Monday, January 11, 2010

Kenapa Orang Cakap Hari Insin Tu Monday Blues?

Macam biasa, tajuk tiada kena mengena dengan entry. ^_^

Hari ni baru aku berkesempatan nak update belog kesayangan aku ni. Itu pun update ringkas je sebab entry aku yang panjang berjela tu tak dapat nak dipublishkan lagi sebab gambar2 sokongan belum dapat lagi. Gambar semua banyak dalam kamera En. Syaiful aka Mr Kelly. Semenjak pakai telefon hina yang takde kamera canggih, nafsu nak amek gambar pun jadi terbantut. Aku pulak jenis malas nak bawak kamera. Suka pakai kamera henpon jek. Senang dan cepat. Lagipun leceh la bawak kamera ni. Tiba time bawak beg kecik, dah tak muat nak letak kamera. Kalau pakai henpon kan senang. Sebab henpon adalah perkara perkara wajib yang perlu di bawa kemana-mana. Betul tak? Eh, kenapa pulak mesti nak elobrate pasal gambar ni panjang2? Entry ringkas konon. Cet!!

Tengahari td aku lunch dengan Cik Affa, Cik Dolly and Cik Hawanis. Welcome back to Cik Hawanis yang kembali bekerja setelah bercti belajar selama 3 tahun. Best betul ko yer cuti lama2. Pastu bila nak kerja balik dah malas kan?? Tapi takpe, nnt aku akan rajinkan ko balik. Rajin mengulo. Hehe. Mentang2 dia dapat opis sebelah ngan opis aku. Pasni senang la aku nak ajak gi berpoya-poya.

Ni la Cik Hawanis, housemate aku selama 3 tahun sebelum
dia pergi sambung belajar dan meninggalkan diriku. Huk huk huk.

weh, apsal aku nampak besar daripada ko ar?
nampak kepala aku besar.
tak suka. tak suka. hish.


Cik Affa yang gojes dan Cik Dolly yang comel.
Dolly dengan rambut barunya.
Comel gile!


Hari ni lunch burger king sambil terbahak2 gelak dengar cerita Affa kena rush time karaoke. Masuk ni dah kali kedua kena rush time karaoke. Sekali tu aku pun ade jugak. Kali ni aku sepatutnya ada jugak tapi aku telah berpaling tadah dengan tidak mengikut mereka. Hehe. Kira kali ni aku bernasib baik la. Tapi, agak rugi jugak sebab dah dapat menyaksikan kejadian Mr Kelly menganjingkan Encik Polis. Ciss. Takpe2 next time kita pergi lagi ok. Kali ni takmo berpaling tadah dah. ^_^


Borak punya borak tak sedar jam dah kul 2.30. Buat relax macam opis bapak ku yang punya. Hehe. Takpe, dah sms bos cakap lewat sikit. Biasalah, bos tak reply sms. Diam tanda setuju kan? Hehe. Sebelum balik sempat menyinggah Watson dan Skin Food beli menatang ni;



3 barang ni je dekat 150. Mahal nak mampus harga barang2 sekarang. Tensen pulak aku. Itupun aku pakai jenama murah jek. Tak merasa la nok nak pakai MAC bagai. Takpelah, muka aku pun ala kadar je so pakai mekap pun yang ala kadar je la kan. Ikut kemampuan kata orang. Lagipun nak pergi office je. Mekap nipis sudah.

Make up based Skin Food tu aku beli sebab teruja dengan blog dia nie ---> Dartdadada. Ada satu entry tajuk simplest make up. Korang scrool la sendiri yek. Malas nak copy paste. ^_^. Lam entry tu dia ada bagitau cara-cara mekap yang simple and tak makan banyak masa. Memang sesuai la untuk org yang susah gile bangun pagi mcm aku ni. Yang cuma punya masa 20 minit untuk mandi, pakai baju dan make up. Kebetulan pulak aku ada dapat sample make up based skin food ni ari tu. Aku dok simpan je dalam handbag sebab tak tau menatang ape mende tu. Pas baca entry tu, dengan lajunya aku selongkar balik handbag aku. Sib baik ada lagi. Ape lagi, test ar kat muka. Best jugak la make up based ni. Ada shining2 gitu. Tapi tak puas sebab dapat pakai sekali je. Dah nama pun sample kan. Hehe. Tu yang bergegas gi cari kat Skin Food.

Alang-alang dah membeli tu, aku beli la sekali mineral fondation tu. Aku memang failled bab sapu fondation liquid ni. Selalu je tak rata. Bercapuk2 muka aku. Dah macam panau je. Tu yang aku tukar pakai yang jenis lain pulak. Bab kata Cik Dartdadada, mekap brand bodoh pun kalau tak reti apply tak cantik jugak. Harap2 kali ni ok pulak. Nanti aku wat demo, kalau menjadi aku publish la kat sini. Kalau takde entry tu korang anggap je la aku failed.

Ok, dah kul 5. Kejap lagi Cik Affa nak datang. Nak teman dia gi potong rambut. Huhu. Akhirnya berjaya jugak aku menghasut dia supaya memotong rambut. Nanti aku update lagi.

Bai.

8 comments:

  1. insin adalah isnin. scrool adalah scroll..sekian terima kaseh :p

    ReplyDelete
  2. salah eja tu trademark aku...

    ReplyDelete
  3. eye shadow tu sy pn ada..siap ada 3 set kaler lain2..tp pkai jarang gile..napsu2..sila publish entry demo foundation tu plak..hehe

    ReplyDelete
  4. entry demo pakai fondation otw.. ngah snap gambar2 yg sepatutnya..hehe

    ReplyDelete
  5. MAKEUP CLASS SCHEDULE:

    23RD & 24TH JANUARY 2010- BRIDAL MAKEUP CLASS @ SHAH ALAM (2-DAYS CLASS) RM500/PAX

    15TH JANUARY 2010- PERSONAL MAKEUP CLASS@ TERENGGANU. (LAST DAY REGISTRATION TONIGHT)

    WWW.EYRARIZAL.COM
    WWW.LOVESAYSITALL.BLOGSPOT.COM
    FB: EYRA RIZAL / EYRA RIZAL TOUCH
    016-2128740

    ReplyDelete
  6. MAKEUP CLASS SCHEDULE:

    23RD & 24TH JANUARY 2010- BRIDAL MAKEUP CLASS @ SHAH ALAM (2-DAYS CLASS) RM500/PAX

    15TH JANUARY 2010- PERSONAL MAKEUP CLASS@ TERENGGANU. (LAST DAY REGISTRATION TONIGHT)

    WWW.EYRARIZAL.COM
    WWW.LOVESAYSITALL.BLOGSPOT.COM
    FB: EYRA RIZAL / EYRA RIZAL TOUCH
    016-2128740

    ReplyDelete
  7. Hahaha... kan tu dah siap masuk iklan dlm comment box. Hahahaha..

    Babe, how much is the base? Kot2 bile i kering nnt leh la beli Skin Food. I penah pakai gak product nie dolu2.

    Hee..

    ReplyDelete
  8. waaa...dah kering baru nak pakai skin food?? huhu terasa hina diriku ini...

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..