Wednesday, April 21, 2010

Resipi Turun Temurun Cujen The Lejen.

Hari ni Cik Cujen dengan berbesar hatinya ingin berkongsi resipi lazat lagi menjilat jari dengan korang semua. Resipi ni memang tak pernah tertulis di mana-mana batu bersurat mahupun di buku-buku teks sekolah. Ini adalah resipi malas yang diturunkan oleh keluarga Cik Cujen The Lejen. Resipi ni senang je. Sambil tido pun boleh buat. Dah nama pun resipi malas kan. Hehehe. Oh ya resipi ini juga amat berguna di kala hujung bulan menjelma. Di saat-saat kegersangan duit kerana resipi ini tidak memerlukan modal yang banyak. Malah sangat menjimatkan.

Ok, mula-mula kita kena sediakan bahan. Bahan-bahannya pun takde lah susah sangat nak cari, kat kedai runcit leong pun boleh beli. 4 bahan asas je yang diperlukan.


Bahan-bahannya ialah ;


1. Setin Biskut Kering.


Pastikan biskut yang dibeli adalah biskut HUP SENG. Lain-lain biskut seperti biskut merry go round, biskut tiger atau biskut kering yang ada gula tu pun adalah tidak dibenarkan sama sekali. Kalau takde duit nak beli setin biskut, beli dalam peket tu pun cukup la. Baru 3 hengget lebih. Ye la aku paham kadang2 student ni biasalah kering memanjang macam biskut kering ni ha. (orang bekerja macam aku pun kering memanjang, ape kes..). Kalau beli biskut lam peket tu, lepas bukak jangan lupe ikat balik ketat2..kang masuk angin, lemau plak biskut tu. Dah tak dapat nak try resipi ni tuk kalu kedua, ketiga keempat dan seterusnya.


2. Sepeket Milo


Macam biasa, kalau tak cukup duit nak beli setin Milo, beli dalam peket. Kalau tak pun boleh mintak kat jiran-jiran sebelah. Tak banyak, dalam 6 sudu besar dah cukup. Tu pun kalau nak merasa kena potong kaki sebab kencing manis. Kalau tak, 3 sudu pun dah cukup. Tapi ingat yer, milo 3 in 1 tidak dibenarkan sama sekali.


3. Semangkuk Hayun


Pastikan anda dapat bezakan mangkuk makanan dan mangkuk tandas yer. Kegagalan mengenal antara mangkuk tandas dan mangkuk makanan bukan di bawah tanggungjawab saya.


4. Setin Susu


Macam biasa Cik Cujen memang pengguna setia susu pekat F&N. Ingat eh, susu pekat tau. Bukan susu cair, susu ibu or susu dalam kotak.


Memandangkan semua bahan-bahan dah ada, marilah kita teruskan dengan cara-cara membuat resipi ini. Bagi perhatian ye anak-anak.


Langkah Pertama

Amek beberapa keping biskut dan patahkan dua dan campak di dalam mangkuk hayun tadi seperti gambar di bawah. Patah dua je tau. Jangan mengada nak patah tiga empat atau lima. Tu pantang resipi ni. Nanti hilang kenikmatannya.



Langkah kedua


Tambahkan beberapa sudu Milo ke atas biskut yang telah di karate tadi.



Langkah ketiga

Curahkan sedikit susu manis. Ingat ye kawan-kawan. Kurangkan gula dalam makanan. Tambahkan manis dalam senyuman macam senyuman saya. Hehe. Eh, tetiba ada satu lagi bahan yang telah ditambah. SUDU. Lupa pulak nak letak kat bahan-bahan asas tadi. So, tambah sendiri la eh. Sudu besar tau. Bukan sudu kecik.



Langkah keempat


Tuangkan air panas ke dalam bahan-bahan tersebut. Kuantiti air, pandai-pandai hang la. Jangan lupa campur air sejuk sket. Kang melecur pulak lidah korang.


Langkah terakhir


Hidangan telah siap sedia. Apa lagi, kasi makan lah!!

Selamat mencuba ye kawan-kawan!! Pasti lazat. Haha.

12 comments:

  1. wah, ini baru ni.slu buat air milo cicah terus.yang ini skill aku tak penah buat.maceh2.haha

    ReplyDelete
  2. try wadah...lain tau rasanya kalau cicah terus lam air milo...siyes...

    ReplyDelete
  3. mula2 aku ingt ko nk wat kek batik tu..rupanye biskut karate..hehe..nnti leh try ni..

    ReplyDelete
  4. biskut karate..hahaha..nama baru tu..

    ReplyDelete
  5. resepi ko bikin aku gelak guling2. tp pekena time hujan2 nih mst sodap..

    ReplyDelete
  6. @cujen-
    klik link gengblogger tu. lepas tu klik link facebook connect kat sblh atas kanan page GB. bila dah connect, dia akan mintak username, email, n yg penting url blog link..kalau tak silap la..

    takde shout box, sebb tu komen kat entri ni..

    btw, macam sedap je, boleh la try nnt.. :D

    ReplyDelete
  7. hahaha..

    siyes benda ni aku suka makan! hahaha..

    sedap yoh! lagi manyak milo lagi sedap!

    ReplyDelete
  8. best gak..

    thx atas idea superb ni. hehe

    ReplyDelete
  9. tak mengenyangkan langsung ok
    aku lg suka makan nasik


    Entri terbaru:
    BAGUS JUGAK ADA ADIK PEREMPUAN

    ReplyDelete
  10. kasi try dulu la baru tau kenyang ke tak..huhuhu

    ReplyDelete
  11. Wahwahwah. Presentation menarik! Harus aku cuba. :)

    ReplyDelete
  12. untuk manusia yg akan pengsan kalau ta dapat milo walau sehari pasti tak teragak2 untuk mencoba resepi en cujen ini..mawu2..haku pasti coba ini!

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..