's ok if i cant get ur love, but i still need your friendship."

"tp before u decide buat macam tu, is it ok if u maintain where you are and don't go. I mean maintain and stick around be my gf. boleh tak?"

" i can but untill when?"

"Just try this two month and see. Is that ok?"

" ok, we'll try"



I know some may called it STUPID. But i called it LOVE. Cinta yang ikhlas tak memerlukan balasan, right? And i believe in KARMA.

Er, cerita ni pun belum habis lagi. Macam-macam jadi sebenarnya dalam masa seminggu ni. Memang tak masuk akal. Tapi, nantilah. Aku nak tengok dulu apa akan jadi.

:-)

Monday, May 4, 2009

. maaf, saya bz .

Jumaat - Karaoke dengan kawan-kawan

Sabtu - Blind date ngan angah. Tengok wayang - Cineleisure.

Ahad - Balik kampung. Moyang meninggal.

Isnin - Date dengan Angah lagi. Dinner kat puchong - Alisara

Selasa - Angah lagi. Lepak Cyberjaya.

Rabu - Shopping dengan Kak Linda & Fara - Mines

Khamis - Birthday Party Affa - Borneo Rainforest Sunway

Jumaat - Blind date. Ngan sape tah, tak ingat nama. (Reject!)

Sabtu - Karaoke dengan Isa, Kelly, Affa and Adam - Opis Kelly (Bandar Sri Permaisuri), lepak Cynna dengan Affa n da geng, lepak Lotus, naik Bukit Ampang, makan durian kat kg baru (sumpah aku penat nak mati)

Ahad - Dinner with Adam and Affa.



Dan hasil daripada kepoya-poyaan aku minggu ini ;






Janji nak belajar menjahit dengan mak minggu ni hilang tah kemana.
Malam ni janji ngan Adam nak dinner lagi. Adoiyai!!


Syok jugak jadi single ni kan.



Er, ada sesiapa mau jadi BIBIK aku?