Monday, November 30, 2009

Monday Again.

Date : 30 November 2009
Time : 3.57 p.m
Location : Rumahku Syurgaku.

Hoho. Apa yang aku buat di rumah ar waktu2 begini? Bukan sepatutnya aku ada kat opis ke sekarang, sibuk menaip surat, menjawab telefon atau berfacebook? (^_^). Jawapannya mestilah aku tak kerja hari ni. Punyalah semangat iron baju petang semalam. Konon-konon tak mau sampai lambat di opis. Sudahnya, tercoti jugak ini hari. Er, bos saya cuti jadi saya pun cuti jugak. Sorry bos, tak sempat nak isi borang cuti ari tu. Esok saya isi yer. Mekacih.


berblogging sambil menikmati air sedap. ^_^


Huargghh, apa nak buat ni? Aku kebosanan di rumah. Adik beradik lain sume keluar pergi borpoya2, mandi manda di Wet World. Berani diorg tinggalkan kakak diorg yang comel ni. Ciss!! Er, salah aku jugak balik lewat. Kalau balik awal sikit boleh jugak ikut. Huk..huk..huk...cedih2.

Oh, rentetean dari entry semalam, ade orang request nak tengok gambar bilik selepas di makeover. Memandangkan aku rajin dan takde kerja hari ni, aku post la jugak gambar-gambarnya. Actually, gambar sebelum ni aku dah amek dua tiga hari lepas, so takdelah teruk sangat sampai laundry beg pun ada atas katil. Hehe. Tapi kamera adik aku bawak pulak. Dan gambar semalam tu snap sebelum start mengemas. So, here's the pic.



Sebelum





Selepas




Itulah cadar yang sepatutnya aku gunakan tuk bilik pengantin aku. Tapi, disebabkan tak jadi kawen, aku guna je kat bilik aku. Ok, lupakan cerita lama. (~_~).

Actually, bilik aku belum sepenuhnya di make over. Banyak lagi aku nak make over. Lam kepala ni macam-macam idea kreatip aku nak buat, cuma kdudukan kewangan dan keadaan je tak mengizinkan. Tengoklah nanti, bila mak aku dah dok kampung semula and aku tinggal solo kat sini, mungkin aku akan start make over bilikku syurgaku. Satu lagi, sebenarnya aku tak berapa suka decoration bilik aku sekarang, rasa macam makcik2. Aku suka bilik yang funky, berwarna-warni dan messy sket2, barulah nampak bujang. Takpe, rumah aku ade tiga bilik. Lepas ni semua bilik tu jadi hak milik aku sepenuhnya. Tunggu je la apa aku nak buat dengan bilik tu semua. Huhhhu.. Ikea, here i come (^_^).

Sunday, November 29, 2009

Adegan Yang Hanya Dapat Dilihat Di Bilik Aku.


Masyaallah. Ini bilik ke sarang tenuk?

Kain baju sepah sana sini. Dengan laundry beg pun ada atas katil. Isk.Isk.Isk. Bilik anak dara sapa la ni.

Bayangkanlah, tempat nak lalu pun takde. Tempat tido apatah lagi. Setiap kali nak tido, aku humban semua ke bawah, pastu terus tido tanpa rasa bersalah. Huahahaha. Apakan daya, aku hanya insan biasa yang kadang2 datang jugak dia punya malas tu. ^_^.

Akhirnya, hari kesedaran aku tu muncul jugak. Hari ni, hantu rajin apa tah yang merasuk aku; bangun2 je tido lepas makan roti sekeping dan nescafe separuh gelas (tak sempat nak habiskan sebab dah masuk semut. Cilako punya semut), aku terus memulakan aktivi mengemas sarang tenuk. Hihihi. lama gile beb, dari kul 2 petang sampai la kul 8 malam. Abis je mengemas, aku terus mandi pastu terus keluar gi beli makanan kucing. Masa drive nak pergi petronas tu, tetiba aku rasa cam kaki aku menggigil2. Barulah aku sedar rupanya aku tak makan lagi. Isk, patutlah menggigil. Ingat kena penyakit parkinson tadi.

Balik je dari petronas, tanpa berlengah, terus amek lesung batu, cili api segenggam, bawang putih, bawang merah dan tumbuk sampai lumat! Lepas tu, dengan lajunya amek periuk, letak minyak sket, tumis bahan2 tadi. Kemudian, letak air semangkuk. Lepas tu baru lah aku keluarkan MAGGI. Hihihi. Sekali aku masak maggi je. Aku dah lapo, takde maknanya nak masak best2. Mee maggi cepat dimasak sedap dimakan. Ehee. Sementara menunggu maggi aku sejuk, aku update la blog ni. Hihihi.




Er, maggi aku dah sejuk la. Gua chow dulu.

Tata.


p/s : aku baru je bela anak kucing. jumpa anak kucing berkeliaran tak tantu arah kat area apartment aku. kesian punya pasal, terus aku bawak balik rumah. Nanti aku update pasal anak kucing tu ye. :-)

Wednesday, November 25, 2009

Hemo Hemo.

Kau kata aku sombong.
Kau kata aku berlagak.
Kau kata muka aku macam sial.
Kau kata aku tak pandai bercampur ngan orang.
Kau kata aku perasan lawa.
Kau kata aku banyak skandal.
Kau kata aku menggedik.
Kau kata aku tak reti buat kerja.
Kau kata KAU TAK SUKA AKU.

Tapi, apa yang aku pelik kenapa kau masih sibuk nak add aku kat Facebook, sibuk baca blog aku, sibuk nak tengok gambar2 aku, sibuk nak tau aku keluar dengan siapa, sibuk nak tau aku dah ade boyfriend ke belum, sibuk nak tau aku pergi mana, sibuk nak tengok pakwe aku hensem ke tak dan sibuk bercerita perihal aku kat kawan -kawan ko yang lain.

Orang kata, orang kata tau bukan aku yang kata. Kalau kita suka kat seseorang tu, semua pasal dia kita nak tau. Kalau kita suka seseorang tu, mulut kita ni tak henti2 nak cerita pasal dia. Owh, adakah itu tandanya yang ko sangat sukakan aku lebih dari segala-galanya? Adakah itu tandanya ko terlalu mengagumi aku sehinggakan ko tak henti2 nak bercerita pasal aku? Tapi, takpelah kalau kau malu nak mengaku. Hakikatnya ko sendiri yang tau.

Dan aku akan tetap begini. Samada ko suka atau tidak.

Bai babi.

Thursday, November 19, 2009

Mati Itu Pasti, Hidup Belum Tentu.

"I baru sampai KL dari KK. My Mom call, bapak i dah tak ada. I balik KK subuh ni"

Malam kelmarin aku terima sms tu dari someone yang sangat closed dengan aku. Secara jujurnya aku tak terkejut dengan berita tu sebab sebelum ni pun memang bapak dia dah sakit teruk. Cuma bila dapat sms macam tu, aku macam tak tau nak buat apa. Maksud aku tak tau nak bagi reaksi mcm mana sebab aku bukan jenis org yang reti nak pujuk2 orang atau nak calm down kan org or whatever perkataaan la yang seumpamanya. Aku takut kang salah perkataan, akan buatkan orang tu lagi sedih. Lama jugak aku amek masa nak reply sms tu. Last-last aku reply je mcm ni;

"Al-Fatihah untuk ur father. Takziah untuk u sekeluarga. Banyakkan sabar k. Sorry, my phone already barred. Can't make call and sms."

Memang kebetulan phone aku dah kena barred masa tu and aku reply guna phone adik aku je. Pada pendapat korang, teruk sangat ke bagi jawapan mcm tu. Memandangkan aku boleh dikatakan agak closed la dengan dia. Tapi, entahlah bila tiba bab-bab macam ni, aku jadi tak reti nak handle. Aku bukan jenis org yang reti nak bermulut manis nak ucapkan kata-kata yang boleh sejukkan hati org. Aku memang tak reti. Kalau ada org datang kat aku nangis-nangis, aku rasa aku boleh pandang je kot muka dia. Tapi tu bukan maksud aku takde hati perut atau keras hati. Aku boleh rasa sedih dengan apa yang dia rasa. Tapi, nak memujuk tu bukan aku la. Nak pujuk budak kecik yang tak berakal sangat pun aku tak reti, inikan pula nak pujuk org dah besar panjang.

Mungkin jugak aku bukan jenis orang yang suka dipujuk membuatkan aku tak berapa reti nak pujuk org. Lagipun bila orang pujuk nanti aku jadi makin mengada. Hehe. Tapi, janganlah bila dah buat aku sakit hati terus wat bodoh je. Cukuplah sekadar mohon maaf, dan bagi aku masa untuk bertenang. Aku akan elok dengan sendirinya.

Citer pasal pujuk memujuk ni, kadang-kadang benda tu boleh jugak mendatangkan sakit hati. Ni cerita dari kawan aku yang miscariage after 7 month mengandung. First baby. Nak dijadikan cerita lepas habis pantang dia kembali semula ke opis. Dan biasalah bila kat opis ni ramai la yang akan bertanya. Ucap takziah pe suma. Ok, memang benda tu baik. Menunjukkan keprihatinan kita. Tapi yang tak bestnya bila ada orang yang masih dok sibuk2 tanya "mcm mana boleh jadi gitu?", "sempat tak tengok muka baby?", "nama baby apa?", "lelaki ke perempuan?". Pastu diorang yang tanya tu pulak yang sedih2, nangis2 bagai. Isk, sungguh tak paham. Tau tak, bila kita cakap mcm tu akan buat orang bertambah sedih. Kot ye pun nak tunjukkan keprihatinan, cukuplah sekadar ucap takziah. Tak payah la nak bersyair, bergurindam bagai. Pastu yang lagi baghal, siap leh tanya "sedih tak?" Bodoh punya soalah daa..Kalau aku la kena mcm tu, pastu org leh tanya aku sedih ke tak memang aku bagi terajang jek. Sebab tu la aku tak berapa gemar orang pujuk aku bila aku ngah sedih. Dan aku pun tak berapa gemar nak pujuk orang sebab aku takut aku tersalah cakap.

Andai kata satu hari nanti aku datang kat korang dalam keadaan sedih, menangis, meraung, melolong ke, apa yang aku perlukan ketika itu hanyalah bahu kamu dan peluklah aku tanpa ucapkan apa-apa pun. Itu sudah memadai. :-)


Thursday, November 12, 2009

Ku Ingin Kamu



Demi semua yang aku jalani bersamamu
Ku ingin kau jadi milikku
Ku ingin kau disampingku

Tanpa dirimu ku
Hanya manusia tanpa cinta
Dan hanya dirimu yang bisa
Membawa surga dalam hatiku

Ku ingin engkau menjadi milikku
Aku akan mencintaimu
Menjagamu selama hidupku
Dan aku kan berjanji
Hanya kaulah yang kusayangi
Ku akan setia disini
Menemani...

Sentuhanmu
Bagaikan tangan sang dewi cinta
Yang berhiaskan bunga asmara
Dan membuatku tak kuasa

Ku ingin engkau menjadi milikku
Aku akan mencintaimu
Menjagamu selama hidupku
Dan aku kan berjanji
Hanya kaulah yang kusayangi
Ku akan setia disini
Menemani...

Di setiap alir darahku
Tersimpan di hati kecilku
Bahwa dirimu terindah untukku

Ku ingin engkau menjadi milikku
Aku akan mencintaimu
Menjagamu selama hidupku
Dan aku kan berjanji
Hanya kaulah yang kusayangi
Ku akan setia disini
Menemani...

Selama ku masih bisa bertahan
Selama ku masih bisa bernafas
Selama Tuhan masih mengizinkan
Ku ingin selalu menjagamu

Selama ku masih bisa bertahan
Selama ku masih bisa bernafas



U WILL NEVER KNOW HOW MUCH I WANT YOU IN MY LIFE.


Cujen The Lejen.
Thursday.
12.11.209.
1.28 p.m

Wednesday, November 11, 2009

Let's Enjoy The Show!!

Kembali bekerje setelah MC satu hari. Semalam aku tak kerja. Pagi-pagi dalam kul 8 tu aku dah sms bos aku. "Bos, i tak dapat pergi keje hari ni. Tak berapa sihat". Biasanya memang bos aku tak reply msg aku. Biasalah, diam tanda setuju kan. Tapi, pagi ni tetiba dia reply pulak. "Aik, semalam saya tengok ok je". Hohoho. Teruja jugak aku sebab bos aku dah pandai balas sms aku. Aku pun reply balik, "Period pain ni memang selalu datang secara tiba-tiba". Hahaha, berani betul aku balas kat bos aku mcm tu. Yang pastinya bos aku tak reply dah lepas tu. Isk, bos ni tak paham-paham biasalah orang pompuan ni kan macam-macam sakitnya. Nak buat macam mana, terima je la hakikatnya. ^_^. Tapi, sebab apa aku MC semalam biarlah aku je yang tau sebabnya. Yang penting aku pergi klinik dan dapat MC. Yay!! Ala, korang ni macam tak biasa je. Er, sekali bos aku adalah pembaca tegar blog aku. Mampus aku. Tapi, bos aku tau ke blog2 ni? Hihihi. Hai, bos!

Apa la yang aku nak cerita kat blog aku ni. Baru aku perasan la sekarang ni aku jarang update blog. Bukan aku je, aku perasan kawan2 aku pun jarang dah memblog. Apesar ar?? Update la weh. Aku boring gila kat opis tak tau nak buat apa. Dapat baca blog orang best jugak. Yer la, setiap orang punya cerita yang berbeza kan? Kadang2 boleh dapat pengalaman melalui blog orang. Kan kan? Tapi, aku sendiri malas nak update. Hehe. Aku sekarang ni bz. Sejak dah bukak cafe ni, takde masa nak memblog. Asik nak jengah cafe je. Tapi, sekarang ni cafe aku tak boleh bukak. Geramnye!!!! Mesti makanan yang aku masak semalam dah basi. Arghhh... rugi2. Baru plan nak kompol duit, nak besarkan lagi cafe aku tu. Haish!!

Tengok la tu, stuck sampai 68% tu je. Geramnye aku!!




Ok, abaikan.

Ahad lepas kan aku tengok cerita ni.



Best jugak la ceritanya walaupun agak lembap. Dah genre filem ni pun drama and romantic. Haruslah slow kan. Tapi takpe. Aku memang suka filem-filem romantic macam ni. Feeling je bila tengok. Hehe. Sape yang belum tengok cerita ni, disarankan la tengok. Cerita pasal seorang lelaki yang ada kelebihan merentasi masa. Dia boleh pergi ke masa silam dan masa akan datang. Tapi, dia tak boleh pilih tempat dan masa. Cuma tiba-tiba dia akan hilang, lepas tu bangun2 je ada kat tempat lain. Cerita jadi dramatik bila dia tetiba dapat tau bila dia akan mati dan macam mana cara dia mati. Alamak, terspoilkan pulak. Hihi. Sorry la kepada sesape yang plan nak tengok cerita tu. Ok la, kalau nak tau lebih lanjut pergilah menonton ini pilem.

Tetiba aku terfikir. Best ke ar kalau kita dapat merentasi masa? Kalau kita boleh balik ke zaman silam pun, apa yang kita boleh buat? Ubah sejarah? Hmm...sebenarnya walapun kita dapat kembali ke zaman silam tapi kita tetap tak boleh ubah sejarah. Dan kalau kita dapat melihat masa depan pun bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Best ke bila kita boleh tau apa kita akan jadi, dengan siapa kita akan kawen, berapa anak kita ada, bila kita akan mati, macam mana cara kita akan mati. Hmm.. sebenarnya mengetahui masa depan tu adalah sesuatu yang menakutkan. Biarlah aku tak tau apa akan jadi seterusnya. Yang penting aku buat yang terbaik untuk hari ni, dan menikmati hidup kita sepenuhnya. Kan?

"Aku tak mampu merubah masa silam dan juga tak mampu meramal masa depan. Lantas, mengapa harus aku menyesali masa silam dan merasa bimbang akan masa depan?"

Dah dua kali aku ulang ayat ni. Tapi, sebenarnya aku masih dok kenang2 benda yang dah lalu. Susah sebenarnya nak buang kenangan-kenangan lama ni. Benda dah terpahat dalam kepala otak, bukan boleh buang macam tu je. Kalau la otak aku ni boleh format balik, nak je aku format semula. Buang semua benda2 tak pakai yang menyesakkan kepala. Hakikatnya, mestilah tak boleh. So, apa yang aku boleh buat??

KITA ENJOY!!!!



Alamak, hari ni 11.11.2009 la. Dua tahun dari sekarang, Huhuhu. ^_^

Thursday, November 5, 2009

Wednesday, November 4, 2009

Setiap Malam Adalah Malam Pertama... Awww

Ok ok jangan salah paham dengan tajuk di atas. Itu adalah tagline untuk ini;


Hari ni aku dengan baik hatinya nak share kat korang barang baikkkk punya. Haha. Kenapa aku cakap barang baik?? Sebab aku dah menggunakan produk ni dan terbukti keberkesanannya kat aku. Jadi apa salahnya aku share kan benda2 baik kan. Sharing is Caring. :-)

Ok kita mulakan dengan iklan dulu.

Iklan dimulakan dengan gambaran seorang lelaki memandu kereta dalam keadaan tergesa-gesa pulang ke rumah. Sesekali memandang jam di tangan. (dah tak sabar nak sampai rumah agaknya). Di satu sudut lain pulak, digambarkan seorang wanita sedang meminum minuman tenaga "KACIP FATIMAH". Lepas minum pandang cermin bajet cam lawa. Tak lama kemudian lelaki yang tergesa-gesa memandu tu pun sampai rumah (sib baik tak eksiden). "Sayang, abang dah balik ni". Wanita tu pun sambut dengan kata-kata "Sayang di bilik nie". Adegan seterusnya di simbolikan dengan gambar rumah je pastu hanya kedengaran bunyi tapak kaki lelaki panjat tangga agaknya. Pastu lampu di bilik pun padam. Hahahaha. WTF. Ape relevannya minuman kacip fatimah tadi dengan lampu bilik terpadam tu? Apa, minuman tenaga ni boleh minum time nak buat sex je? Er, ke aku yang cetek akal. Mungkin lampu terpadam tu simbolik kepada : Kami dah nak tido ni. Selamat malam. Haish, kadang-kadang aku tergelak sendiri tengok iklan-iklan ni. Macam-macam cara buat untuk tarik pembeli.

Isk, panjang pulak iklan aku ni. Kepada sesiapa yang belum pernah tangok iklan tu, boleh la tengok kat sini yer : IKLAN KACIP FATIMAH. Er, sebenarnya iklan tu takde kena mengena pun ngan entry ni. Saje je aku letak sini. Nama pun iklan kan.


Ok, mari kita teruskan dengan entry ini. Bagi perhatian ye adik-adik, akak-akak.

Aku start gunakan produk ni setahun yang lepas. Itu pun secara tak sengaja je. Memandangkan aku ni mengamalkan gaya hidup yang aktif, maka sangat lah penting untuk aku mengambil supplement-supplement tertentu bagi memastikan aku sentiasa kekal cergas dan cantik. Yer, selain cergas, kecantikan itu amat penting bagi aku. Biarlah orang kata aku tak cantik, hidung macam singa ke, takpe...yang penting aku konfiden. Hahaha. Ok,cukup. Kita teruskan semula. Serius la cujen!!

Sebelum start amek supplement ni, aku wat research dulu. Mana la kot-kot ada side effect ke bila makan produk ni. Bukan leh caya sangat produk2 macam ni. Kualiti belum tentu lagi, yang penting bisnes masyuk. Kang tak pasal-pasal aku masuk spital takpun kang kojol terus. Isk, bahaye ni. So, aku pun memulakan la usaha mencari info. Macam biasa la kalau info-info macam ni aku suka cari dekat forum CARI.COM.MY. Dekat board Petua Kecantikan dan Fesyen. Kat situ info pasal macam-macam produk ada. Korang pandai2 la search ok. Setelah berpuas hati dengan info2 yang diberikan ditambah pulak ada rekemen dari housemate aku masa tu, maka aku pun tanpa ragu-ragu telah membeli sebotol Bidadari ni. Start dari itu bermulalah kehidupan aku sebagai bidadari. ^_^

Setelah hampir setahun mengamalkan bidadari ni, boleh la aku buat satu kesimpulan yang bidadari ni memang betul-betul HO LIAU. Apa maksud ho liau tu pun aku tak tau. Tapi, kalau tengok gaya iklan tu maksudnya lebih kurang BESSTT la kot. Kenapa aku kata best? Ok, ni adalah sebab-sebabnya. Dari sudut pandangan aku. Diulangi lagi, dari sudut pandangan aku.

KENAPA SAYA SUKA PRODUK BIDADARI

1. Aku suka dia nye rasa. Sedap. Tak macam sesetengah jamu yang lain. Bau je nak buat aku termuntah. Apatah lagi nak telan. Tapi bidadari ni lain. Rasa bidadari ni macam madu + kurma. Siyes sedap. Rasa sekali nak dua kali. Rasa dua kali nak empat kali. Hahaha.

2. Senang nak makan. Bidadari ni dalam bentuk cecair. Macam scott emulsion tu. Tuang je lam sudu (sudu plastik je tau!) pastu telan. Cepat dan mudah. Kadang-kadang kalau aku tak jumpa sudu plastik aku tuang je lam penutup botol bidadari tu. Sebab penutup botol tu pun plastik jugak. Kan senang. Tak perlu nak bancuh2. Masak air ke, nak shake ke ape. Maklumlah aku ni kan busywomen, mana ada masa nak buat benda remeh temeh camtu. Lagi pulak pagi-pagi selalu nak cepat je. Kalau makan mende2 yang perlu nak bancuh tu kan amek masa. Buatnya air tumpah atas baju ke. Isk. Leceh. Leceh.

Dari dua sebab di atas, tagline baru yang boleh dibuat ialah Bidadari : Pantas dan Sedapppp.

Sambung balik.

3. Sejak mengamalkan bidadari ni, aku kurang rasa mengantuk kat opis. Sentiasa segar je mata aku ni even kalau aku tido lewat jam 2-3 pagi sekalipun. Orang bujang + muda + single macam aku ni kadang2 banyak pulak aktiviti malamnya. Ada je kawan-kawan ajak pergi berhibur. Karaoke la, tengok wayang la, lepak kedai mamak ke. Tau-tau je la bila dah buat aktiviti tu malam2, konpom la balik lewat kan. Paling awal pun sampai rumah kul 11, 12 malam. Kalau dulu, balik time2 macam tu konpom la jugak aku akan tersengguk2 kat opis. Tapi, sekarang tidak lagi! (buat senyum keji).

4. Aku sentiasa je bertenaga. Ceh, lain macam je bila aku cakap bertenaga tu kan. Maksudnya di sini, aku takdelah rasa lemau je. Biasalah bila kat opis sejuk2 macam ni, ditambah pulak time2 takde kerja tu. Dah la exercise pun takde. Mesti la badan pun lemau kan. Tapi, dengan bidadari takde lagi perkataan lemau tu dalam kamus hidup aku. Kat opis tu setakat naik tanga dari tingat 1 sampai 8 setiap pagi selamba je aku. Pastu petang pergi jogging lagi. Malam pulak aktiviti hiburan dengan kawan-kawan. Kalau takde tenaga, tak larat nak buat semua tu nokk. Tapi jangan la sampai takde rehat. Dok pk bidadari ni bagi tenaga, korang pun bantai bidadari sebotol nak cover tenaga korang tu. Isk, tu nak bunuh diri namanya. Kenalah jugak amalkan rehat yang secukupnya ok.

5. Kulit jadi licin dan halus. Tapi, takdelah lepas je telan bidadari tu, kulit korang yang gelap serta merta bertukar jadi cerah atau jerawat korang serta merta hilang sekelip mata. Maksud aku kat sini kulit korang takde la rasa kasar. Jerawat pun kurang naik. Tapi, jerawat aku time period naik jugak. Benci betol!!

6. Time period aku dah takde delay2 lagi dah. Kalau delay pun 2-3 hari je la. Tapi, biasanya period aku berjalan dengan lancarnya.

Rasanya setakat tu je testismonial yang boleh aku ceritakan kat sini. Testimonial ini dari pengamal bidadari yang masih belum berkahwin. Mungkin orang dah kahwin lain sket effect nye. Sebabnya bidadari ni ada macam-macam khasiat. Kalau korang nak tau, baca je la kat forum cari yang aku dah bagi siap2 link kat atas tu.

Tapi, nak inform sikit kat sini. Bidadari ni sape2 pun leh amek. Selagi namanya pompuan, kalau nak amalkan boleh je. Tak semestinya orang dah kawen je leh amek. Tapi, ada 3 golongan yang dilarang keras mengambil bidadari ni. Golongan itu ialah : LELAKI, WANITA YANG MENGANDUNG dan WANITA YANG SEDANG PERIOD. Time period je tak boleh, lepas dan sebelum tu boleh jek. Jadi, golongan2 di atas jangan pulak memandai2 nak cuba k especially golongan lelaki. Kang lain pulak jadinya. Hehe. Lagi satu time nak minum bidadari tu, jangan pakai sudu besi tau. Sebab kandungan bidadari ni ada termasuk madu. Kang hilang pulak zat-zat bidadari tu. Pastu jangan mengada2 nak letak bidadari ni dekat2 dengan peti ais atau kat tempat2 yang boleh mengalirkan letrik. Sebab produk ni berasaskan homeopati.

Sesiapa yang berminat nak kan bidadari ni boleh la cari kat kiosk2 berhampiran. Bersepah orang jual. Harga pun tak mahal. 53 hengget je. Bolah tahan tuk sebulan. Apalah sangat 53 hengget sebulan tu kalau nak dibandingkan dengan khasiat-khasiat yang korang leh dapat. Berita baik untuk mereka yang tinggal di Putrajaya. Ada kawan aku ni jadi ahli. Pengedar untk barang2 DCL ni (termasuk la bidadari). Ni blog dia --- >KEDAI 4 ALL. Kat situ ada no phone dia. Kalau korang nak, call je dia. Nanti dia akan hantarkan kat korang. Tapi, untuk warga Putrajaya saje.

Aku tak join pun ahli bagai. Saje je promote kat korang barang baikk. Tapi, tak semestinya yang baik untuk aku tu, baik untuk korang jugak. Nak cuba boleh lah. Tak salah kan??

Selamat mencuba kawan-kawan.

:-P


p/s : tadi kan lepas member aku hantar bidadari ni, aku letak la atas meja aku. pastu aku kuar g antar surat. masa nak masuk balik bilik dari jauh aku nampak bos aku dok belek2 bidadari ni. ai bos, nak belikan tuk bini ke? hihihi


Sunday, November 1, 2009

Bila Kehendak Mengatasi Keperluan

Sebahagian dari koleksi kasut aku.

Perempuan dengan kasut ibarat irama dan lagu. Memang tak dapat dipisahkan. (bukan dengan kasut je, dengan handbag, makeup, baju dan ah macam-macam lah orang pompuan ni). Aku pun macam tu jugak. Tu baru sebahagian dari kasut-kasut aku. Ada lagi aku tinggalkan dalam kereta untuk standby. Senang kalau nak kemana-mana.

Kadang-kadang aku pun tak paham dengan diri sendiri. Kaki ada sepasang je tapi kasut masyaallah.. berpuluh2 pasang. Kadang tu kasut yang aku beli bukan dipakai pun. Adalah sekali dua pakai, pastu simpan. Jenis aku pulak, aku kalau dah selesa dengan satu kasut tu memang aku akan lenjan yang tu je la. Wat masa sekarang, dua kasut ni yang jadi feveret aku ;


Tumit haruslah 4 inci nok. Aku tak reti pakai kasut rendah2 ni. Rasa tak konfiden, maklumlah aku kan pendek.

Ada orang pelik tengok aku pakai kasut tinggi2 ni. Tak sakit kaki ke pakai kasut tinggi2, tahan pulak tu dari pagi sampai petang. Prinsip aku, biar sakit asal bergaya. Hahaha. takde lah, sebenarnya kalau ko dah biasa pakai kasut tumit tinggi, dah tak rasa apa. Rasa cam biasa je. Tapi, kalau aku memang dah plan nak wat aktiviti yang banyak berjalan macam shoping ke ape, aku pakai selipar je. Lebih selesa dan senang nanti nak try kasut baru pulak. Haha. Tapi, aku jarang beli kasut kat kedai-kedai kasut ni sebab banyak tak menepati citarasa aku. Aku suka kasut yang tumit nya halus dan kurang-kurang 3 inci ke atas. Tapi, kedai kasut kat Malaysia ni banyak yang tumit 2 inci je. Kalau ade pun yang tinggi2 kat kedai yang mahal2. Guess atau Aldo. Aku manalah mampu. Kalau mampu pun boleh beli sepasang je. Mana cukup. Hihi ;p

So, sekarang ni aku lebih selesa shopping online je. Banyak blogshop2 yang jual kasut sekarang ni. Cantik dan murah. Antara blogshop yang menjadi feveret aku;


Tak silap aku dah 2,3 pasang jugak la aku beli from blogshop ni. Kasut diorg memang cantik dan sesuai ngan citarasa aku. Yang paling best lagi, diorg ni selalu update blog dengan kasut2 baru. Setiap minggu ade je koleksi2 baru. Korang kalau berminat boleh la singgah situ.

Ada lagi blogshop2 lain yang korang leh jengah. Boleh rambang mata kalau tengok. Sediakan duit je la. Hehe.

Ni pulak kasut2 yang jarang aku pakai atau pakai sekali dua. Kalau ade yang berminat, emel aku k. Mungkin aku boleh jual murah2 je dari dok collect dust je kan. Oh ya, aku pakai kasut size 7.

Sekian dulu untuk kali ni. Jumpa lagi. Tata.