Monday, January 4, 2010

Hai 2010!


Tak ada yang menarik menjelang tahun 2010 selain dari berita kenaikan pangkat yang memang dah dijangka dari awal. Lain-lain semua suck. Sambut tahun baru dalam keadaan hati yang sakit dengan perangai ketua keluarga yang tak boleh nak diharapkan. Susah kalau berbicara dengan orang yang tak nak dengar pendapat orang lain. Yang anggap diri sendiri betul, ego tinggi melangit dan tak sedar tanggungjawab sendiri. Keputusan tu, kalau tak menyusahkan orang lain takpelah jugak. Ini tak, seluruh keluarga kena tempias. Cakap lebih-lebih kang dikata si tanggang pulak. Susah betul nak jadi anak solehah. Nasib baik syurga di bawah tapak kaki ibu. Kalau tak, konpom aku dah jadi ahli neraka.




Malam new year berpelesaran di Bukit Bintang memerhati gelagat rakyat Malaysia. Tak sempat pun nak tengok bunga api. Lagipun rasa janggal pulak bila berpeleseran tak tentu hala macam tu. Rasa macam.....argh...mungkinkah sindrom org tua semakin mengampiri aku. Isk. Tahun ni aku dah 26 tahun beb. Gila tua. 4 tahun lagi nak menjangkau usia 30 tahun. Sempat ke cari calon suami sebelum umur 3o? Haih!

Oh ya, 01.01 ari tu jumpa balik my ex fiance yang first tu. After 3 years tak jumpa. Dia teman aku balik kampung. Family aku semua terkejut. Ingat aku dah sambung balik ngan dia. Mak aku pulak beria-ria soh aku rujuk balik. Maklumlah, dulu dia lah menantu pilihan kononnya. Hmm, kadang-kadang apa yang kita nampak mudah tu tak lah semudah yang disangka. Even aku masih sayangkan dia tapi aku akur dengan kehendak takdir. Ada sebab kenapa aku tidak dijodohkan dengan dia. Dan aku belajar terima hakikat itu. ~_~

Itu je yang dapat aku coretkan untuk entry pertama tahun 2010 ni.

Tak terlambat nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU untuk semua.

Dan HAPPY BIRTHDAY untuk mak aku yang sambut ulangtahun kelahiran yang ke 48 pada 01.01.

Dan juga untuk my ex Bawan, yang menyambut ukangtahun kelahiran ke 27 pada 02.01. Tak lupa buat my friend, Cik Ell Elina yang berkongsi tarikh dengan my ex tu.

May God Bless U All.

5 comments:

  1. I rasa kita boleh jadi pasangan lesbian paling understanding !!

    Serious babe. Macam mana entry kita boleh sama nie? We hef the same thought!! (^_^)

    I pn fikir sama mcm u. Bila i kenangkan semula, i berpeleseran rasa cm "apa aku buat nie? mcm takde life while the future is ahead us"

    Sbb tu I x kuar mlm new year. I rs cukup la i merasa hu-ha hu-ha dulu. Now masa utk serious dlm life =) at least berjaya awal, nnt leh story kat anak2 how her mother be a successful person in young age. Kan? Kan? Kan? (^_^)

    Nanti anak dlm penulisan mesti asik tulis "Idolaku - Ibuku" Hahahaha.. sebab dulu i selalu tulis karangan idola mesti ayah. Takde nye nk tulis PM ke TPM ke =P

    Anyway, thanks for the birthday wish!! (^_^) Bile nak hang out sama lagi nie? Chocolate dari Labuan bila nak claim? I nak gi Labuan lagi nie.. second batch of Chocolates is on the way! Hahaha~

    CheerS~!

    ReplyDelete
  2. hei sis cpat2 la kwen. hahaha

    ReplyDelete
  3. kenapa rambut awak lawa sangat? :)

    ReplyDelete
  4. bufday mak aku pun 01.01...
    *soal jodoh bkn bole kite tentukan...kdg2 kite mncari, kite tagih...kite kasih smpi kemati..tp klau bkn jodoh..mng bkn takir untk kite...jgn putus doa..insya-allah psti tuhan mkbulkan sgala hajat kau tu...;)

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..