Saturday, April 17, 2010

Siaran Langsung Di Hari Sabtu.

Saya sebenarnya baru balik dari rumah makcik saya di Bangi. Makcik saya buat makan-makan sikit sempena ulangtahun anak kembar mereka ; ASYRAF & ALEYA yang ketiga. Happy birthday to my cousin. Semakin comel dan debab2 membuatkan saya rasa mahukan anak sendiri. Huhuhu. Tapi, malangnya saya tak sempat nak bergambar dengan Birthday Boy & Girl sebab saya sibuk nak mendebabkan diri saya jugak. ^_^. Bukan nak kata apa lah, tapi makcik saya kalau buat makan-makan macam ni, memang sangat heaven dia punya makanan. Ade spagethi, sate, roti jala, pulut kuning bubur durian, kuih muih termasuk kuih koci kegemaran saya, buah-buahan segar seperti tembikai yang juga feveret saya dan bermacam-macam lagilah yang tak mampu nak disebutkan. Oh, lupa. 2 biji kek coklat itu sangat sedap. Jadi saya telah makan dengan jayanya sehingga terlantar seperti dugong terdampar di persisiran pantai. Ok, tipu je. Saya masih menjaga tatasusila sebagai tetamu di rumah orang. Hehe.

Itu je saya nak cerita. Bosan kan cerita saya nie. Saya sebenarnya kesian kat blog saya ni sebab jarang-jarang nak uddate dah sekarang. Sejak aktif dengan Mukabuku, saya jarang2 nak hapdet belog ini. Seolah2 dianaktirikan pula. Kesian dia. Jadi saya usahakan jugak update sikit walaupun cerita ini bosan. ^_^.


Muka bahagia saya kerana makan dengan banyaknya.



Selamat berhujung minggu!!

2 comments:

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..