Friday, March 19, 2010

Ada Apa Dengan Minggu Lepas??

Hello Peeps!!

Hari ni baru terasa mood nak mengupdate blog. Walaupun mood tu tak datang secara menyeluruh tapi aku gagahkan jugak mengudpate cerita-cerita minggu lepas.

Sabtu lepas lepak di Pavilion bersama Cik Affa dan En. Masran. Memula kami bertiga je, tapi cam biasa lah lepas tu ade je yang msg, so ajak join skali. Dari bertiga jadi berlima, pastu jadi bertujuh. Hihi. Zam, Zaki, Naim ngan sape ar sorang lagi (tak ingat nama la pulak). Lepak2, makan2, gosip2, kutuk2, bahan membahan, pastu gi tengok movie. Tengok movie pun takde lam planning. Main redah je. Pastu ade hati nak tengok Alice In Wonderland. Haruslah tiket semua habis kan nok!! Hangen jek aku. Tapi, beratur gak la. Kot2 nasib ade cerita yang boleh layan. Dan memang nasib kami baik hari tu, sampai je kaunter, tiket untuk reservation movie From Paris With Love baru je release. Ape lagi, bak sini 7 keping tiket!! Ececece. Sib baik kan. ^_^.


Muka happy sebab dapat tiket. Yay!
Er, someone is missing.
En. Masran dimanakah kamoo?? :-P



Owh, disini rupenye ^_^.
Ehem..ehem.



Layan jugak la movie From Paris With Love tu. Tajuk mcm citer romnance2 gitu. Tapi ganas gile. Tembak sana, tembak sini. Hesh!! John Travolta dalam citer ni pun macam dah gemok. Eh bukan macam tapi memang gemok pun.

Abis movie gi karoke pulak, tapi aku tak sempat nak menyumbangkan suara aku nan merdu bak buluh perindu sebab ... hmm .. sebab ape ek?? Dah lupa pulak. Hehe.

Tu je cerita hari sabtu. Esoknye ahad tu aku ade wedding nak kena attend kat seremban.



Pagi ahad tu bangun lambat. Kul 11 baru nak terjaga. Gila betol. Padahal cakap ngan Affa nak gerak lam kul 11 kan. Sekali dia pun msg cakap baru bangun. Hmm, bagus sangat la tu. Bergegas aku siap. Sebelum tu msg Zaki yang dah ada kat seremban. Memandangkan dia org seremban, haruslah aku ajak dia supaya kami tidak tersesat di jalan yang benar. Aku kan memang selalu sesat2 ni. Siap dah pesan kat Zaki pakai baju kaler oren. Konon2 nak sama la. Affa pun di warning supaya pakai kaler oren.

Dalam dok bersiap2 tu, si Zam lak msg tanya wat ape hari ni. Ape lagi, aku pun ajak la dia g seremban jugak. Boleh la nanti soh dia jadi supir. Hehehe. Pantas gile aku bersiap. Bayangkan bangun kul 11, kul 12 dah siap. Dengan baju tak iron, hadiah tak bungkus lagi. Nak mekap lagi. Tapi berjaya jugak aku settlekan semua tu lam masa sejam jek. Heh, ni cujen la. Tepat jam 12 Zam pun sampai. Park keta kat umah aku pastu naik keta aku g amek afa lak. Then dengan lajunya kami menuju ke seremban . Yay!!



Dalam perjalanan ...

Aku : Affa, cuba ko check balik umah Iza area mana. Pastu tanya Zaki dia tunggu kat mana.

Affa (sambil membelek2 kad) : Umah dia kad area bla.. bla.. bla.... Zaki tunggu kat bla..bla..bla..

Aku : Owh, ok. Laki Iza orang mana ar? Kenduri belah laki dia bape haribulan?

Affa : Orang KL je. Kat melawati. Kenduri husband dia 14 hb.

Aku : Oooo... 14 hb. 14 hb ......


WHAT?????????!!!!!!!!!



Serentak dengan itu juga aku terus membrek keta dengan rakusnya dah membuat u turn di highway tanpa rasa was was. Sampai terangkat la tayar keta aku. Tokyo drift pun takleh wat camtu la. Hohoho.


Ok, aku tipu jek. Yang sebenarnya aku hanya terdiam tak mampu berkata apa-apa (sebab salah aku..uwaaaa), Zam pulak hanya mampu melopong je, Affa pulak terus kehilangan kata-kata. Muka semua dah pucat lesi. Nasib baik belum sampai umah Iza. Kalau tak, aku akan menanggung malu sehingga 7 keturunan. TIDAK!!!!!!

Memandangkan kami dah pun terlepas tol nilai, maka plaza tol berhampiran untuk u-turn balik adalah di Seremban. Nak buat cemana, pasrah je la nokkk. Slow2 msg Zaki yang dah get ready ngan baju Orennya kat Seremban bitau kensel g sana. Nasib baik selang satu hari je. Kalau tak, mana kitaorg nak pi dengan baju kebaya bagai nie. Kahsian!!!!!


3 orang yang kahsiannn!!
Tapi, kami steady je.
Masih mampu memberikan senyuman paling manis.
Hehe.



Yeah, i know. It's my fault.
Tu la takmo tengok kad betul2. Otak aku asik ingat 14 hb je.
Dah la tu kad affa yang Iza kirim kat aku pun aku lupa bagi dia.
Haish, dah memang nak terkena la hari tu. Ampeh.



Finally!!
Sampai jugak kami di Melawati setelah meredah onak duri.
Memang mencabar betul nak g kenduri kawen Iza ni.



Tapi segala penat lelah terbuat jugak bila jumpa pengantin yang super comel ni.
Tahniah Iza & (alamak, lupa la nama husband hang.. Sorry ...)



Balik dari Melawati singgah Sunway Pyramid soping2 untuk mengubati hati sebab buat u turn jauh kat Seremban. Haish, jahanam duit aku. *_*

Memandakan gambar Zaki takde kat sini sebab dia tak dapat ikut, aku paste dia nye msg :

"bkn 3 org yg terkena..aku pun terkena taw..da bli baju oren...bli plak pakai duit tabung sapai pecah tabung...last2 aku jual balik bju oren aku tu..dpt duit aku masuk tabung...

* kalo yer x nak bg aku ekut pun jgn la wat aku camnie...

hehehehehehe........"



Hahaha, kahsian!! Sowey la Zaki, next time pasti tak salah tarikh ^_^


7 comments:

  1. woi!! ko nih badi ngn kalendar ke apa??
    aritu masa weds hawa. nih iza plak.
    haihhh :P

    ReplyDelete
  2. hahahaahahuuhuhuhuhuhuhihhihihihihhehehehhehehe...

    adoi... sakit perut bace entry nie especially kes salah tarikh!! :)

    pakai spek kemain, still rabun ka? hihihii.. hadoi.. kalau korg salah date i nanti ketuk kepala sorg sorg. ada pahammm? :D

    ReplyDelete
  3. Really fascinating article.

    Affordable search engine optimization service including submissions and on-page optimisation (sokmotoroptimering).
    [url=http://www.smotop.se/smotopbloggen/]Sokoptimering[/url]
    http://www.smotop.se/smotopbloggen/

    ReplyDelete
  4. clomid online pharmacyto ten hoodia diet pills

    [url=http://www.bebo.com/buylevitraonline1]buy levitra online gameday de[/url]

    ReplyDelete
  5. cantiknya iza. korang berdua bila lagi?

    ReplyDelete
  6. haha. kelakarlah siap terlupa hari apa. haha. nasib belah laki dia dekat kl jer pun. jauh kalu, haha nak u turn kat mana pulak. hehe.

    ReplyDelete
  7. cmno la leh silap..haha..jgn time aku kawin ko slah tarikh..siap ko..haha

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..