Tuesday, January 19, 2010

Aku Benci Belon.


Kalau nak rasa penerajang maut kaki cagu dan tumit merekah, sila lah bawa belon tu kat aku. Tengok apa jadi.

Siyes beb, aku memang tak suka belon. Sebab aku tak suka rasa terkejut bila belon tu meletop. Tapi kalau belon tu tak meletop pun aku tetap tak suka. Pendek cerita cujen dengan belon ibarat air dengan minyak. Langsung tak ngam. Tak payah susah payah nak satukan diorang. Memang takkan menjadi.

Aku pernah gaduh macam nak perang dunia dengan ex aku disebabkan belon je. Masa tu aku nak keluar dating dengan dia. Macam biasalah, aku kena gi amek dia sebab dia miskin takde kereta. Masa dalam kereta tu, tetiba dia bawak keluar belon yang belum tiup lagi. Aku diam je sebab aku ngah drive kan. Perhatian kepada pemanduan harus ditumpukan sepenuhnya. Aku cakap kat dia, kalau nak main belon ke ape main kat luar. Lepas keluar dari kereta. Tapi dia memang bangsa degil, sengaja nak menganjingkan aku. Dia tiup belon tu depan muka aku. Hoh!! Pantang betul aku kalau orang menganjingkan aku ni. Aku dengan pantas amek belon tu, baling keluar pastu aku langgar laju-laju belon tu sampai penyek. Padan muka!!

Dia tak puas hati ngan aku sebab dia kata dia sayang belon tu. Dia cakap belon kaler merah dengan perkataan HOTLINK macam tu susah nak dapat. Hoh!! Sekali lagi aku panas hati sebab dia kata dia sayang belon tu. Means dia sayang belon tu lebih dari aku la? Cilakak sungguh. Dan perkara tu menyebabkan jalan kat puchong tu sesak sebab kitaorang bergaduh kat tepi jalan. Tah berapa ramai yang menyumpah kat kitaorg pun aku tak tau la.

Kejadian tu menyebabkan tahap kebencian aku kat belon makin menjadi2. Sampai sekarang aku dendam dengan belon. Aku benci kau belon!!

5 comments:

  1. Salam Cujen
    Tang benci belon tu saya tak kisah sangat sbb setiap org ada pantang larangnya yang tersendiri. Tapi tang kutuk bf miskin takde kereta tu yang agak melucukan dan dalam masa yang sama mcm lepas geram kat bf aje.
    Apa pun yang bf tu mcm sengal je. Tak matang lagi kut. Jgn cari lg bf yang mcm tu. Kalau tidak, jem lagi la Puchong tu

    ReplyDelete
  2. aisHHh...samPai caMtuH skALi..
    dasAT tUL Ler kO niE...:p :p

    ReplyDelete
  3. patutlah jem haritu, korang gado rupanya.heheheheh

    ReplyDelete
  4. HAHAHA.baiklah, belon2 sekelian cuba alert :) cujen tak suke same skali kamu yeh.hihi

    ReplyDelete
  5. alaaa. tak fun lah mcm ni. i mmg ada satu kawan yg takut belon tau.

    tapi i LOVEEE balloons! :D

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..