Friday, March 5, 2010

Do You Want To Wed Me ... or Bed Me??

Haiyakkkkkk!!!! (Percubaan untuk membuang segala sifat malas dalam diri, namun usahaku gagal). Huh!


Macam biasa, tajuk entry takde kena mengena dengan entry kali ni. Tu tajuk topik lam Majalah Cleo bulan Mac. Satu topik yang agak menarik untuk dibaca. Tapi aku pun belum sempat baca lagi. Baca tajuk kat depan je. Hehe. Ok, lupakan pasal tajuk tu. Ni aku nak cerita pasal benda lain yang buat aku hangin satu badan. Hnssfffff.


Semalam.

Aku keluar pergi mines dengan adik aku. Niat di hati nak register no maxis baru. Tapi guna nama adik aku la sebab aku punya nama dah blacklist. Bil RM 2000 tak bayar lagi. (sebab main kuiz bodoh maxis). Sekarang ni aku still pakai lagi no maxis yang lama tu tapi aku rasa bila2 masa je diorang akan terminate. Dan aku pun ade satu lagi no digi. Masalahnya kawan2 sume pakai maxis, nak call and sms mahal, so nak tak nak terpaksalah aku beralih kepada maxis jugak. Dan satu lagi masalahnya aku memang tak reti pakai prepaid. Memang tak pernah pakai pun sebelum ni. Bukan nak berlagak, tapi leceh la pakai prepaid ni. Nak top up2 la. Pastu dia nya rate mahal lak tu. Tapi, setelah dinasihatkan oleh adik aku maka aku beli jugak no prepaid. Hmm. Prepaid pun prepaid la nokkk.

Eh, ape ni. Nak citer benda lain tercerita benda lain pulak. Cujen..cujen! Ok, sebenarnya bukan benda tu yang buat aku hangin satu badan tu. Ada satu benda lain. Masa aku ngah jalan-jalan ngan adik aku tu, aku lalu la depan kedai Dunkin Donut. Pastu kitaorg ditegur oleh sorang budak pekerja dunkin donut yang muka skema berjerawat dan pakai spek.


" hye awak. comel la awak berdua nie. eh, nantilah dulu....bla..bla..bla"


Aku mcm biasalah, buat bodoh je. Jalan menonong. Bukan nak sombong, tapi cara dia menegur langsung tak kena. Tak beradap langsung. Ingat kitaorg monyet ke. Pastu kan tak semena-mena aku dengar budak tu jerit ;


"Woi, blah la!! Sombong. Gi mampusss la korang!!"








Peh, kuang hajo betul!!! Dengan tak semena-sema jugak adrenalin aku mengalir dengan lajunya. Telinga aku dah berasap jer.. Badan dah menggeletar. Panas. Panas. Memang takde adab sungguh budak tak sunat ni. Muka dah la buruk, perangai pun hodoh!! Geram betul aku. Terus aku berenti, patah balik gi kat budak tu. Mula-mula satu tamparan wanita hinggap kat muka dia yang penuh jerawat tu. Abes pecah2 sume jerawat dia. Tak cukup dengan tu, satu tumbukan padu aku bagi kat perut dia. Dan last sekali, tendangan maut kat telor dia. Amek ko!! Tetiba feeling ala-ala bruce lee pulak aku masa tu. Sambil betul2 kan rambut mayang mengurai aku ni, sempat aku pijak kaki dia pakai kasut tumit tinggi 4 inci aku tu. Pastu aku pun blah dengan penuh bergaya. Sebelum blah, sempat aku copet donut 3 ketul. Buat bekalan dalam perjalanan ......


Memang padan muka budak tu. Itu je pengajaran yang patut diberi kat orang tak cukup diajar macam tu. Biar dia rasa. So kepada lelaki-lelaki di luar sana. Abang-abang, adik-adik, pakcik-pakcik, atok-atok ... kalau nak mengurat perempuan, tolonglah guna bahasa yang sopan sikit. Kalau lelaki Islam tu, reti2 la bagi salam. Ni tak main hoi, hai, hei.. ingat ape?? America ke?? Lepas tu satu lagi, cara mengorat tepi2 jalan tu dah tak laku la beb. Kot ye pun ko tu memang jenis lelaki kutu yang suka dok tepi2 jalan mengacau anak dara orang pun, cakap tu biarlah beradap sikit. Biar muka hodoh, janji perangai molek. Nak mengorat pun biarlah kena cara. Jadilah gentleman sikit. Pastu kalau orang dah tak layan, terima la dengan redha. Tak payah la nak mampus2 kan org. Ko ingat ko dah bagus?? Tah2 mimpi basah pun belum lagi, ade hati nak mengorat. Dasar budak-budak tak cukup umo. Kalau dah mengorat dengan cara macam tu sape yang nak layan?? Bodoh piang betul!!

Sebelum aku mengundur diri nak pesan kat kaum lelaki di luar sana sila amek perhatian yer dengan perkara-perkara sebegini. Kalau nak tarik perhatian kaum wanita pun, janganlah buat perkara -perkara keji mcm tu. Bukan orang suka, lagi menyampah ade. Be a gentleman ok. Gua chow dulu!!





Oh, ya. Lupa nak bitau. Aksi bruce lee tadi hanyalah imaginasi aku jer. Takkan la aku nak buat camtu kan?? Sebagai gadis melayu yang sopan dan penuh dengan adat ketimuran, aku hanya tunjukkan jari tengah aku yang runcing tu je kat budak sengal tu. Tu pun dari jauh. Pastu jalan laju-laju ngan adik aku. Cuak jugak aku weh. Hahaha. Gile ko, mana aku penah wat camtu sebelum ni. tapi, sebab budka tu kuang hajo sangat, maka he deserve it! Padan muka ko budak.


Dah. Dah. Jangan lupa solat Jumaat!!!


12 comments:

  1. perghh cite ko. mmg cam real jerk kn.
    tp klu ko btol2 wat aksi bruce lee tuh. tabik spring lar
    ;)

    ReplyDelete
  2. laa ptt ko lempang je btol2 budak berhingus tu..balik ni aku nk singgah mines la cari budak tu..hehe..

    ReplyDelete
  3. khaled,
    ikutkan hati marah aku ni memang kena dah.. sib baik aku tak berani..hihi

    ziela,
    cari jangan tak cari..

    melissa,
    :-p

    ReplyDelete
  4. pergghh
    aku excited dh

    igtkn btol2 ko buat gitu

    tp elok gak ko tunjuk jaritengah tue kt dia

    kurang ajar nau lah plak

    ReplyDelete
  5. budka??huhuhu..typing error di situ.. gua selalu gak g mines..xpe gua repeat utk lu!! siap la budka itu..hehehe

    ReplyDelete
  6. huhu..aku memang selalu typig error..semangat sangat nak menaip tu la jadinya..

    ReplyDelete
  7. wakakaka... tipah tertipu !! i igt bebetol la u buat aksi bruce lee tue.. kalau betol mmg i salute ah!

    mmg pas ni belajar dr u la aksi tu ;)

    btw, kalau i selain buat F finger, i akan ckp muke jerawat ade hati nak ngorat. wakakaka. kekadang dorg nie kena cermin diri skit!!

    ReplyDelete
  8. hiihi..kalau i belajar silat mmg dah kena dah budak tu.. kuang hajo sungguh...

    ReplyDelete
  9. Hello,
    I have developed a new clean web 2.0 wordpress theme.

    Has 2 colours silver and blue, has custom header(colour or image).
    I am curently working on it, so if you have suggestions let me know.

    You can view live demo and download from here www.getbelle.com
    If you found bug reports or you have suggestions pm me.
    Wish you a happing using.

    many thanks to [url=http://www.usainstantpayday.com/]USAInstantPayDay.com[/url] for paying the hosting and developement of the theme

    esticlewels

    ReplyDelete
  10. mcm sial cite kau...bab copet donut 3 ketul wat bekal dlm perjalanan takleh blah.

    ahh tapi budak2 tu mmg nak kene.. dah la tak sunat lagi..

    ReplyDelete
  11. Aku ingatkan kau belasah betol. Cisssssss.

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..