Thursday, July 30, 2009

Gersang Versi Oren

I'm the lonely guy.

Also the shy2 cat guy.

I have no girlfriend, no close friend, no money, no sport car.

You know, its suck to live like this

All i need is only a girlfriend to complete me

Anyone intrested?
See my face. Cute enough right?

Come baby, come closer to me.

Touch my body. Aww!!

Ahh, I feel good!!!


Sabar ye oren! Nanti aku mintak tuan ko carikan ko pasangan. Dah akil baligh dah rupanya si oren ni. Memang patut kena ada girlfriend. En. Kelly sila take note yer. Dia juga punya hak untuk berpasangan dan hidup bahagia. ;-p

Ini minggu terakhir aku dengan oren. Lepas ni nak kena pulangkan sebab aku pun tak boleh nak jaga dia. Minggu depan nak pergi kursus. 3 tahun tak pernah pergi kursus apa-apa. Baru ni dapat peluang. Kesian kan? Huh!! Rasa sedih pulak nak pulangkan oren.


I'M GONNA MISS HIM!!!

Tuesday, July 28, 2009

Cintaku Tertinggal di KFC

Entah mengapakah
Hatiku bergetaran
Bila bertemu lagi
Oh kekasih lama....

Patut la aku tergedik-gedik je nak pergi KFC Alamanda hari ni. Rupanya nak bertemu kekasih lama. Ceh, kekasih lama konon. Padahal aku syok sendiri. Hihihi.

Actually bukan kekasih lama pun. Cuma someone yang aku admire dulu. Sape-sape yang pernah follow blog aku dari zaman frenster tau la kot. Sebab aku penah cerita pasal secret admire aku ni dulu. Kalau lupa leh baca KAT SINI.

Tetiba teringat zaman dulu-dulu. Student life aku masa kat Politeknik Port Dickson. Banyak betul kenangan aku kat sana. Kalau ingat-ingatkan balik rasa nak kembali ke zaman tu. Betul tak kengkawan? Hehe. Nantilah, kalau ada masa aku nak wat entry khas Kenangan di Politeknik Port Dickson. Mesti best kan!

Percubaan membuat tanduk.
Tapi tak berjaya sebab aku pendek.



Kenapalah aku tergamak buat rambut camtu.
Dah macam rambut apa dah.
Patut la aku admire orang, orang tak layan.
Cis!!

Sunday, July 26, 2009

Cerita Bergambar

A picture tell thousand words....













Kami masih berkawan baik. :-)
He's one of my BFF.
Hopefully.


Macam annoying pulak letak gambar banyak-banyak kat blog.

Thursday, July 23, 2009

1 new message receive

Kadang-kadang satu sms dari orang yang kita suka@sayang bisa membuatkan kita tersenyum sepanjang hari walaupun sms itu hanya mengandungi perkataan "Morning!".

Aku nak senyum je sepanjang hari ni.

:-)

Tuesday, July 21, 2009

Kalendar Rindu


Pernah tak korang rasa rindu? Mestilah pernah kan? Tapi, masalahnya rindu ni lain sket. Korang rasa rindu tapi korang tak tau siapa yang korang rindukan atau apa yang ko rindu. Cuma perasaan rindu tu tetiba menyelinap masuk dalam diri korang tanpa diundang. Huhu. Aku rasa macam tu sekarang ni. Rindu tak tentu pasal. Korang rasa apa masalah aku ar??

Saturday, July 18, 2009

Blues Untuk Aku & Oren

3.33 am

18 Julai 2009

Aku masih terkebil-kebil depan pc. Tak tau nak buat apa. Mata macam mengantuk tapi rasa belum mau tidur. Rancangan tv pun tak ada yang menarik. Balik-balik rancangan yang sama diulang-ulang. Bosan.

Isi rumah semua dah lena diulit mimpi. Tinggal la aku dengan Oren yang melayan blues pagi-pagi buta nie. Si Oren ni memang setia betul dengan aku. Selagi aku belum tidur, dia pun dok menyibuk je ngan aku.


Satu perkara yang aku tak suka bila berjaga sampai pagi ni ialah : perut aku akan jadi lapar dengan menggila. Dan yang menjadikan stress ialah : tetiba makanan semua dah habis. Dan 7 eleven yang terdekat ko terpaksa mengharungi 6 trafic light untuk sampai ke sana. Semata-mata nak beli biskut atau roti. Haih! Bila 7e nak buat delivery 24 hours ek? In ur dream la cik Cujen oi.

*gi wat milo la sat.

Ok, sambung balik. Bila malam-malam sunyi macam ni, ditambah pulak dengan angin dingin pagi sempoi-sempoi bahasa yang masuk melalui sliding door yang sengaja aku tak tutup, mula lah hati aku nak jiwa-jiwa je. Tetiba aku layan lagu-lagu tangkap leleh ciptaan Eddie Hamid yang pernah popular satu masa dulu. Huhuhuhu. Muka je nampak ganas tapi hati aku jiwang beb. Jiwang karat kata kawan-kawan aku masa sekolah dulu. Sebab tu la orang kata don't judge a book by its cover. Tapi, aku kalau beli buku mesti nak tengok cover yang best-best jugak! Hehehe.

Tu citer masa aku sekolah-sekolah dulu. Kejiwangan aku memang tak dapat disangkal la satu masa dulu. Tapi sekarang dah kurang. Dah takde masa nak jiwang-jiwang ni. Lagipun aku takde sesape untuk aku berjiwa-jiwa nie. Buddy baik aku sekarang ni Oren je la. Citer pasal Oren ni kan, aku rasa dia ni macam kucing jelmaan manusia pulak. Pernah satu hari tu aku ngah sedih-sedih tetiba si Oren ni datang kat aku. Dok atas badan aku pastu tengok je muka aku. Memula seram gak aku. Lain macam je kucing nie. Takkan la tuan dia En. Kelly tu pulak yang menjelma jadi kucing kan. Haish, banyak sangat tengok citer kartun aku ni. Hehe. Tapi, aku pun bongok jugak. Gi borak-borak ngan Oren. Yang oren pulak angguk-angguk cam paham. Hahaha, gila saiko.

Si Oren ni pulak sekarang bukan main manja ngan aku. Kalau aku balik tu cepat je nak tangkap kaki aku. Pastu bila aku nak tido, dia pun nak landing atas badan aku jugak. Dasar kucing jantan yang miang. Cis!! Tapi yang bestnya, time aku tido dia pun tido gak. Bila aku bangun dia pun ikut bangun. Cam sekarang la aku tak tido lagi, dia pun dok merempit sana sini. Abis kaki aku digigitnya.

Tengok ar tu, pantang aku baring dia pun panjat badan aku.


Muka kerek gila!
Dah la halakan montot kat aku.
Takde moral betul si Oren ni.


Lately ni hidup aku tambah ceria dengan kehadiran Oren ni. Janji nak jaga seminggu je. Tapi, atas sebab tertentu si Oren ni dah dok ngan aku dekat 3 minggu. Ni nak tambah lagi seminggu sebab En. Kelly nak pergi Langkawi. Aku syak kalau genap sebulan, si Oren ni mesti takmo balik dah. Kate dah best dok ngan aku. Special treatment aku bagi. Best la ko Oren. En. Kelly jangan jeles ok!

* sejak akhir-akhir ni asik citer pasal Oren je. Siyes aku dah takde modal nak updet blog. Hehe.

Ok la. Time to sleep.

Oren, jom tido!!

Wednesday, July 15, 2009

Poligami

Biasa dengan perkataan POLIGAMI? Aku tau ada sesetengah orang fobia dan agak emosi bila dengar perkataan poligami ni lebih-lebih lagi kaum wanita. Ibaratnya kalau berpoligami ni macam dah lakukan kesalah jenayah besar. Kaum lelaki mungkin senyum je la bila citer bab poligami. Lelaki mana yang tak pernah terpikir pasal poligami. Ini bukan aku yang cakap tau, tapi kata-kata yang keluar dari mulut kaum lelaki jugak. Benar atau tidak, kaum lelaki je la yang boleh jawab kan. Hehe.

Tapi, apa kena mengena pulak isu poligami ni dengan aku yang masih single dan available ni? Ok, macam ni. Baru-baru ni tetiba salah sorang bos aku kat sini tanya aku. "Apa pendapat awak kalau saya berpoligami?" Aku tak terkejut dengan soalan dia, tapi aku pandang je muka dia sebelum aku jawab soalan tu. Dan jawapan aku "Saya takde masalah dengan isu poligami. Kalau suka sama suka apa salahnya. Bukan satu jenayah berat pun kalau berpoligami ni. Yang penting kena jujur dengan kedua belah pihak. Peringkat awal mungkin akan ada pihak terluka. Tapi, kena pandai jaga la. Well, sharing is caring." Hehe. Jawapan aku tu kalau golongan isteri pertama dengar, leh gila meroyan dibuatnya. Tapi, aku ada sebab kenapa aku bagi jawapan macam tu.

Sebabnya aku tak nampak apa-apa kesalahan pun kalau dia nak berpoligami. Bos aku ni umur 52 tahun. Pegawai kerajaan gred 48. Masih sihat tubuh badan. Takdelah kacak sangat. Sedang2 aje. Perut sedikit boroi. Biasalah bagi lelaki umur 50 tahun kan. Mempunyai kedudukan kewangan yang stabil. Ada beberapa orang anak, tak pasti pulak berapa. Suami dan bapa yang sangat penyayang. Tak pernah abaikan tanggungjawab sebagai suami dan bapa. Tak ada masalah rumahtangga. Hubungan dengan isteri masih mesra. (Ini melalui apa yang diceritakan dan apa yang aku nampak). Baik dan soft spoken. Tidak panas baran.

Gadis yang dia nak kawen ni pulak, satu office. Umur 30 tahun. Masih bujang dan sangat cantik. Orangnya pun baik. Yang penting diorang berdua suka sama suka. Aku tau ramai yang tidak setuju dengan pendapat aku ni. Ada kawan aku pernah cakap, lebih baik membujang dari jadi isteri kedua. Atau lebih rela diceraikan daripada bermadu. Well, aku tak anggap itu satu tindakan yang bijak. Kalau dalam situasi di atas aku tak nampak kenapa kita perlu halang poligami. Sebagai isteri pertama memang la sakit hati kalau dapat tau suami nak kawen lain. Itu memang tak dapat dinafikan. Tapi, kalau suami jujur, mampu dan masih melayan kita dengan baik kenapa perlu nak menentang sesuatu yang memang dihalalkan dalam Islam?

Yer, aku tak kawen lagi. Aku tak berada di tempat orang2 yang bakal dimadukan. Cakap memang la senang. Cuba tengok esok kalau jadi kat aku. Aku tau korang akan cakap macam tu. Tapi, ini pendapat aku. Kalau aku jadi isteri pertama, aku tak akan menentang poligami kalau situasi seperti yang aku ceritakan kat atas. Yang penting suami boleh berlaku adil. Adil disini bukan bermaksud, apa yang pihak sana dapat, aku nak macam tu jugak. Adil pada aku ialah dia mampu menunaikan tanggungjawab dia sebagai suami dan melayan aku dengan baik macam mana dia layan aku sebelum dia kawen lain. Aku tak nak lah, bila dah kawen satu lagi terus abaikan tanggungjawab dan buat aku macam sampah. Ataupun hak aku diketepikan semata-mata nak bagi ruang pada orang baru. Atau yang paling tak boleh terima, ialah menipu. Kalau macam tu, aku pun lebih rela jadi janda.

Kalau ditakdirkan aku jadi isteri kedua pulak, aku kena sedar kedudukan aku. Aku tak boleh tamak. Yang penting suami kena pandai main peranan. Kalau rasa-rasa tak boleh nak handle, lebih baik lupakan je la niat nak berpoligami tu. Tapi, tengok jugak la bakal suami aku tu macam mana. Kalau dia nak jadikan aku isteri kedua, tapi dengan cara menipu isteri pertama atau tak berterus-terang, aku pun rela membujang sampai tua. Aku tak suka penipuan dalam hubungan. Yang penting kena berterus terang. The thruth is hurt. Tapi, itulah yang sebaik-baiknya.

Apa-apa pun ini hanya pendapat peribadi aku saje. Korang tak perlu setuju pun dengan aku. Setiap orang punya pendapat sendiri. Yang penting saling hormat menghormati pendapat masing-masing. Kadang-kadang pendapat boleh jadi berbeza melalui pengalaman kan? Aku belum ada pengalaman sendiri. Setakat tengok pengalaman orang je.

Bapak aku pun poligami jugak.

:-)

Sunday, July 12, 2009

Sick Of This Life



Entry aku sejak kebelakangan banyak berbaur emosi. Aku pun tak suka dengan keadaan macam ni, tapi aku memang betul dalam keadaan emosi tak menentu. Dalam keadaan sekarang aku tak tau nak percaya siapa. Orang kata kalau dah tak tau nak percaya sesiapa, percayakan kata hati. Masalahnya hati aku pun dah tak mampu nak berkata-kata. Aku letih dengan keadaan macam ni. Kadang-kadang rasa nak lari dari semua ni. Tapi, melarikan diri bukan penyelesai masalah. Buat lagi kusut ada lah kot.

Hmmmm.....mungkin aku patut berehat sekejap kot??

Thursday, July 9, 2009

Kosong

Patutlah aku rasa macam malas je nak pergi kerja hari ni.
Rupa-rupanya kawan-kawan aku semua MC.
Hampeh betul diorang nie.
Boring gile aku kat opis nie.
Kerja pun takde.
Haih!!


Aku yang kebosanan

Someone please cheer me up.

Tuesday, July 7, 2009

I'm Sorry, Goodbye!


Bisakah cinta bermain di mata
Andai nafsu menjadi landasan cintanya
Benarkah cinta tidak bermata
Membenarkan diri diperdaya si durjana


Hilang semua harapan cinta
Pada teruna harapan idaman hati
Hancur sudah cinta milikku
Membawa pergi segala-galanya


(Lagu Latar : I'm Sorry Goodbye - Kris Dayanti)



Maafkan ku harus pergi
Ku tak suka dengan ini
Aku tak bodoh
Seperti kekasihmu yang lain

Terima kasih oh Tuhan
Tunjukkan siapa dia
Maaf kita putus
So thank you so much
I’m sorry good bye

♥♥♥

Friday, July 3, 2009

Semalam Di Sunway

Pergi Sunway Pyramid semata-mata nak cari menatang ni :


Nak tau pe mende Tako Tao ni??

Ni ha rupanya.


Sejenis makanan bulat-bulat macam fish ball tapi ada macam-macam perisa. Ada Chicken Cheese, Octopus, Prawn, Abalone ngan Unagi. Satu bungkus ade tiga ketul, harga RM 4.30. Boleh didapati di Jusco, tapi masalahnya tak semua Jusco ade stall Tako Tao ni. Yang aku tau kat Sunway je ade. Semalam tah kenapa tekak ni gatal je rasa nak makan Tako Tao ni. Memandangkan aku tak kerja semalam *sebab tak sihat*, aku rasa ini lah peluang terbaik untuk memenuhi selera kuda aku nie. Setelah berjaya menghasut seorang rakan seperjuangan untuk bekerja halfday dan kebetulan sorang lagi rakan pun tak bekerja, maka kami bertiga pun dengan gelojohnya menuju ke Sunway Pyramid.

*cerita tu tipu

Sedap gile Tako Tao ni. Aku beli dua bungkus. Ade 6 ketul dan aku berjaya menghabiskan 6 ketul tu dalam masa tak sampai 5 minit. Gile gelojoh. Nasib baik tak tercekik. Kalau tak, tak memasal aku ade halkum. Dah la bawak Tako Tao tu makan kat Jco Donut. Tako Tao tu takde tempat nak duduk. Yang ade kat situ, Jusco nye Food Court. Huh, food court?? Ape tu?? Hehe. Tapi, kitaorg takdelah keji sangat dok kat Jco tapi tak beli donut kan. Beli la jugak lam 6 ketul. Tapi, tak pandang pun donut tu. Sibuk mengketedarah Tako Tao. Sedap sehingga menjilat jari!

Selesai agenda mengenyangkan perut, it's shopping time!! Tapi, malangnya aku hanya berjaya window shoping memandangkan kedudukan kewangan yang sangat la hina.

My feveret place.
Asian Avenue.


Er, tetiba handbag aku dah bertukar.


Janji tak nak shoping rupanya kata-kata manis di bibir sahaja. Tempat ni memang puaka tau. Aku tak nak beli, tapi handbag tu seolah-olah memanggil-manggil aku untuk dibawa balik. Nak tak nak, terpaksalah aku dengan gigil-gigil keluarkan Rm 55 hengget dan dengan rakusnya terus memakai beg tersebut.Takpelah, ini sebagai ganti sebab aku tak mampu nak beli beg kat Dorothy Perkins yang lebih kecik dan berharga RM 100 ++ itu. *mata berkaca


Hello my new handbag.
(kena jauhkan dari Oren, nanti hancus beg aku)



Sebelum balik posing dulu. Ye, aku tau baju aku tak masuk ngan skirt aku tu. Tapi, aku suka t-shirt tu. Ade lambang Union Jack. Hehe.

Ok, balik dulu.

Tata.

Wednesday, July 1, 2009

Julai 2009

Ada apa dengan Julai?
Tak ada apa-apa.
Cuma dah masuk penggal kedua tahun 2009
dan aku masih begini.
Tak ada perkembangan terbaru yang menarik
Dan tak ada juga perubahan yang mendadak dari aku.
Cujen masih sama.
Dan, owh..itu sangat boring ok.

Hari ni nak menjawab tag dari Puan Wadah. Sebelum ni aku perasan ada dua tiga orang yang tag aku, tapi aku cam malas je nak buat. So, hari ni aku merajinkan diri aku.

Check it out!

1. Bila kali terakhir anda cuci toilet?

Malam tadi. Aku memang cuci toilet 2 hari sekali. Tak boleh blah tengok toilet kotor. Lagipun aku ade masalah rambut gugur. So, kenalah rajin cuci toilet. Buang rambut2 yang gugur tu. Kang sumbat pulak toilet aku.

2. Pencuci apa yang anda guna?

Tak tentu. Selalu pakai sabun serbuk cuci baju tu je. Kadang-kadang pakai syampo atau shower gel yang aku dah boring nak guna. Sebab tak sabo2 nak pakai yang baru, so abeskan cepat2 yang lama. Hehehe.

3. Dalam seminggu bape kali mop lantai?

Seminggu sekali kalau rajin.

4. Apa tugasan anda sebelum menjelang malam?

Balik kerja, kalau rajin mandi dulu. Kalau tak aku tido je. Takpun landing2 atas katil melayan perasaan. Sekarang ni main ngan Oren dulu.


5. Apa menu hidangan makan malam anda yang paling simple?

Roti Butterscotch ngan air soya jagung

6. Minuman yang anda buat setiap pagi?

Konpom nescafe tarik kurang manis. Er, bukan aku buat. Order je.

7. Sebelum tidur apa yang anda lakukan?

Online sampai boring. Baca msg2 lama dari kekasih yang tak dianggap tu, ataupun berangan depan cermin. Skrg ni dok belai2 Oren sebelum tido.

Er, Oren lagi :-)