Thursday, August 27, 2009

Akhirnya


Punyalah teringin nak makan sushi. Padahal sebelum ni jangan kata nak makan sushi, tengok sushi tu pun aku tak lalu. Kembang je tekak aku bila tengok mende2 mentah camni. Tapi, bila time bulan puasa selera jadi lain macam pulak. Tetiba sume benda aku nak makan. Nafsu naga betul.

Sebenarnya dari hari pertama puasa lagi nak makan, tapi tau2 je la bulan puasa ni. Berkat bulan ramadhan orang kate, lepas berbuka je walaupun aku hanya makan nasi sikit tapi kenyangnya masyaallah. Padahal dari waktu sahur lagi dah tanam niat buka nanti nak makan sushi. Tapi, pas makan nasi aku terus terbongkang. Terawikh pun tah kemana. Last2 makan sushi dalam mimpi. Pastu mulalah esok terbayang2 lagi sushi tu.

So, malam tadi aku amek langkah berjaga-jaga. Kebetulan mak aku tak masak nasi. Kitaorang berbuka makan bihun je. Aku makan sket je, tinggalkan space tuk sushi aku. Pas abes maghrib, terus kerah adik2 aku ikut aku gi sushi king alamanda. Huhu. Puas hati den.


Menikmati sushi dengan jayanya!


Nak tumpang glemer jugak. Kasi je la..


Hasilnya!!

Kan dah kata bukan banyak mana pun aku makan. Saje je memuaskan nasfu bergelora ni. Janji dapat rasa. Kalau tak macam ada benda je yang belum aku sempurnakan.



Saya sudah kenyang! Masa untuk tidur pulak. Papai. :-)

Wednesday, August 26, 2009

Hati Saya Cedera Parah

Entry ni agak panjang. Tak perlu baca pun takpe. Tapi, kalau korang boring2 tu boleh baca. Untuk mengelakkan rasa bosan tatkala membaca entry ni, aku selitkan dengan gambar2 aku masa berbuka puasa dengan Cik Affa dan En. Kelly ahad lepas di Mid Valley.

Ok, selamat membaca dan selamat berpuasa kawan-kawan.



Memang senang nak buat orang suka kita. Jatuh cinta kat kita. Tapi, tau tak betapa susahnya nak buat orang yang kita suka, yang kita sayang dan yang kita cinta tu, suka, sayang dan cinta kita balik macam mana yang kita rasa kat dia. Letih la beb bila cakap soal cinta ni. Korang pun tau kan aku memang kurang bernasib baik bila bicara soal cinta. Agaknya korang pun dah letih baca kisah cinta aku yang tah pape ni. Salah aku jugak sebab suka letakkan diri aku dalam hubungan yang berisiko. Aku jenis degil. Kalau aku suka orang tu, orang tu la yang aku kejar. Orang lain aku nampak invisble je. Walaupun ramai pernah cakap kat aku sayangilah orang yang sayang kat kau. Cinta la orang yang cintakan kau. Weh, bukan aku tak pernah cuba. Banyak kali dah aku cuba. Tapi tetap tak boleh. Kalau dah takde perasaan tu tetap takde jugak. Buat la apa pun, tak jalan jugak. Contoh macam ko tak suka makan kuning telur, tapi orang paksa2 jugak ko makan. Apa jadi? Mesti ko muntah kan? Macam tu la jugak soal hati ni.


Aku, Kelly n Affa otw ke Mid Valley untuk berbuka puasa.

Satu perkara yang susah untuk dibuat; BERTERUS TERANG. Ada orang suka kat kita tapi kita tak suka kat dia. Dan selalunya kita akan pening cemana nak bagitau kat orang yang kita TAK SUKA tu, yang sebenarnya kita tak suka dia. Alasan yang lazim diberikan ; Awk terlalu baik untuk saya, Saya bukan yang terbaik untuk awak, Saya belum bersedia nak menerima sesiapa dalam hidup saya, Mak bapak saya dah jodohkan saya dengan orang lain, Saya ada penyakit kronik lagi dua bulan je leh hidup, Saya nak tumpukan perhatian pada pelajaran, bla..bla..bla... Macam-macam alasan yang diberikan. Konon-konon alasan tu untuk menjaga hati pihak yang kita TAK SUKA tu. Supaya dia tak terasa hati atau menyimpan dendam sebab kita tolak cinta dia. Kiranya menolah cinta secara tak langsung la ni. Padahal alasan tu semua semata-mata nak menjaga imej sendiri. Supaya tak terlalu menonjol yang kita ni KEJAM. Kadang-kadang bila kita dah takde alasan nak bagi, kita amek keputusan diamkan diri. Konon-konon dengan mendiamkan diri tu akan menyelesaikan segala masalah. Harap-harap pihak yang kita TAK SUKA tu akan paham. Orang dah tak layan tu, ko paham-paham je la! Masa tu orang yang kita TAK SUKA tu boleh la nyanyi lagu GANTUNG - MELLY GOESLOW


Menunggu waktu berbuka [dengan sabar]


Check hp dengan harapan si dia ada msg. :-(

Tapi, kadang-kadang kita lupa yang sebenarnya kita tak boleh nak baca pikiran orang. Kita harapkan yang si dia akan paham, rupanya apa yang dia pikir berlainan pulak dengan apa kita harapkan. Dia mungkin anggap yang kita ada masalah dan perlukan ruang untuk bersendirian. Dan si dia akan masih dan terus setia menunggu tanpa jemu. Sedangkan kita dah semakin jauh dari dia. Nak salahkan siapa ye dalam hal ni. Kita atau dia? Salah kita sebab tak berterus-terang atau salah dia sebab tak paham-paham bahasa? Susah kan. Susah bila cakap soal hati dan perasaan ni. Lebih susah lagi sebab kita sibuk sangat nak menjaga hati orang. Kita sibuk sangat nak menjaga imej kita. Kita nak selalu dinampak baik padahal kita tak sedar apa yang kita rasa baik untuk kita tu sebenarnya tak baik untuk orang lain. Perkara yang kita rasa baik tu sebenarnya menyeksa orang lain.


Yang besar tu aku punye. Yang kecik En. Kelly punya.


Ciken Wing dan sandwich pun saya punya jugak.

Satu lagi perkara yang aku belajar; hati dan perasaan manusia bila-bila masa boleh berubah. Terlalu banyak faktor yang boleh menyebabkan berubahnya hati seseorang. Alasan yang biasa; dah mula rasa bosan atau kehadiran orang ketiga. Dua perkara ni selalunya berkaitan. Puncanya bermula dengan kehadiran orang ketiga. Biasalah, benda baru. Semua best. Rasa excited je. Macam ko beli baju atau kasut baru. Excited nak pakai. Rasa best je. Dan ko pun melangkah dengan penuh keyakinan. Cuba tengok dah lama-lama esok. Haram nak pandang pun tak nak. Sebab masa tu ko dah ade baju n kasut baru yang lain pulak. Samalah macam hubungan jugak. Bila dah dapat yang baru, mulalah rasa bosan dengan yang lama. Mula lah nak cari alasan nak buang yang lama. Kalau baju atau kasut boleh la kita kata baju tu dah kembang atau dah koyak. Itupun kadang-kadang kita guna jugak buat kain buruk. Tapi, kalau manusia ko nak bagi alasan apa?


Makan time!! Itadakimasu!!


Baca doa dulu lah! En. Kelly ni tak sabo2.

Perkara lain yang aku tak paham; kenapa manusia sanggup menjual cintanya demi untuk keseronokan yang sekejap cuma. Berpura-pura cintakan seseorang sebab nak kan hartanya. Berpura-pura cintakan seseorang sebab kepingin nak bermukah dengannya. Apa yang dilakukan hanyalah kepuraan semata-mata. Siyes aku tak paham. Kalau aku memang failed la. Aku tak reti nak bagi kata cinta kat orang yang aku takde feel. Kadang-kadang aku wonder, orang yang pernah cakap dia suka kat aku, sayang kat aku tu betul2 ikhlas atau tak. Cakap berapi2 tapi rupanya pura-pura je. Sedih kan kalau jadi macam tu. Tapi, kalau dia betul2 ikhlas takpelah. Mungkin masa dia cakap tu dia betul2 ikhlas tapi lama-lama perasaan berubah. So, tak boleh la nak salahkan dia jugak kan. Hati aku pun kadang2 tak menentu jugak. Hari ni macam ni. Esok macam tu pulak. Tapi, buat masa ni hati aku kat dia masih tak berubah. Cuma hubungan aku kali ni sangat berisiko tinggi. Kesudahan yang aku dah boleh agak. Tapi, aku tetap mengharapkan keajaiban akan berlaku. Well, there come a miracle when u believe.


Sangat miracle kalau aku boleh habiskan air tu dengan seteguk saje


Lebih miracle kalau En. Kelly ratah lada jeruk.


Oh ya, tentang tajuk di atas. Hati aku dah biasa cedera. Lebih parah dari ni pun dah pernah rasa. Jadi aku dah tau macam mana nak handle hati aku. Cuma kadang2 biasalah, kita perlu meluahkan perasaan supaya kurang rasa beban di hati. Kepada korang yang baca entry ni sampai habis, mekasih la aku ucapkan. Sanggup gak korang melayan aku meroyan hari ni. Sebagai tanda terima kasih aku kat korang, terimalah manisan dari aku. Huhu. (Terliur tak?). Sabo ye, lebih kurang 6 jam lagi nak berbuka.


Semoga hidup aku dan kalian semanis aiskrim di atas.


Friday, August 21, 2009

Diam Tandanya Setuju


Orang dulu-dulu kata diam tu tandanya setuju.

Tadi aku sms bos aku "Bos saya nak halfday hari ni boleh tak?" (Bos aku cuti hari ni, patutnya aku boleh je nak blah mcm tu tapi sebagai PA yang baik, haruslah tanya bos kan)

Tapi, bos aku tak balas pun sms aku. So, aku consider bos aku setuju la tu. Hehehe. So, tanpa segan silu aku pun menghalfday kan diri aku hari ini. ;-p


sayang bos....muah!!



Sepatutnya aku nak keluar kejap lagi. Tapi, kemalasan melanda diri pulak. Macam takde semangat je. Ni mesti rentetan perkara semalam. Sepatutnya semalam My Darling janji nak ajak tengok wayang. Sekali dia sms kata tak jadi sebab family dia dtg dari Sabah. So, nak bawak family dia keluar makan. Takut balik lambat. Dia janji ajak kuar malam esok. Pastu leh sahur sama2 ngan dia. Tapi, disebabkan aku konon-konon merajuk, aku pun tak reply sms dia. Bajet2 dia nak pujuk ar aku. Sekali dia langsung tak pedulikan aku. Hampes sungguh!! Terasa kekecewaan yang sangat melampau. Mulalah nak pikir bukan2. Aku syak mesti dia kuar ngan pompuan lain ni. Isk, syaiton ni. Saje je nak merasuk pikiran murni aku. Takpe..takpe.. aku bersangka baik. Mungkin dia sibuk dengan family dia. :-) (padahal dalam hati still pikir bukan2)


Dah la bulan ni aku langsung takde gi tengok wayang. Konon-konon nak tunggu dia la. Tengok sama-sama dengan dia. Sekali cenggini pulak jadinya. Geram betul aku dibuatnya!! Takpe, tengok malam ni cemana. Kalau dia mungkir janji lagi siap la, aku santau dia nanti. Haha.


Er, esok dah puasa. Aku tak berkesempatan pulak nak sambut awal ramadhan tahun ni. Rugi2. Yang korang boleh puasa tu jangan ngelat eh. Puasa jangan tak puasa! Malam ni jangan lupa tarawikh. Daaa.

Wednesday, August 19, 2009

Aku benci kau

PMS!

PMS buat muka aku naik jerawat.
PMS buat aku rasa nak hangin je ngan semua orang.
PMS buat aku rasa takde semangat dalam segala-gala hal.
PMS buat aku rasa nak balik rumah dan tidur sepanjang hari.

Tension tul la.

Dah la bulan ni aku takde gaji. Hina tak slip gaji aku bulan ni kosong je. Bank la lembap sangat buat kerja. Nak tungu diorang refund balik duit bulan 9 baru masuk. Konpom la aku tak beraya tahun ni. Kalau korang kesian kat aku, kirim la duit raya kat aku. Sorang RM 50 pun jadi lah. Hehe.

Sunday, August 16, 2009

Aku Si Pencinta KATAK #2

Ingat lagi entry aku YANG INI??


Sekarang ni koleksi aku dah bertambah. Tapi kali ni bukan orang yang hadiahkan. Aku beli sendiri je. Tapi, takpelah. Dah memang aku minat. So, apa salahnya labur duit untuk sesuatu yang boleh buat aku happy kan? Member aku cakap hobi aku ni ke budak-budakan. Hobi tah hape-hape. Ceh, padahal dia tak tau aku memang budak2 lagi. I baru 16 tahun tau you all. Ehee. Ok2, jangan banyak merepek. Jom kita tengok koleksi terbaru aku.



Selipar ni beli kat mines.
Dah lama beli tapi sayang nak pakai sebab takut buruk.
Tapi, akhirnya aku pakai jugak. Hehe.
Nampak comel je di kaki aku yang sememangnya comel ni. :-)



Bantal ni pun beli dah lama.
Sekali dengan selipar tu.
Aku letak dalam kereta je.
Hajat di hati nak beli dua.
Tapi, satu je yang tinggal.
So, nak tak nak amek je la.
Oh, ada pesanan dari katak tersebut.
Dia kata : PEACE NO WAR.
Eheee. Katak pun pandai wat peace noo!!



Ni ape ek namanya? Aku pun tak tau.
Tapi, aku tengok orang sume kecoh2 letak dalam kereta.
So, aku pun cari la satu. Mestilah aku nak cari yang katak jugak.
Tapi, agak kecewa setelah aku pergi ke pasal malam Putrajaya
tapi takde pulak patung katak.Apelah cikai pasar malam putrajaya ni.
(kataku di dalam hati).
Tapi, nasib menyebelahi aku.
Masa ku berpoya2 di Jusco Cheras Selatan,
terjumpa pulak mende ni.
So, tanpa membuang masa aku pun terus membeli
walaupun aku terpaksa keluarkan duit 20 hengget.
Orang lain beli 10 hengget je. Cis!!
Tapi, takpe. Diorang punya tak comel macam katak aku.
Katak aku ni comel sangat. Kepala dia asik teregedik2 je.
Sampai aku rasa nak pukul je kepala dia. Hehe.



Tapi dalam banyak2 koleksi aku kali ni, tak dapat lawan yang satu ni ;



Hoho. Comel tak? Cakap comel cepat!!
Semalam melepak di Sunway Pyramid, dan termasuk satu gift shop ni.
Dan terus terpandang payung yang unik ni.
Sangat teruja okeh!
Sebab aku tak pernah tengok payung macam ni.
Apa lagi, tanpa prejudis aku terus membelinya.
Dalam minda aku dah terbayang
mesti aku akan jadi orang pertama yang memakai payung sebegini rupa.
Hohohoho.
Dan mungkin jugak nama aku akan tercatat dalam
Malaysia Book Of Record nanti.
Wahahahahahaha.
Gelak aku semakin kuat
sehingga menimbulkan syak wasangka pekerja2 kedai gift shop itu.

Nasib aku cepat tersedar dan cepat2 bayar.
Pastu terus keluar dengan senyuman bangga.
Hnssssffff (kembang kempis hidung aku).



Muka bangga aku sebagai manusia pertama memakai payung KATAK.



Setiap hari berdoa supaya hari hujan :-)


Sebenarnya dalam gift shop tadi ada banyak koleksi katak ni. Ada radio, cermin, tong sampah dan macam2 lagi la. Tapi, memandangkan duit aku tidak kecukupan, maka hanya payung ini dapat ku beli. (Sebenarnya duit abes beli jeans dan kasut). Jangan salahkan aku. Kasut itu sangat gojes ok, sehingga aku tak mampu melawan nafsu membeli aku.



Gojes tak? Kan aku dah cakap.



Lebih gojes bila dipadankan dengan jeans yang baru ku beli jugak.



Er, boleh jugak dipakai dengan mini skirt.
Terserlah keunikan kasut tersebut dan errr, kaki ku yang berpeta itu jugak!

Siapa yang rasa berkenan dengan kasut tu boleh la pergi cari di Sunway Pyramid.
Kedai kasut MEGA nama dia. (Tak fofular pun)
Harga RM 109.00. Ada diskaun 20%.

Dan jeans tu di Forever 21 dengan harga RM 139. Tadek diskaun yer.

Ok, cukup la sampai sini dulu.
Kalau korang jumpa apa stuff katak yang unik2, inform aku yer.
Kalau nak lebih afdal, hadiahkan la kat aku :-p


Friday, August 14, 2009

Merahnya Mak Ngah!!


Aku daripada dulu teringin nak pakai lipstick merah macam ni;





Tapi, korang tau je la. Bibir aku ni tersangat lah Anita Sarawak. Tebal gitu. So, amatlah tidak sesuai lipstick merah tu ngan aku. Selalunya aku akan pilih kaler2 selamat je. Supaya takdelah nanti dari jauh dah nampak bibir aku kan! Sebatu lagi aku nak sampai orang dah leh cam aku. Cujen bibir tebal sudah sampai. Cis!!


Tapi, aku memang la teringin la sangat nak pakai lipstick kaler merah ni. Teringin sangat-sangat la macam orang mengidam gitu. So, dalam diam-diam aku pun beli la satu lipstick kaler merah. Avon je. Mak tak mampu nok nak beli brand MAC bagai. Tapi, belum berani nak pakai lagi. Mak simpan je dalam handbag mak.


Esok malam aku ada special date. Tetiba aku nak buat suprise kat partner aku tu. Selalunya kalau aku keluar ngan dia, aku pakai lip balm je. Very da boring nyah!! Dah la tu pakaian aku pun boring jugak. Balik-balik pakai jeans, t shirt ngan jacket hitam. So, malam esok aku nak buat perubahan sket. Its time to my red lipstick. Yeah!!


So, tadi aku pun try la lipstick aku tu. Aww....very da merah gitu. Meriah nok!! Mak sempat la capture gambar tapi tak berapa clear la nok. Kata kamera murah je. Tak nampak sangat kemeriahan gincu merah mak tu.




Takde lah worst sangat kan? Ke lipstick tu tak merah?? Padahal kaler red chili aku pilih. Ni mesti salah kamera murah ni. Takpun salah photoghapher yang sungguh tak profesional. (padahal mmg tak fotogenik kan). Ehee.


Aku nak korang buat perbandingan ngan lipstick yang selalu aku pakai;



Which one look better on me??
Honest opinion please!!



Adik aku ckp bila aku pakai lipstick merah tu,
dah macam pompuan kabaret tak berapa nak jadi.


Thursday, August 13, 2009

Rindu Lagi

Rindu.

Kadang-kadang perkara yang menjadi rutin kita, bila kita tak buat sehari kita akan rasa rindu.
Contohnya kalau selalu pagi-pagi atau sebelum tidur ada seseorang yang akan call kita,
tetiba hari ni dia tak call pulak.
Dan kita pulak rasa macam semacam je.
Rasa macam erm....


Rindu la....


Tapi sebenarnya kita rindukan dia atau
Kita rindu nak ade orang call kita?

Konpius sekejap.


Telefon aku dah lama tak keluar lagu
Because I Love You- Celine Dion
Rindu pulak nak dengar lagu tu

Wednesday, August 12, 2009

Fobia

Kat office aku sekarang sorang dah disahkan positif H1N1.
Sorang lagi kena kuarantin sebab suspek H1N1.
Dah la diorang tu satu floor ngan aku.
Tetiba aku jadi macam fobia and paranoid.
Rasa macam nak dok dalam umah tak nak keluar-keluar.
Takut la. wabak ni cepat betul dia merebak.

Semoga aku dan keluarga aku dijauhkan dari sebarang penyakit bahaya.
Amin.

Tuesday, August 11, 2009

Would You Choose Money Or Love?

You'd rather date someone who was
a. Unemployed
b. Flirtatious with every one

You'd be more likely a someone who
a. Lied to you about their finances
b. Lied to you about not being in contact with their ex.

What's a better wedding
a. On the beach, just you two and your closest friends. Nothing fancy.
b. A huge wedding with tons of guests ... and gifts.

What's date is more romantic?
a. A home cooked meal
b. A dinner at a five star restaurant

What clothes are more attractive on your sweetie?
a. Cute casual outfits
b. Designer clothes

What trip would mean more to you?
a. A resort vacation
b. A trip home to meet the parents

What does "security" mean to you?
a. Knowing that you'll never go broke
b. Having someone who will stick by you no matter what


Setelah berhempas pulas memerah tenaga dan menumpukan perhatian sepenuh jiwa raga seolah-oleh nak menggunakan kuasa teleport supaya dapatpergi ke tempat lain dengan cara memejam mata sekuat hati , aku dapat jawapan ini ;



YOU WOULD CHOOSE LOVE


Money may buy a little happiness, but not the happiness of true love.
You rather have a true soulmate than a private jet.
And while many people may claim they would choose love too...
You're one of the few who would really do it



Well, jawapannya memang aku dah jangkakan. Of course la orang macam aku akan pilih CINTA. Biarlah orang kata DUIT BUKAN SEGALANYA TAPI SEGALANYA MEMERLUKAN DUIT, aku tetap pilih cinta jugak. Pada aku cinta tak memerlukan duit. Abis tu, cemana nak pergi dating kalau takde duit? Cemana nak kawen kalau takde duit? Cinta bukan boleh bagi ko kenyang. Okey okey. Aku paham. Tapi, sape kata pergi dating mesti pakai duit? Sape kata nak kawen mesti ada duit yang banyak? Sape kata cinta boleh bagi ko kenyang. Mestilah tak. Lapar tetap lapar. Time makan mesti mau makan. Cumanya kalau dah tak berduit tu, tak payah la pegi dating tempat2 mahal. Nak kawen tak payah la buat grand sangat. Siap ade tarian naga bagai. Cukuplah buat yang wajib je. Jimat dan berkat gitu. Ehee.

Tapi, lain orang lain pendapat. Dan kadang-kadang pendirian kita boleh berubah bila-bila masa mengikut keadaan dan pengalaman. Satu ketika dulu, aku adalah salah seorang yang sangat mementingkan duit atau harta benda. Aku rasa macam tak boleh bercinta kalau takde duit. Tapi, setelah apa yang aku lalui, aku lebih menghargai cinta. Pada aku hidup tanpa cinta ni macam orang yang sangat loser. Biarlah aku takde duit, janji aku ada orang untuk aku sayang dan ada orang untuk menyayangi aku. Itu sudah memadai.



To have a perfect love, is not to loving a perfect person but
Loving a person PERFECTLY!



Cintaku bukan kerana harta
Cintaku tidak kenal paras rupa
Sedarilah kasih
Cintaku harap hingga ke syurga
Bersama-samamu




Cuba teka lagu apa kat atas tu?
Sape dapat teka aku bagi hadiah.

Hadiahnya










KASIH SAYANG AKU YANG TIDAK TERHINGGA.

muahahahahaha.


Er, lupa pulak nak bagi link kuiz kat atas tu.
Sape2 yang takde keje, leh la try kuiz tu,
kuiz lain pun banyak. Klik kat bawah


KUIZ TAH HAPE-HAPE


Saturday, August 8, 2009

It's Ogos Bebeh!!

(Entry ni sepatutnya aku post minggu lepas sebelum aku pergi kursus. Tapi, aku yang sengal ni g tekan button save now padahal nak tekan publish post. Tu la akibatnya kalau updet blog setengah jam sebelum nak bertolak g kursus. Hihi. Memandangkann entry ni dah siap, aku publish je la hari ni.)






Ada apa dengan Ogos? Huhu. Tak ada apa2 pun selain dari Floria 2009 dan Sambutan Hari Kemerdekaan. Oh ya, puasa tahun ni jatuh dalam bulan Ogos jugak. Yeye, i can't wait. Sesungguhnya aku memang suka bulan Ramadhan. Selain dari bulan yang diberkati, ia jugak bulan yang mewah dengan makanan. Ceh, makan je yang diingat. Puasa tahun lepas dah ganti?? Opss!! Betul la orang cakap, rakyat Malaysia ni banyak mati sebab terlebih makan. Bulan puasa pun fikir pasal makan. Isk!

Aku sebenarnya tak tau nak updet apa. Tapi, memandangkan aku akan berkursus selama seminggu, jadi adalah lebih afdal kiranya aku mengupdet blog aku serba sedikit. Bukan apa, takut nanti ada yang rindu pulak ngan aku. Huhuhu.

Barang-barang untuk berkursus dah siap pack. Believe it or not la, aku berjaya pack barang2 aku dalam satu beg kecik je. Cayalah cujen!! Kalau tak sebelum ni mesti aku nak bawak beg besar gedabak. Aku bukan boleh bawak barang sikit-sikit ni. Kalau boleh satu almari tu aku nak bawak. Dengan baju tido yang beraneka ragam, mekap aku lagi, kasut, selipar, t-shirt, seluar, jeans...ah pendek kata sume la.. Nama pun pompuan kan. Ala, aku tau korang pun sama cam aku kan? Ngaku jer la....Hehehe.

Ok la, mata aku pun dah berat ni. Sebelum beta berangkat ke Tanjung Surat beta nak jamu la rakyat2 sekalian dengan gambar2 gedix beta masa pergi Floria 2009 sabtu lepas. Thanks to my new friend : WINNIE, MAR & IJA. U made my day!! Korang memang happening dan gila-gila ah. Aku pun hampir menjadi gila sebab layankan korang. Hihihi.


Welcome to Floria 2009


We present u Taman Agro Ornamental


What if kitaorang jadi tukang kebun??


Bunga ni selamba je kitaorang petik. Sib baik tak kena tangkap. Hehehe



Gambar selebihnya ada di facebook saya. :)

Btw, Floria 2009 berlangsung sampai esok. Sape2 yang suka bunga, atau yang belum pergi boleh la pergi. Rugi kalau tak pergi. Bukan selalu ada. Lagipun boleh amek gambar cantik2. Lepas tu updet kat blog ye. ;p