Tuesday, October 27, 2009

10.

Antara perkara-perkara yang boleh menggembirakan hati aku;

1. Bukak akaun dan tengok ade sejumlah wang yang tidak disangka2 dikreditkan ke akaun aku.

2. Bos msg pagi2 cakap "Saya terpaksa cuti hari ni sebab bawa anak ke klinik....bla..bla..bla.."

3. Peti ais penuh dengan makanan.

4. Menonton filem comedy romantic with happy ending

5. Karaoke dengan kawan-kawan

6. Bermalas-malasan di rumah sambil update facebook dan blog

7. Shopping tanpa rasa bersalah

8. Terima hadiah.

9. Kipas bilik aku berpusing dengan lajunya (sebab baru bersihkan)

and lastly

10. Masuk opis tetiba ada sejambak bunga atas meja.



Hohoho. What a suprise. Selama ni dok berangan-angan orang kirim bunga kat opis, sekali betul-betul ada. Ehee, terkesima kejap. Walaupun aku tak berapa suka dengan bunga (sebab aku akan rasa sedih bila tengok bunga tu layu) tapi still rasa happy bila ada orang kirim bunga kat aku.

Ini kali kedua dalam hidup aku, aku terima kiriman bunga. Kali pertama tiga tahun lepas kot. Ada aku letak dalam entry ini. Masa tu aku terima 3 kuntum je. Kalau 3 kuntum maksunya I LOVE U. Kali ni aku dapat 6 kuntum. So maksudnya apa yer?? I LOVE YOU FOREVER AND EVER?? Hehe.

Monday, October 19, 2009

Si Soleh dan Solehah

Jika mahu mendapatkan yang SOLEH,
Kurangkan agenda mencari si SOLEH,
Tetapi berusahalah menjadi yang SOLEHAH

Jika inginkan yang SOLEHAH,
Janganlah cerewet mencari yang SOLEHAH,
Tetapi berusalah menjadi yang SOLEH

Bertemu dengan SOLEHAH, solehahnya belum tentu kekal.
Bertemu yang SOLEH, solehnya boleh berubah.
Kerana si SOLEH dan SOLEHAH adalah insan biasa


Cinta adalah sebahagian daripada proses MENJADI, bukan MENCARI.


Ada orang pernah cakap kat aku, cinta takkan dapat kalau tak mencari, cinta takkan dapat kalau tak memberi. Tapi, aku pulak berfikiran sebaliknya. Bukan maksud aku dah putus asa dalam pencarian cinta, tapi pada aku walau sebanyak mana pun kita mencari dan memberi, tapi, akhirnya cinta tu akan hadir dengan sendiri tanpa kita sedari. Datang secara tiba-tiba dalam keadaan yang kita tak sangka. Well, life is full of suprise kan? Walaupun secara jujurnya aku tak berapa suka dengan suprise sebab aku tak suka suka terkejut, tapi harus aku akui jugak kadang-kadang kejutan itu membahagiakan. :-)


Love is all about chemistry. Dan tak dengan semua orang kita boleh rasa chemistry. Chemistry ni..erm susah aku nak terangkan. Tapi, dia macam rasa seolah-olah kita dah lama kenal seseorang tu walaupun hakikatnya baru pertama kali jumpa. Ataupun, seseorang yang kita boleh berbicara tentang apa saja dengan dia. Cinta boleh datang dengan dua cara. Cara pertama adalah ketika bertemu dengan seseorang dan secara tiba-tiba jatuh cinta baik secara fizikal ataupun tidak. Boleh dikatakan 'dari mata turun ke hati' ataupun 'cinta pandang pertama'. Cara kedua pulak jatuh cinta secara proses. Jatuh cinta kerana terbiasa. Sering bertemu, sering berinteraksi atau sering melakukan hal bersama. Maksudnya jatuh cinta setelah mengenal hati budi masing-masing. Tapi, secara jujurnya aku lebih suka jatuh cinta melalui cara yang pertama. Sebab pada aku cinta pandang pertama lebih telus dan ikhlas kerana kita jatuh cinta tanpa sebab. Perasaan tu macam 'kuch kuch hota hai' jugak lah. When it happens, it happens.


Cinta itu tidak bersyarat, kalau cinta kita bersyarat maknanya kita tak bisa mencinta dengan ikhlas. Aku tak setuju dengan sesetngah orang yang meletakkan syarat itu ini dalam memilih pasangan. Memang hal itu penting tapi, boleh membuat kita menjadi seorang yang pemilih dan terbeban dengan segala syarat yang kita letakkan sendiri. Sebenarnya bila kita mula mencintai seseorang, kita dah tak peduli dah dengan syarat yang kita buat. Kadang-kadang orang yang kita cinta tu langsung takde ciri-ciri yang kita senaraikan tu. Sebaliknya kita yang berusaha untuk menjadi yang terbaik kepada dia.
.
.
.
.
.
.
.
.
Er, tetiba aku rasa tak boleh nak teruskan entry ni sebab rasa nak termuntah ngan ayat sendiri. Poyo nak mampus. Hahahaha. Sambung lenkali la beb.


p/s : Entry kali ni takde kena mengena ngan love life aku. Walaupun mood aku 'dilamun cinta', tapi aku masih keliru dengan beberapa perkara. Takpe, aku mengambil pendekatan, time will change everything. Ok la korang. Jumpa lagi. Sebelum tu terima pesanan penaja : CINTAILAH SESEORANG DENGAN IKHLAS. HANYA KEIKHLASAN MAMPU KEKAL LAMA. Eceh. Nak poyo jugak tu. WTF. Hahahaha.


Sunday, October 4, 2009

This Is Just A Beginning


Akhirnya berjaya jugak aku melaksanakan salah satu daripada azam aku.
Walaupun weekend ini adalah weekend malas + takde semangat punya weekend,
tapi berjaya aku aku pergi jogging walaupun dapat satu round je.
Jadilah untuk permulaan kan.




Tengok la si kecik tu. Bersungguh-sungguh lari.
Siap ejek2 aku cakap "angah kalah...angah kalah"

Tapi, kesudahannya
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Kalau aku jogging atas niat nak kurus,
konpom 5 kali pergi jogging mcm ni aku dah boleh kurus.
Hampeh ko sarah!!



Esok pergi jogging lagi.
Mungkin dapat 2-3 round.
Sape nak join??

Thursday, October 1, 2009

Mari Kita Berazam...Yeah!!!

Aku punya azam tak kira masa. Asal aku rasa nak berazam je, aku akan buat. Tak payah tunggu tahun baru. Sebabnya jarang-jarang aku punya azam akan tertunai. Tapi, kali ni aku bertekad. Cuba sehabis baik!!! (sambil menumbuk meja)


Azam Lepas Raya

1. Nak puasa setiap hari Isnin & Khamis. (harap-harap kuatlah iman aku nak menahan godaan syaiton!!). Bak kata member aku "Puasa di bulan Ramadhan pun ko malas, inikan pula puasa di bulan lain" :-p

2. Jogging seminggu dua kali. (Semangat beli kasut ngan baju jogging yang akhirnya tersimpan elok dalam almari...haih!!)

3. Berjanji dengan sepenuh hati untuk tidak di waktu senja. Ni habit aku dari dulu, kini dan selamanya. Balik kerja je, tilam, bantal peluk, selimut sume dah memanggil2. Stop kejap bulan puasa sebab nak berbuka puasa kan waktu senja.

4. Berjanji untuk menahan diri dari membazirkan duit dengan bershopping. Samada di alam realiti mahupun shopping online! Tolong la jauhkan segala website ebay, lowyat.net, style2info dan segala macam blogsop dari hidup aku. Almari aku penuh dengan baju2 yang tak pernah dipakai. Tau tak mana-mana yang boleh aku sedekahkan baju2 aku??

5. Kuatkan semangat untuk aku belajar bahasa inggeris dan bahasa jepun. (Ni cito2 den lamo dah sebenornya, tapi asal bukak buku je, mato den ni ha macam digam2 la pulak.) Aku dah usha dah kursus2 percuma tuk belajar bahasa. Harap-harap permohonan aku lulus la gamaknya.

6. Belajar untuk menabung. At least dalam simpan RM 50 sebulan pun ok kan. Ni tak, sepanjang aku kerja 5 tahun ni, 5 sen pun aku takde simpan. Sebab aku berpegang pada kata-kata "berbelanjalah kamu seolah-olah kamu akan mati keesokan harinya. duit bukan boleh bawak masuk kubur" hihihihi.

7. Belajar mengawal kemarahan.

8. Belajar untuk senyum. Orang kata muka aku muka tak senyum. Masam je sepanjang masa, muka garang, sombong, bla..bla..bla.. ye la ye la aku tau muka aku memang camtu. Pasni aku belajar la tuk senyum. Senyum la, senyum la ahai cek mek molek. Lalalala

9. Belajar tido awal. Sebelum kul 11 mesti dah tido. (Apehal dah kul 11.44 aku dok depan pc lagi nie..)


Azam tu semua akan ku laksanakan start minggu depan. Berjaya atau tidak hanya aku yang mampu menentukannya. It's in your hand!! Yakin boleh cujen!!!!



GAMBATE!!!!!!!!