Thursday, September 24, 2009

Kenapa Saya Suka Hari Raya?


SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA PEMBACA CUJEN THE LEJEN


  • Hari Raya banyak juadah best2. Ketupat, rendang, lemang, kuah kacang, lodeh, dodol, biksut raya best2. Sepanjang hari makan, makan dan makan sahaja. Sungguh bahagia.
  • Hari raya boleh jumpa sedara mara, sepupu sepapat yang lama tak jumpa. Padahal masing-masing dok KL kan.
  • Hari Raya boleh bermaaf-maafan sesama kita. Maklumlah kalau hari-hari biasa kita susah sket nak mintak maaf. Selalunya tunggu raya baru nak bermaafan. Boleh la dari langsung takde kan.
  • Hari Raya boleh dapat duit raya. Er, selagi belum kawen masih layak menerima duit raya tau. Orang dah kawen kena bagi kat org yang tak kawen. Hehe.
  • Hari Raya boleh melaram pakai baju lawa-lawa. Ceh, perasan je sebenarnya. Padahal pakai baju yang sama aku pergi kerja. (Tahun ni macam jugak 5 tahun sebelum ni, baju raya aku tak siap...sob..sob..sob)
  • Hari Raya banyak rumah terbuka. Asik makan free je. Jimat..jimat.
  • Hari Raya banyak rancangan best2 kat TV.
  • Hari Raya boleh dijadikan alasan untuk berkenalan dengan bakal mak mertua. Konon-konon pergi beraya, sambil-sambil tu boleh la kenal-kenal kan.
  • Hari Raya boleh amek cuti lama-lama. Pastu lepak rumah layan astro.

Kesimpulannya Hari Raya memang best, walaupun sekarang ni kemeriahan kurang terasa, tapi aku tetap suka Hari Raya.

Selamat Hari Raya semua.
Jemputlah datang rumah aku. Tolong habiskan kuih raya aku ni.
^_^


Girl Power!! Tema tahun ni merah. Menyerlah gitu!!


Ni baru 1/5 dari sepupu sepapat aku.
Kalau semua balik, mau bergegar rumah atok aku.


Dok berbincang nak pergi beraya rumah sape la dulu nie.


Ok, jom beraya!!


Tahun ni aku beraya dua hari je. Sehari di Muar, sehari lagi di Sekinchan Selangor. Lepas tu balik Putrajaya. Yang seronoknya kat Muar ramai sedara mara sebab keluarga belah abah semua keluarga besar. Bukan besar size badan, tapi besar bilangan ahli keluarga. Walaupun tak ramai yang balik, tapi tetap meriah. Belah mak pulak aku suka sebab suasana kampung. Ada sawah padi. Rasa nyaman je dok situ.


Cantik tak??


Best gile lepak kat titi nie.


Lalu sini haruslah berkaki ayam.
Ada hati nak bergaya ngan kasut tumit 4 inci?

Lupakan je la nok.


Bye kampungku. Jumpa lagi tahun depan.



Sunday, September 13, 2009

Ada Apa Dengan Kad Raya

Petang tadi ketika sedang sibuk mengemas bilik, hati aku terusik bila terjumpa sekeping kad raya lama. Bukan kerana terharu dengan kata-kata di dalam kad raya tersebut, tetapi rasa sedih. Sedih kerana sehingga kini, aku masih belum menerima walau sekeping pun kad raya. Jangan kata dari teman-teman, dari yang tersayang pun masih belum terima. Kesian kan?? Bukanlah aku mengharap sangat, cuma rasa terkilan sedikit. Mungkinkah dengan adanya teknologi terkini yang serba canggih, maka tradisi mengirim kad raya semakin dilupakan. Ya, sekarang dah maju. Ucapan selamat hari raya dan meminta maaf hanya dikirim melalui sms, mms ataupun email. Tapi, yang peliknya kad raya elektronik pun aku masih belum dapat...erm...belum lagi kot.. Insyaallah adalah tu untuk aku..(mungkin)... lagipun, aku masih belum mengirim kad raya buat sesiapa lagi. jadi, tak adil lah kalau aku mengharap orang akan bagi kad raya untuk aku kan??


Kalau dulu, 3-4 tahun yang lepas (zaman aku sekolah-sekolah dulu), belum start puasa lagi, aku dan adik aku dah berebut-rebut beli kad raya. Siap buat list nama untuk siapa kad raya tersebut akan dikirimkan. Selalunya, kad raya tersebut akan aku hiasi dengan kreativiti aku, especially untuk teman-teman istimewa. Dan pada hari puasa yang pertama, aku dan adik aku akan pos kad raya tersebut. Lepas tu, tugas kami hanya menanti balasan dan berlumba-lumba siapa yang paling dapat banyak kad raya. Yang paling best, aku pernah dapat kad raya 5 keping sekaligus dari secret admire aku. Aku kirim kat dia satu je, tapi dia balas 5 sekali sebab kata dia kad raya banyak kat umah. ;p

Kad raya yang dikirim oleh secred admire ku.



Lagi best bila dapat kad raya yang bermacam-macam jenis dan bentuk. Ditambah pulak dengan kreativiti pengirim kad raya tersebut. Macam aku kad raya yang menjadi pilihan aku dah tentu kad raya kartun2 yang comel-comel dan kelakar2. Dan biasanya balasan yang aku dapat pun lebih kurang sama yang macam mana aku kirim.

Antara kad raya yang comel dan kreatif yang pernah aku terima.



Tapi, itu cerita 3-4 tahun yang lepas. Sekarang ni dah hampir 4 tahun aku tak menerima sebarang kad ucapan hari raya. Kad raya terakhir yang aku dapat adalah pada tahun 2005. Itupun kad raya dari client opis aku. Dah lama bukan??


Aku memang tidak pernah membuang kad kad raya yang pernah diterima. Malah, aku masih menyimpan kesemua dengan baik. Kadang-kadang, bila membaca semula kad raya tersebut, aku tersenyum sorang. Soalan lazim yang akan ditanya dalam kad; "baju raya bape pasang?" "pose penuh tak?" "berapa banyak buat kuih raya?" Dan kadang-kadang ade juga yang mengirim duit raya. But now, semua tu dah menjadi kenangan sahaja. Nak buat cemana, kita kenalah ikut arus kemodenan. Kalau tak nanti dikatakan ketinggalan zaman pulak..hehehe...Er, ketinggalan zaman ke kalau kirim kad raya??


Koleksi kad raya aku. Korang punya macam mana?


Walaupun orang kata kad raya ketinggalan zaman, sekurang-kurangnya aku pernah merasai perasaan itu. Perasaan mengirim dan menunggu kad raya. Indah woo.

Friday, September 11, 2009

Sesekali Ku Rasa Teringin.....


Tau tak apa yang aku teringin sangat nak makan tapi kat Putrajaya nan permai ni susah nak cari? Ni ha dia.






Nampak tak? Nampak tak tu. Tau tak ape tu?
Ok..ok aku snap gambar isi di dalam.
Tadaaaaa




It's burger!! Diulangi sekali lagi..BURGER!!


Yer, burger biasa je. Burger tepi jalan. Takde apa yang special pun. Tapi, aku memang teringin sangat nak makan burger ni. Takat burger McD, KFC ke, aku dah muak dah. Korang tau tak rasa burger tepi jalan ni sangat la sedap, lembut dan terangsang gitu. Tapi, masalahnya kat Putrajaya ni susah nak cari. Macam takde je orang jual burger camni. Nak-nak bulan puasa ni. Aku lak, time tengah malam tu la datang dia nye "sesekali ku rasa teringin, menikmati burger mu yang dingin". Eh, dingin pulak. Makan time panas la sedap beb. Nyaman je rasa masuk lam mulut aku.


Peh, marbeles!!



Burger yang sedap itu di beli di flat angsana USJ 1. Sanggup singgah kejap pas balik dari Mydin. Pergi Mydin semata-mata nak cari loyang cutter konon-konon nak buat BISKUT INI.
Gigih gi Mydin dengan harapan;
"mydin tu kan besar, mesti la ade jual loyang cutter tu kan..murah pun murah"

Tapi..

"alangkah sedihnya hatiku..param..param..".
Sekali loyang cutter tu takde jual pulak. Hampagas taik idung betul la. Aku dah la beria nak buat biskut raya. Nak test skill ni masih hebat ke tak. Maklumlah dah lama bersara dari arena pembuatan biskut2 raya ni. Kalau dulu, start je pose, gigih la aku ngan adik aku mengerjakan kuih raya. Abes sume resipi dalam mesra.net tu aku try. Tapi, tu dulu la....once time ago. Zaman aku muda2. Tengah rajin. Tengah sexcited. Buat kuih raya tengah2 malam sambil dengar radio. Pastu beria tepon radio untuk sampaikan ucapan raya.

"Ucapan ini ditujukan untuk mak saya ngah menjahit baju kat dalam bilik, adik saya yang bersungguh-sungguh tolong saya buat kuih raya, bapak saya yang dah terbongkang tido dalam bilik, serta ahli keluarga dan sanak saudara yang mengenali saya".

Ceh, padahal boleh je wat ucapan kat mak ngan adik-adik sambil dok uli kuih tu kan. Nak glemer sangat suara kuar radio. Pastu siap rakam lagi sebab nak dengar balik suara sendiri. Heh, radio dulu2 bukan cam sekarang ni. Main rekod2 dulu baru on air. Dulu2 terus jek on air. Live gitu. Tu yang gigih rakam suara bagai. Pastu dok gelak2 bila dengar suara sendiri. Haha.

Tu semua kenangan dulu-dulu. Sebak lak bila ingatkan balik. Teringat kemeriahan masa tu. Sekarang ni dah kurang sikit sebab sume main beli je. Sungguh tak memberangsangkan.
Er, apasal lak nak emo-emo citer pasal kenangan dulu ni. Ish.

Ok, la cukup sampai sini. Tengok la nanti kalau menjadi biskut raya aku tu, aku updet kat sini. Kalau tak, anggap je la sume tu hanya kepoyooan aku semata-mata. Haha.

Bai sume. Nak tido awal sket, esok nak soping2!

Tata.


Monday, September 7, 2009

Edisi Gath DSK (Laporan versi Cujen The Lejen)

Last weekend was a wonderful weekend bagi aku. Hari sabtu tu ada gath kecil-kecilan budak DSK Poli PD batch 2002-2004. Tak silap aku, batch kitaorg dulu ada lebih kurang 80 orang kot. Tapi, yang dapat hadir hanyalah 9 orang. Yang hadir pun hanyalah geng-geng single termasuklah aku yang paling kesian sekali. Nampak sangat aku takde life hujung minggu sebab orang ajak kemana-mana sentiasa on je. Haha. Padahal memang tak reti bersosial. A big thanks to dian, ain, siti, affa, anie, iza, anis, khalid dan cujen cute (WTF). Haha. Tabik spring la kat khalid sebab sanggup datang dari jauh semata-mata nak jumpa kitaorang. Wa terharu beb ngan pengobanan lu. Untuk itu terimalah lagu raya dari wa yang bertajuk -Kepulangan Khalid Ke Muar Yang Dinanti Oleh Bondanya. ;p


Setelah basah ketiak menunggu dua orang makcik di atas bersiap, kami dengan lajunya menuju ke destinasi iaitu Kenny Rogers Mid Valley (dalam minda dah terbayang-bayang ayam quarter meal black pepper...nyum..nyum..) dengan menaiki Subaru Impreza yang aku baru ku beli hasil rompakan di Mafia War. (wah, cuba korang kira ade berapa perkataan dalam ayat aku kat atas). Macam masa sekolah2 dulu pulak, cikgu suruh bina ayat terpanjang daripada beberapa perkataan. Kalau cikgu BM tengok, mesti dia terharu.


Kitaorang lambat sampai. Sampai2 je sana anis, dian, ain, iza ngan anie dah bersiap sedia menanti kehadiran kitaorang. Biasalah, VIP mestilah datang lewat kan. ;-) Owh, rupanya ade lagi VVIP yang masih belum sampai. Siti sampai paling last. Jadi dialah VVIP kami pada hari itu. Cis, kami kalah dengan siti nampaknya.




Bila korum dah cukup, macam biasalah mestilah ada aktiviti bertanya khabar, borak-borak, ngumpat-ngumpat, kutuk mengutuk, caci mencaki seperti di bawah;












Wah, ni baru cerita pasal makan je dah berkeping-keping gambo. Belum masuk lagi cerita pergi main boling. Dengan semuanya main macam tangan tak bedung masa kecik. Pastu macam tempat boling tu kami yang empunya. Nasib baik gelap. Kalau kena hina pun takdelah malu sangat kan. Gambar masa boling tak banyak dalam simpanan aku. Letih la nok nak keluarkan kamera. Tumpang kamera orang je. Tapi, untuk tidak menghampakan kamu-kamu semua aku letak la sekeping gambar champion boling pada hari itu. :-)


Dah penat mengaibkan diri, masa untuk minum!! Tempat pilihan kami ialah mamak pelita bangsar. Tak Malaysia la beb kalau tak lepak mamak. Sambung aktiviti borak-borak, kutuk mengutuk, caci mencaki dan luahan perasaan kat situ. Pastu tah sape tah plan nak pergi Uptown Danau Kota. Sekali lagi tak Malaysia la kalau tak pergi Uptown. Masing-masing muka macam nak je pergi Uptown tu, tapi segan2 nak cakap. Nasib baik kitaorang mempunyai jiwa yang sama. Sekali lagi menuju puncak!! Eh, menuju ke destinasi.

Malangnya nasib tak menyebelahi kami. Hujan turun dengan lebatnya tatkala kami sedang bersuka ria di dalam kereta menuju ke Danau Kota. Tapi, kami hati kering. Nekad pergi jugak. Ala, hujan air je kot. Kejap lagi berenti la tu. (cubaan memujuk hati sendiri).

Tapi, alangkah pilunya hati kami semua bila sampai sana hujan makin lebat. Tak ada tanda-tanda nak berenti pun. Orang pun nak tutup kedai dah. Maka, aktiviti yang boleh dilakukan pada masa itu hanyalah dok mencangkung dan berteduh di bawah stesen minyak sambil menikmati bau minyak diesel bercampur bau air hujan. Mata dah bergenang mengenangkan nasib diri. Kalau air mata menitis masa tu pun, buat-buat la lari dalam hujan supaya orang tak nampak air mata sebab dah bercampur dengan air hujan. (ceh, cerita nak poyo kan..haha). Gambar takde nak letak. Kalau ade pun, tak sampai hati nak letak sebab muka masing-masing dah macam sardin je. ;p

Untuk mengubati hati yang lara sebab tak dapat merayau di Uptown, kitoarang pun pergi mengisi perut sekali lagi. Kali ni pergi kat Setiawangsa pulak. Supper merangkap sahur. Akhirnya kul 4 pagi jugak baru balik. Takpe, bukan selalu jumpa. Sekali dapat jumpa camni kenalah lepak kaw-kaw kan. Khalid terus balik Muar kul 5 pagi tu jugak. Aku lak lepas subuh terus terbongkang macam orang lumpuh. Amek ko, kul 3 petang baru bangun. Anak gadis sape la ni. ;-p



p/s: sila klik kat gambar untuk imej yang lebih jelas. aku letak dialog di setiap gambar. kecik sangat pulak, tak nampak jelas.

Friday, September 4, 2009

Orang Orang

Kawan aku cakap, dalam hidup ni kita akan jumpa 4 jenis orang dalam proses pencarian cinta. Orang pertama adalah diri kita sendiri. Orang kedua pula ialah orang yang paling kita sayang. Orang ketiga pulak orang yang terlalu sayang kat kita. Dan yang terakhir adalah orang yang yang akan kita habiskan seluruh hidup kita dengan dia. Tapi, kata dia lagi selain dari diri kita sendiri, ketiga orang yang lain tu mungkin adalah orang berbeza. Sebab orang yang kita sayang mungkin adalah orang yang tak pernah cintakan kita. Orang yang sayang kita pulak, mungkin adalah orang yang kita langsung tak pernah sayang dia. Dan orang yang akan habiskan seluruh hidup dengan kita mungkin bukan kedua-dua orang di atas. Mungkin dia adalah orang yang hadir pada masa yang tepat dan tempat yang betul.

Erm, banyak betul orang yang akan kita jumpa ye. Kalau setiap jenis tu ada 3-4 orang, tah berapa banyak la yang kita akan jumpa sebelum betul-betul jumpa soulmate. Bertuah betul orang yang jumpa sorang je dalam hiudp dia. Orang tu la orang yang dia sayang, orang tu jugak yang orang yang sayang kat dia. Dan orang tu jugak la yang sehidup semati dengan dia. Tapi, cam rugi la pulak kan sebab dia tak kenal orang-orang yang lain. Walaupun perangai manusia ni macam-macam tapi sebenarnya itulah yang akan menceriakan hidup kita. Teringat satu entry CINTA CUKULET ;

Ada orang macam pelangi
dia datang dalam hidup kita sekejap cuma
tapi kita akan kenang dia dalam memori
sebab keindahan yang telah dia beri

Ada orang macam ribut taufan
datangnya pun mungkin hanya seketika
tapi sebab kemusnahan yang dia berikan
kita tak mungkin lupakan dia

Ada orang macam matahari
sepanjang hayatnya setia menyinari
namun kita mengeluh kerana teriknya dia
tapi, bila hujan datang barulah kita rindukannya

Ada orang macam bulan
menyinari malam kita yang suram
walau jauh di atas sana, tak mampu digapai
tapi kita tau dia ada

Ada orang macam hujan
dia buat kita basah dan kesejukan
tapi hadirnya dia
bawak rahmat dari tuhan

Ada orang macam awan
melindungi kita dari kepanasan
tapi datangnya silih berganti
sebab angin akan datang dan bawa dia pergi

Ada orang macam guruh dan petir
dengar suaranya cukup menakutkan
tapi tanpa sedar dia mengajar kita
untuk berani menempuh cabaran

Tak kiralah siapa yang kita jumpa
pelangi, ribut taufan, hujan atau awan
berterima kasihlah kepada mereka
kerana mengajar kita erti kehidupan.

KUDOS to Cinta Cukulet atas nukilan yang sangat bermakna.

Kadang-kadang kita tak sedar, walaupun orang tu dalam hidup kita macam ribut petir, angin taufan, puting beliung ke tapi sebenarnya dia la yang banyak mengajar kita supaya lebih tabah menjalani hidup ni. Orang yang datang macam pelangi yang konon-konon indah pun kadang-kadang tak memberi kebahagiaan kat kita. Selagi ada pertemuan selagi itulah wujudnya perpisahan. Tapi masalahnya kita selalu melihat perpisahan itu sebagai sesuatu yang negatif. Dan kita tak sedar hikmah di sebalik perpisahan yang berlaku. Kata kawan aku lagi hilangnya sesuatu tu sebab kita nak dapat sesuatu yang baru yang lebih baik. Walaupun tak sama dengan sebelumnya tapi pasti yang lebih baik. Jadi janganlah kita menangisi untuk apa yang telah tiada. Hargailah apa yang kita ada dan hargai orang-orang disekeliling kita.

Antara pelangi, ribut taufan, matahari, bulan, hujan, awan, guruh dan petir agak-agaknya aku yang mana satu dalam hidup korang? ;-)


Wednesday, September 2, 2009

Cerita Ramadhan Tahun Ini

1. Aku berjaya tidak menjejakkan kaki ke PARAM setakat ni. Malas gila. Tambah pulak adik aku dah dapat lesen kereta. So, memang dia la yang menjadi mangsa.

2. Setakat ni aku takde rasa lagi nak monteng2 puasa cam tahun lepas. (alamak, kantoikan diri sendiri pulak..ehee). Harap2 takde la kantoi puasa sebab ponteng tahun ni.

3. Aku tak pergi tarawikh lagi ramadhan kali ni. Macam mana nak pergi, lepas berbuka je mata aku macam dah digam. Mengantuk lain macam.

4. Duit aku jimat betul bulan pose ni. Tak selera nak beli makanan yang tah hape-hape. Lagi pulak mak aku masak. Kalau dah mak yang masak tu tau2 je la. Sardin pun sodap. Biasanya pas makan nasi aku dah tak lalu nak makan makanan lain.

5. Tahun ni aku tak dapat kurma percuma macam tahun lepas. Orang opis aku sume dapat. Aku je yang tak dapat. Sungguh tak adil. Kurma tu sedap.

6. Setakat ni baru 3 kali aku buka puasa kat luar. Selebihnya makan di rumah saje.

7. Aku belum ade selera nak beli baju raya ke apa. Tak tau lagi nak buat baju raya kaler apa tahun ni. Bukan aku je, seluruh ahli keluarga aku belum buat baju raya.

8. Kuih raya pun takde. Aku tak tempah pun. Nak buat lagilah malas kan walaupun aku memang berbakat buat biskut raya ni. Tapi, penyakit M aku macam dah sebati dalam diri.

9. Ramadhan kali ni best sebab cuaca asik mendung je. Tak panas langsung. Alhamdulilah.

10. Tahun ni ex student DSK Poli PD nak wat majlis buka puasa beramai-ramai. Ala-ala reunion gitu. Tah jadi tah tidak.

11. Hubungan keluarga bertambah erat sebab tv rumah aku dah rosak. Jadi, lepas berbuka aktiviti yang boleh dilakukan hanyalah berbual2 sesama ahli keluarga. Bagus betul. Kepada keluarga yang mengalami masalah kerenggangan hubungan boleh lah rosakkan tv yer.

Itu saje untuk siaran kali ni. Jumpa lagi di lain hari. Bye.

Er, ade tambahan satu lagi

12. Puasa tahun ni jugak takde orang sms aku ucap 'selamat bersahur sayang' or 'selamat berbuka laling'..takde jugak orang antokan bubur mcd tuk sahur. Huhu.. (nak jugak letak yang ini)