Saturday, February 13, 2010

Walimatul De' Urusin

Assalamualaikum.

Yo, what's up! What's up!

Dengan penuh kesyukuran ke hadarat ILLAHI, sejambak mawar, setepak sireh, secucuk nugget, sebalut lenteng, segulung besi dan sekeping saman ku hulurkan untuk mengundang Tuan/Puan/Encik/Cik/Wak/Kawe/Lu/Korang/Mung/Demo/Hang/Kome/Aney/Auntie

..............................................................................
suami/isteri serta keluarga ke majlis pelamin anganku musnah

eh silap-silap

ke majlis persandinganku dengan oh, heroku!
(nama dirahsiakan sebab calonnnya masih belum ketemu!!)

Pada hari Jumaat 11.11.11 bersamaan dengan 15 Zulhijjah 1432H
Kat hotel termuka di KL
(sila rujuk globe yang diberikan).

Diharap dengan kehadiran kehadiranmu semua akan meramaikan lagi
tetamu yang datang dan menghabiskan makanan yang ada.

Turut mengundang:
Seisi keluarga

Aturcara majlis:
Makan sampai kenyang sepanjang masa
2.00 petang - tengok pengantin

Hubungi kami sekiranya sesat di talian:
994/999




Tu dia kad kawen aku. (lagi 2 tahun). Tertekan aku sebab banyak sangat terima kad kawen untuk bulan Februari dengan Mac. Maunya tak tertekan, dua bulan ni hujung minggu je penuh dengan jemputan kawen.

Ni senarai jemputan perkahwinan yang aku terima setakat ni


HAWANIS - 14 Februari (Segamat, Johor).
ONNISYA - 21 Februari (Segamat, Johor).
APY - 27 Februari (Kulai, Johor).
ANIE - 28 Februari (PJ, Selangor)

IZA - 7 Mac (Seremban, N9).
FARAIN - 28 Mac (JB, Johor).


Kawan-kawan rapat lak tu yang nak kawen. Kawan-kawan yang pernah tido sebantal, makan sepinggan, yang pernah pinjam underwear ngan bra aku sebab tak bawak spare (Iza Hairani, ko ingat lagi tak insiden tu?), pernah sama-sama gi keje naik bas pastu round satu Putrajaya sebab salah naik bas, sama-sama kena halau dari rumah sebab sewa kuarters kerajaan (kenangan paling tak boleh blah dengan hawanis), sama-sama sesat kat Kajang lepas gi amek keta baru...dah la tu, punya sexcited dapat keta, bila bawak lupa nak turunkan handbrake..pastu marah2 sebab kata keta tu tak laju..hahahah (fara, ko ingat tak?), pastu kawan yang pernah sama-sama teman ita gi jogging kat atas bukit Putrajaya sebab dia nak kuruskan badan. Sudahnya kita tak jogging pun, bergambar je lebih. (ingat tak anie??) Ah, pendek kata kawan-kawan rapat la. Sebak rasanya bila tengok korang dah nak kawen. Lepas ni tak boleh la melepak macam dulu lagi kan. Masing-masing dah ade komitmen. Huwaaa....sebak la pulak tetiba :-(


Ok ok fokus. Kawan nak kawen patutnya aku gembira. Ade plak nak sedih2. Tak rasional sungguh. Sebagai tanda aku gembira, meh aku nyanyikan lagu tuk korang;

"betapa sedih betapa pilu, melihat engkau berdua si situ,
bersama duduk di atas takhta
di hari persandinganmu"


Eh, salah CD pulak.
Tukar2!!


"selamat pengantin baru, semoga kekal abadi,
bahgia ke anak cucu , sentosa murah rejeki
alhamdulilah bertemu jodohnya....

ok, saya kunci lirik ni!!
cis, sekali lupa lirik daaa!!



Alamak, lupa la hadiah Hawanis belum lagi nie. Ayoyoyo. Sempat ke nak g cari nie? Korang ada idea hadiah ape biasanya orang bagi for wedding gift selain dari pinggan mangkuk? Aku nak yang lain dari yang lain. Bajet bawah RM50. Hahaha. Bukan kedekut, jimat cermat amalan mulia. Kan? Kan?




2 comments:

  1. ingat2...hahaha...kelakar...
    ilek2 babe...
    pasti ade untuk ko di luar sane...
    aku doakan...
    aminn...

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..