Thursday, January 14, 2010

Mari Menconteng Muka.

Aku bukan jenis orang yang pandai mekap. Disebabkan aku tak pandai mekap, jadi aku pun tak berapa nak suka mekap2 ni. Tapi kalau aku pandai mekap mungkin aku akan jadi orang suka bermekap. Dan mungkin aku akan mengalahkan Ratu tepung gomak aka bini Mawi aka Ekin. ^_^.

Aku start pakai mekap bila aku dah keje. Tu pun belajar sket2. Kalau tak sebelum ni memang aku tenyeh compact powder johnson & jonhson dengan lip ice je. Mula-mula aku belajar pakai eye liner dulu dengan housemate aku, Farain. Ingat lagi masa mula-mula aku try pakai eye liner tu. Hampir-hampir jugak la aku hilang nyawa sebab eye liner tu asik nak tercocok dalam mata aku. Nasib baik masa kecik2 mak aku bedung tangan aku. Dan kesan dari pembedungan tu, menghasilkan kawalan tangan yang baik. Tapi aku cepat give up. Lepas pakai eye liner sebelah mata aku dah malas. Gile ko nak bahayakan nyawa sendiri. Pastu aku wat bodoh je la dengan eye liner sebelah tu. Aku tgk kat cermin mcm biasa je. Cam takde beza pun. So, aku pun melangkah keluar dengan penuh confident.

Elok je aku nak melangkah keluar dari rumah tetiba si Farain ni tegur;

" Weh, asal mata ko sepet sebelah? Kena gigit semut ke ape?"

Hohoho, sekali rupanya member aku perasan daa. Aku ingat takde org perasan. Kalau tak, naye je aku pergi kerja dengan rupa macam tu. Mesti orang ingat aku dah hilang akal. Isk.

Tapi tu cerita 6 tahun lepas. Sekarang ni, setakat nak pakai eye liner tu sambil tido pun boleh. Hihi. Panjang pulak mukadimah aku. Sebenarnya aku nak buat review je pasal produk Skin Food yang aku beli hari tu. (Sila rujuk entry Kenapa Orang Cakap Hari Insin Tu Monday Blues?).

Keesokan hari lepas aku beli mekap based Skin Food tu aku pun try ar tonyoh kat muka aku tangok apa jadi. Gigih aku bangun awal nak wat demo punya pasal. Dan hasilnya;









Amacam? Ok ka? Takde perbezaan ke? Hmm. (kecik ati tau kalau korang kate tak ada beza. puas aku dok tenyeh mekap tu kat muka aku. ciss!!). Takpe, meh aku tunjuk rupa aku sebelum dan selepas ok.




Ok, ni muka suci aku. Muka tanpa secalit mekap. Natural beuty gitu. Ahaks.


Ni pulak rupa aku tanpa menggunakan mekap based Skin Food.
Lepas cuci muka terus tepek fondation.
Buruk betul. Bertompok2 muka aku.
Tergamak aku pergi kerja dengan rupa macam ni.
Haish!!



Dan yang ini setelah menggunakan mekap based Skin Food tu.




Hehehe. Beza kan? Tu lah aku dah cakap. Tapi, aku takdelah mekap boombastik sangat. Ok la setakat nak pergi kerja. Nak kasi muka tu ceria sket. Takdelah pucat lesi macam mayat. Kalau mekap tebal2 kang terperanjat pulak bos aku. Macam ni kira ok la kot.

Apa yang aku suka pasal mekap based Skin Food ni, dia buatkan wajah aku nampak macam glow in the dark gitu. Hehehe. Maksud aku nampak glow la. Shining2 gitu. Bila pakai fondation pun nampak rata. Takdelah aku usung muka bertompok2 tahi unta aku tu. Mekap yang aku guna pun takdelah mekap mahal. Biasa-biasa je. Budak sekolah pun mampu beli.



1. Loreal True Match Minerals RM 65.00

2. Skin Food Line Secret Shine Base RM 48.00

3. Lipstick Maybelline Water Shine (Color BC 11) RM 22.00

4. Loreal Liquid Liner RM 30.00

5. Silkygirl Shimmer Duo Blusher ( Rose Petal) RM 17.00

6. Maybelline Clear Smooth Compact Powder RM 19.00

7. Maybelline Eye Studio Eye Shadow (Autum Spirit) RM 30.00

8. Relian Mascara RM 30.00

9. Avon Glimmerstick Eye Liner RM 10.00


Total semua RM 271.00. (Harga aku bundarkan kepada bulat yang hampir ok).
Takdelah mahal sangat. Biasanya mekap aku ni boleh bertahan 2 bulan untuk fondation dan shine base tu. Macam liquid liner, lipstick, eye shadow, blusher dengan mascara tu boleh bertahan berbulan-bulan. Menang membeli menang memakai. Tak salah kan?

Ok, selamat mencuba! ^_^


p/s: Gambar-gambar di atas adalah zero editing and taken from Sony Cyber Shot DSC-W35.

17 comments:

  1. you look nice with mekap or without. disebabkan kije awk kena mekap. bagus tu. jgn jd mcm saya. tepek moisturizer avon am/pm tu je. am siang. pm malam. paling busuk pon dulu just pakai olay kaler kuning tu je. hihi. malu.

    gudlak for your next DIY mekap.

    :)

    ReplyDelete
  2. wah..cam best je skin food make up base tuh..hehehe

    ReplyDelete
  3. tetiba aku rasa muka ko cam korean looking laaaa. hehehehe.
    cam tertarik je dgn skin foOd base tu. nak beli gak larrr.

    ReplyDelete
  4. alamak mahalnya..
    kalau boleh nak mekap bwh RM10 je!hehe...

    ReplyDelete
  5. wah. glowing shining mesmerizing gitu cik cujen kite (^_^)

    oh idok ler mahal benor kamu punya base itu yer.. nnt ler.. ade masa nk try kalau2 m.a.c i dah abis leh try. kan? =)

    kulit u mmg okies x make up heavy pun xpe. kulit i x okies. make up 8 jam je lepas tu mule la jadi pontianak harum sundal malam..

    ps: kalau la ade make up yg tahan 24 jam!

    ReplyDelete
  6. hahaha..muka i pun sama la...dah la muka jenis berminyak.. pastu i plak suke pegang2 hidung.. dah le kat idung je nampak berminyak..dah macam badut...tensen gak kengkadang...

    ReplyDelete
  7. entri kali buat aku tergoda2 :) mmg lain skin tu bila dah touch up..lepas ni KOR buat kelas make up dalam blog.aku nak jadi anak murid :P

    ReplyDelete
  8. cm best je base tu..xde naik jerawat ke..kulit ku ni oily sgt..

    ReplyDelete
  9. cm best je base tu..xde naik jerawat ke..kulit ku ni oily sgt..

    ReplyDelete
  10. amboi.. byknya duit habis kat mekap ni.. hehe.. :)

    ReplyDelete
  11. yeah...tak tepung gomak!cantik2...:)

    ReplyDelete
  12. wadah,
    mekap sket2 boleh la...buat kelas kang lain pulak jadinya

    ziela,
    i rase mende ni elok tuk kulit berminyak...my skin pun jenis oily gak... tapi, bila pakai ok je... satu lagi, compact powder mabelline yang i guna tu mmg bagus untuk kulit berminyak.. try ar..

    putri,
    tu ah..guna mekap biasa2 pun dah habis dekat beratus..kalau mac or bobbi brown tak tau la berapa lak habis..

    dartdadada,
    u are my inspiration..hehe ;p

    ReplyDelete
  13. sama ada bersolek atau tidak, awak tetap menawan

    ReplyDelete
  14. really???
    awk ni peminat sy ke? hehehe

    ReplyDelete
  15. Suka skin food and suke tgk pompuan pakai mekap.

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..