Tuesday, June 30, 2009

Kita Memang Telah Ditakdirkan Untuk Bersama Walaupun Untuk Seketika

Baru dua hari aku bersama dengan dia tapi aku dapat rasakan keserasian antara kami berdua. Tanpa perbualan panjang, tanpa madah berhelah dan juga kata-kata manis tapi dia telah berjaya membuatkan aku ceria dan gembira. Walaupun adakalanya perangai dia buat aku rasa cam nak pukul je montot dia ngan penyapu, tapi bila tengok muka dia terus rasa hilang perasaan marah. Haih, awak terlalu comel la untuk saya rasa marah dengan awk.



Say hello to my new buddy





Nama dia oren. Umur dia baru 4 bulan. Tapi badan dia dah mcm kucing umur berbulan-bulan. (Ada kemungkinan obesiti mcm kucing garfield turun tangga pakai perut). Hehe.

Awal pertemuan aku dengan oren ni, dia macam malu-malu kucing gitu. Nampak macam innocent je. Dok diam-diam dalam bilik. Bila aku masuk bilik, terus lari menyorok bawah laundry bag aku.


Oren merenung di kejauhan.
Bawah laundry bag tu la hot spot oren menyorok.


Tapi, rupanya sifat pemalu oren ni hanyalah lakonan semata-mata. Setelah lebih kurang 2-3 jam kami bersama, oren mula menunjukkan belangnya. Huh, tidak ku sangka oren begitu sungguh rupanya perangai mu itu. Ini mesti tuan kau yang bernama Kellywon tu yang ajar kan. Cis!!

Tengok la apa yang oren ni dah lakukan kat aku


Tangan aku yang halus dan mulus telah
dicemari dengan kesan cakaran rimau si oren


Sling bag aku yang telah dikoyak rabakkan.
MNG tu *mata berkaca*


Percubaan oren untuk mencuri seluar dalam aku.
Sekali silap masuk almari daaa.


Oren tersenyum puas setelah melakukan
aksi keji tersebut.
* apa pandang-pandang?? tak puas hati?? - kata oren melalui renungan matanya.


Peh, sungguh menusuk hatiku.
Berani kau oren.
Susu ku bagi, kau balas tuba.
Jaga kau!!


Tapi, oren ni pandai. Selepas melakukan kekejian tersebut, dia telah mencuba untuk memujuk aku kembali. Tengok la aksi mengada si oren ni

Sedap je landing kat kaki aku. Siap terpejam-pejam mata.
Stim la tu. Cis!!


Aku nak amek gambar, dia pun sibuk nak enteprame.
Tapi gagal sebab gambar blur.
(oren bajet comel)


Itulah serba sedikit kisah aku dan oren. Aku diberi peluang bersama dengan oren untuk tempoh seminggu je. Tuan dia Encik Kelly telah pergi mengoutstation kan diri beliau dan meninggalkan oren untuk didera oleh aku. Hohoho. Percaya kau kat aku kan kelly? Bertuah la si oren ni dapat dok ngan aku. Layan first class aku bagi. Sampaikan adik aku yang tido sebilik ngan aku terpaksa keluar tido bilik lain sebab beri laluan kat oren. Gila kuasa la kau oren.


Gambar aku pulak bajet comel.
Apa ingat oren je leh wat muka camtu?


Sebelum cujen the lejen mengundurkan diri. Ada sedikit pesanan penaja untuk En. Kelly :

Sabtu ni by hook or by a crook, kau mesti bawak aku tengok Transformer kat Curve. Siap dengan pakej makan dan pengangkutan. Aku nak makan kenny rogers sebelum movie. Masa tengok movie nak pop corn besar. Pas movie nak Ice Blended Mocha pulak.

Ada berani??

Monday, June 29, 2009

Untuk Awak Yang Saya Sayang

Awak,

Masa awak kata awak nak tinggalkan saya,
saya pernah terfikir untuk bunuh diri.





Saya gunakan bantal untuk ketuk kepala saya,
Pakai cotton budd untuk potong nadi,
Bawak basikal laju-laju dan langgar daun pokok,
Naik roller coster sebanyak 8 kali,
Minum vitamin dengan gelojoh
Dan terjun bangunan dengan payung terjun.


Nampak tak betapa saya sangat menyayangi awk.
Tanpa awk, hidup saya tak bermakna.


hehehe

Sunday, June 28, 2009

. white flag .





Aku seboleh-boleh untuk tidak menjadikan blog aku sebagai tempat aku lepaskan segala emosi aku. Lebih-lebih lagi perasaan marah atau ketidakpuasan hati aku. Setakat mana aku boleh kawal dan simpan perasaan tu, aku akan simpan. Tapi, kali ni aku rasa tahap kesabaran aku mula menipis.


Mungkin aku bukan sesiapa kepada kamu. Aku bukan mak kamu, bukan kekasih kamu, bukan adik beradik kamu, bukan sedara mara kamu, jauh sekali gadis yang menjadi idaman kamu. Aku punya banyak kelemahan. Kelemahan yang berpunca dari kesilapan aku sendiri. Tapi, aku juga punya hati dan perasaan. Jangan buat aku macam sampah yang tak berguna.

Bukan harta benda yang aku kejarkan. Bukan kesempurnaan yang aku cari. Aku jugak tak mintak dilayan macam puteri. Cukup sekadar menghormati dan menghargai aku sebagai seorang perempuan. Macam mana kamu tidak mahu mak kamu, saudara perempuan kamu atau anak perempuan kamu dilayan macam bangsat, macam tu jugak aku.

Aku tak menyesal dengan apa yang berlaku. Setiap yang berlaku ade hikmahnya. Aku masih percaya kepada karma. Walaupun aku tak mintak perkara yang buruk berlaku kepada kamu, tapi percayalah tuhan tu maha adil.

Aku tak berhak nak salahkan sesiapa atas kebodohan aku, tapi aku sangat-sangat terasa hati dengan apa yang berlaku. Apa pun, aku doakan semoga kamu akan berbahagia dengan hidup kamu.

Aku?? Tak payah pedulikan aku. Hati aku pandailah aku menjaganya.

Friday, June 26, 2009

. pembukaan rasmi .

Bismillahirrahmanirrahim.

Di pagi jumaat yang mulia ni, aku dengan dengan rasa rendah diri ingin merasmikan pembukaan BLOGSHOP aku. What?? Cujen ada blogshop?? Sejak bila nie? Jual ape pulak kat blogshop tu? Hehehe.

Kalau nak tau, gi la melawat blogshop aku.

Sekian, mekasih.

Klik kat bawah ni yer :-)


SHOPPING IS MY THERAPHY

Sunday, June 21, 2009

. sibling .



Entri ini dipenuhi dengan gambar. Harap maklum.

Sabtu lepas bawak adik beradik YANG ADA tu kuar berjalan. (yang ada --> sebab tak cukup korum, sorang lagi tak ada) Ala, bukan pergi mana pun. Dataran Putrajaya je. Adik aku yang kecik tu la sibuk sangat nak gi dataran. Tah apa ade kat dataran tu pun aku tak tau. Tapi takpelah, sebagai kakak yang baik hati dan comel, aku bawak jugak la pergi. Lagipun saje nak test kamera baru adik aku. Aku tak tau apa bestnya kamera slr tu. Mungkin dengan menggunakan kamera tu, muka aku akan kelihatan seperti adik beradik dengan ANGELINA JOLIE. Huh.

Ok, meh aku sajikan korang dengan gambar-gambar kitaorang adik beradik sampai boleh buat korang muntah darah. :-p

Mula-mula korang tengok la gambar jakun kitaorang memegang windmill. Konon-konon nampak comel la pegang menatang tuh. Chait!!

Ok, ready semua!!


MEMPERKENALKAN


Angah the CUTEST



Eda the LAZY



Acik the SKINNIEST
(hoh, betul ke perkataan skinniest tuh?? bantai je la)



Ema the BIBIK


Adik the BULLY



Ok, itu antara watak-watak yang ada. Ada sorang lagi yang tak ada. Sebab dia jauh. Tapi, takpelah.. untuk tidak mengecikkan hati dia, (sebab kadang-kadang dia baca jugak blog aku ni) so, aku letak jugak la gambar dia SEDANG MEMEGANG WINDMILL.




Kak Uda the BIG HEAD

Jangan betulkan pc korang. Dia memang adik aku, bukan BIBIK aku. Hohohoho.

Ok ok, memikirkan kebarangkalian aku akan kehilangan beg Topshop dan juga perfume dan mungkin juga lain-lain souveneir yang dia belikan tuk aku dari UK, maka aku letak gambar dia yang SEBENAR. Sebenar bermaksud gambar terkini yang lebih putih (sebab lama sangat dok negara omputih) dan agak terkini fesyen pakaiannya.


(Habislah pasni aku kena carut ngan dia).
Hihihihi.


Macam yang korang tengok, adik beradik aku memang ramai. Ada 7 orang. 6 daripadanya perempuan. Abang aku sorang je lelaki. So, dia aku tak masukkan dalam ini pilem. Ni aku citer adik beradik pompuan je. Best woo ramai adik beradik pompuan ni. Leh sharing baju, sharing barang, sharing citer pasal pakwe, gaduh2, perang2 mulut, kutuk2 dan bermacam-macam lagi aktiviti yang boleh dilakukan bersama. Pada aku my BESTFREN is my SIBLING. Maklumlah AIR DICINCANG TAKKAN PUTUS. So, sayangilah adik beradik korang. Jangan gaduh2, dendam2 sesama adik beradik. Tak baik.

Malas nak membebel banyak-banyak. Tengoklah gambar-gambar kitaorang sampai korang rasa meluat.











Friday, June 19, 2009

. tak sihat .

Aku rasa aku berada dalam keadaan yang sangat tak sihat sekarang. Bukan tak sihat sebab nak demam, tapi rasa tak sihat sebab melihatkan gaya hidup aku sekarang.

Aku suka tido senja.
Kurang minum air suam.
Asik minum air manis je.
Nescafe addict.
Sekarang ni dah start minum ais pulak.
Waktu tido yang tak menentu.
Exercise langsung tak ada.

Aku sendiri takut bila tengok cara hidup sekarang. Gila tak sihat. Agak-agaknya kalau aku terus menerus macam ni apa nak jadi kat aku ek. Orang kata kalau suka tido senja ni penyakit mudah datang. Haish. Takotnye!!! Aku rasa aku kena buat pembaharuan dari sekarang. Maslahnya aku ada penyakit malas sekarang ni. Tapi, tengok la minggu depan. Mungkin aku akan mulakan dengan kurangkan minum air manis dan minum air suam je. Dan mungkin minggu depan aku nak start jogging. Erm...tunggu je la laporan aku minggu depan. Sama ada aku berjaya ataupun tidak. Hehehe.

Thursday, June 11, 2009

. fashionable. trendy. stylo. shoping .

Fashionable. Trendy. Stylo. Shopping.


Sumpah aku bukan tergolong dalam orang-orang di atas. Walaupun aku sangat peka dengan trend-trend terkini yang sedang in di pasaran, tapi aku tetap tak fashionable, trendy dan stylo. Ada orang cakap, jadilah diri sendiri, tak perlu nak ikut sangat trend2 ni. Pakai apa yang kamu rasa selesa. Yup, memang betul. Tapi, aku lebih selesa pakai apa yang boleh buat aku rasa yakin. Sebab tak semua yang aku selesa tu boleh buat aku yakin. Contoh kata, aku lebih selesa pakai selipar je kalau jalan-jalan gi memana. Tapi, bila pakai selipar, buat aku rasa tak yakin jumpa orang sekeliling. So, aku prefer pakai kasut tumit tinggi yang tak berapa nak selesa tu untuk menambah keyakinan diri. Sebab bagi aku, bila kita confident dengan diri kita, orang lain akan turut sama rasa perasaan tu. Er, ye ke? Ye la kot. Aku tak tau nak huraikan macam mana bab2 confident ni, tapi aku rasa korang pun tau la kan. Bila tak confident tu, kita pun mcm tak ada mood nak buat sesuatu. Rasa cam rendah diri je. Itu aku la. Korang mungkin lain.


Bila citer bab fashionable, trendy dan stylo ni memang ada kaitannya dengan shoping. Huhu. Walaupun aku tak fashionable, trendy dan stylo, tapi aku memang kaki shoping ok. Sangat2. Dah tak dapat dibendung lagi. Bayangkanlah card credit aku yang lima tu, dah abis sume kredit limit aku gunakan. Kalau satu kad limit 5000, korang pikir lah sendiri. Bukan aku nak bangga. Aku tension seenarnya. Keadaan aku sekarang ni memang tak terkawal. Aku rasa macam satu kepuasan bila dapat beli sesuatu. Kalau dulu sikap shopaholic aku ni terhad sebab aku malas nak keluar berjalan. Sekarang ni, semua di hujung jari. Huh, kalau dulu orang kata tak nak abis duit dok umah diam-diam. Ni dok umah diam-diam pun duit aku abis, ape cer?? Aku gile shoping online sekarang ni. Dah la tu, sekarang ni banyak blogshop2 yang tumbuh macam cendawan lepas ujan. Maunya aku tak gila!


shop till u drop


Tapi, aku bukan jenis orang yang suka barang branded je. Barang jenama apa pun aku tak kisah, janji dapat memberi kepuasan kat aku. Tapi, yang jadi masalahnya, tak semua yang aku beli tu aku akan pakai. Macam kasut, aku memang gila tengok kasut. Tapi, kebanyakan kasut2 yang aku beli tu, aku hanya pakai sekali je. Sebabnya, kalau aku suka satu2 kasut tu, aku akan pakai sampai lunyai. Jadinya aku ni lebih kepada membazir. Bodoh kan? Haish!! Tu baru bab kasut. Lom masuk citer aku nye baju2. Almari aku tu dah tak mampu menampung baju2 aku yang banyak tu. Sampai ada satu tahap tu, aku rasa nak sedekah je kat orang baju2 yang aku jarang2 pakai. Tapi, cam sayang pulak. Last-last aku simpan jugak. Hehehe. Takpelah, trend ni biasanya akan berulang-ulang. Nanti dah ada anak, leh bagi kat anak aku. Masa tu mesti baju aku jadi ala-ala vintage. :-)


Ok, berbalik kepada cerita di atas. Dalam banyak-banyak ikon fesyen, aku sangat-sangat suka dia nie ;


AGYNESS DEYN


Aku rasa dia sangat stylo dan cool. Aku memang suka apa saja yang dia pakai. Aku rasa apa yang dia pakai tu kena je ngan jiwa aku. T shirt, skinny jeans ngan sneakers. Sempoi gila. Aku pun memang in style macam tu. Pernah gak aku cuba-cuba pakai dress, blouse, skirt... tapi, itu sangat2 BUKAN AKU. Aku rasa takde keyakinan pakai mende camtuh. Pakai kejap2 boleh la. Tapi last2 aku tukar pakai t shirt ngan jeans je. Huhu. Sekarang ni aku ngah berkira-kira mau potong rambut seperti dia. Cool huh!

Siyes, aku nak jadi macam dia.

Monday, June 8, 2009

. saya AMIR AL HAKIM yang comel .

Hai, semua!
Nama saya AMIR AL HAKIM.
Umur saya baru 6 bulan.
Buat masa ni saya dah pandai nak meniarap.
Saya juga dah boleh makan nestum.
Kadang-kadang kalau diagah saya akan ketawa.
Kalau saya ketawa, muka saya comel sangat.
Bukan saya kata la.
Mak Ngah saya CUJEN THE LEJEN yang cakap tau.
Dan disebabkan kecomelan saya tu,
saya rasa saya perlu mengenterpremkan diri saya di blog beliau.

Buat masa ni saya lepak dekat umah mak ngah saya di Putrajaya.
Maklumlah, mak bapak saya cuti.
Oh, ya lupa nak bagitau.
Ummi dan Abi saya cikgu tau.
Diorang cuti sebab tu diorang bawak saya datang sini.
Lagipun saya tau, nenek saya dengan makcik2
saya kat Putrajaya ni mesti rindu sangat dengan saya.
Ye la, saya kan satu-satunya cucu dan anak buah diorang.
Mestilah diorang sayang saya lebih.
Bestnya jadi cucu yang pertama ni.
Hehe

Oh ya. Satu lagi saya nak bagitau.
Buat masa ni mak ngah saya si CUJEN tu,
dia mengalami masalah mental sket.
Sebab tu dia malas nak updet blog dia.
Ala, lagipun blog dia bukan best sangat pun.
Saya rasa dia tak updet pun lagi bagus.
Baik dia layan saya dari dia updet blog.
Hihihi.

Memandangkan saya dah enterpremkan diri saya kat sini,
saya nak tinggalkan pesan kat MAK UDA saya
yang belajar kat UK tu.
Saya tau, dia mesti baca blog MAK NGAH saya ni.
At this moment (ceh ckp omputih pulak saya)
saya belum berpeluang lagi jumpa MAK UDA saya.
Maklumlah, masa mak uda saya balik cuti tahun lepas,
saya masih di dalam perut ummi saya.
Bila saya lahir, dia dah balik UK pulak.
So, kesian dia tak dapat jumpa saya yang comel ni.

Jadi dikesempatan ni haruslah kiranya saya
sampaikan pesan kepada beliau.
Maka pesanan itu berbunyi demikian :

"Mak Uda, balik nanti belikan la HAKIM hadiah.
HAKIM nak hadiah yang best2 tau.
Kalau setakat kat malaysia leh dapat,
baik tak payah.
HAKIM nak yang branded je.
Kurang2 jenama Topshop ke, Coach ke, Paul Mith ke ape tah
ala, yang Mak Uda hadiahkan pakwe
Mak Uda beg sampai rega sampai 200 pound tu.
Hakim pun nak macam tu jugak.
Barulah ngam dengan kecomelan Hakim ni.
Jangan salahkan Hakim pulak.
Sikap Hakim ni turun termurun dari Abi Hakim tau.
Dia kalau bab bergaya tak nak mengalah.
Nak yang branded je.
Tapi, pokai.
Hihihi."

Ok la, buat masa ni cukuplah Hakim merepek sampai sini.
Bimbang pulak nanti
ramai makwe-makwe nak mengorat Hakim.
Atau yang berkenan nak jadikan Hakim menantu.
Isk, Hakim muda lagi tau.
Malu la nak kapel-kapel ni.
Hakim tak nak jadi macam Mak Ngah Hakim,
asik main cintan cintun je.
Tapi, tak kawen2 lagi sampai sekarang.
Kalau Mak Ngah Hakim dah kawen,
boleh lah Hakim soh dia mengandung.
Nanti Hakim ada sepupu.
Leh la teman Hakim main.
Korang pun doa-doakanlah Mak Ngah Hakim ni
cepat bertemu jodoh.
Kesian dia asik gagal dalam bercinta je
(macam lirik lagu pulak).
Hehehe.

Sebelum Hakim mengundurkan diri,
Hakim nak mengenterpremkan lagi muka Hakim yang comel ni.
Korang jangan merembes pulak tengok gambar ni.
Gambar ni cekci sket sebab nampak perut.
Opsss....(nasib perut lom boroi).
Hehehe.




Ok, jumpa lagi di lain siaran.
Muah!

Lots of love,
AMIR AL HAKIM bin SUHAIMI

Thursday, June 4, 2009

. kecik @ besar? .

SITUASI PERTAMA

Seorang isteri yang baru tau suaminya ada hubungan telah bertanyakan kepada suami tentang hal tersebut...

" Abang cakap betul-betul ngan saya, betul ke abang ade hubungan ngan makcik cleaner kat tempat keje abang tuh? " - isteri (sambil bercekak pinggang)

"Mana awak tau nih...ni mesti ade owang wat pitnah nih...hinss..memang nak kena nih" - suami

"Dunia ni kecik.....ada orang nampak abang keluar berpoya-poya dengan dia" - isteri




SITUASI KEDUA

Si isteri telah melarikan diri selepas peristiwa itu. Then, mak bapak si isteri ni pun soh la si suami ni cari balik anak diorang tuh..

" Ni sume ko punye pasal. menantu tak sedar diuntung.. dah ler kawin pree ngan anak aku, pastu ada hati pulak nak berskandal..Tak sedo diri "<--------- [ayat penyedap cerita] - mak bapak

" Bapak ni pon satu la...kat mana saya nak cari dia? Dunia ni kan besar " - suami


Pokoknya : Dunia ni kecik ke besar?? Konpius haku.




apehal aku dok copy paste entry yang lepas-lepas ni?
hahahaha.