Thursday, April 8, 2010

Let Go.

Membuat sesuatu keputusan tu bukan perkara yang mudah. Banyak faktor yang perlu difikirkan kesan dari keputusan yang kita buat. Soal buat keputusan bukan perkara yang boleh dibuat main. Silap perkiraan boleh makan diri sendiri. Buat keputusan bukan macam macam buat wayang. Bila silap boleh 'cut' dan buat semula. Tak semua orang boleh diberi peluang kedua untuk perbetulkan kesilapan. Dan aku, tergolong dalam orang yang sangat sukar membuat keputusan. Bila tiba saat aku kena memilih dan membuat keputusan, aku lebih suka mendiamkan diri dan biarkan masa yang menentukan segalanya. Aku tak berani amek risiko.


Tapi,


Aku tau aku tak boleh teruskan dengan sikap macam tu lebih2 lagi bila ia melibatkan soal hati dan perasaan orang lain. Bukan hati aku. Kalau hati aku, aku dah tau cemana nak handle. Tapi hati orang lain aku tak tau. Boleh jadi barah kalau aku biarkan. Semakin hari semakin parah. Penyakit barah, ade ubat ke? Takde lagi kan setakat ni? Kalau dapat kesan awal mungkin boleh dicegah. Tapi kalau dah terlambat tunggu masa nak mati je la. Aku tak nak ada hati yang mati disebabkan aku. Disebabkan sikap berlengah aku. Disebabkan kelemahan aku buat keputusan. Sepahit mana pun, kenyataan perlu diterima. Seperit mana kata-kata, perkataan harus diluahkan.

Biar dituduh kejam, biar dianggap tak berhati perut asalkan semuanya terjawab. Aku dah penat main teka teki, dah letih dengan silangkata dan tak larat dah nak main tembak2 macam jawab soalan Sejarah kertas 1. Tetiba rasa aku lebih rela jawab soalan sejarah sampai seratus kali dari jawab soalan nan satu nie. Payah bukan main. Tapi payah2 pun akhirnya terjawab sudah teka teki. Keputusan dah dibuat. Kenyataan dah diberi. Walau bukan 100% kehendak diri. Tapi itu yang terbaik buat masa ni. Aku tak nak pentingkan diri sendiri. Tak nak jadi tamak haloba. Betul atau tidak keputusan ni, aku serahkan pada takdir. Yang penting doa yang berterusan.

Amin.




Giving up doesn't mean u are weak
Sometimes it just means
You are strong enough
TO LET GO

2 comments:

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..