Monday, May 17, 2010

Ada Apa Dengan Facebook #2

Ok sambung entry yang tertangguh kelmarin. Dua hari tak update blog sebab saya busy mendaki Gunung Everest. Tinggi betul Gunung Everest tu. Lebih tinggi dari ego saya. Nasib baik dalam ekspedisi pendakian saya, saya terserempak dengan Cikgu Halimah Jongang iaitu bekas Cikgu Add Math saya masa saya tingkatan 2. Pada mulanya saya buat-buat tak kenal je dia sebab saya teringat masa dulu2 dia pernah lempang saya hanya kerana saya tak bawak buku latihan add math. Saya bukan sengaja tak nak bawak tapi saya tak perasan yang rupanya saya tersalah amek beg bapak saya pergi ke sekolah. Tu la padahnya kalau anak beranak semua nak sedondon. Hasilnya pipi saya berbirat kena lempang dengan Cikgu Halimah Jongang. Oh, dendam itu masih bersisa dalam hati saya.

Malangnya Cikgu Halimah Jongang berjaya mengenalpasti saya. Terpaksalah saya berpura-pura di hadapan beliau. Sambil mendaki kami berbual tentang masa silam. Sebelum tu sempat juga saya mengucapkan Selamat Hari Guru kepada beliau. Beliau tersangat la suka hingga tersengih2 dan menampakkan gigi beliau yang jo....ngang ..... Err.... tapi tiba-tiba saya rasa sangat miracle sebab gigi Cikgu Halimah yang dulunya jongang sehingga digelar hantu gigi oleh semua student kini dah kembali rata. Dah la rata, putih lak tu. Silau mata saya dibuatnya. Saya pun dengan berhati2 bertanya kepada Cikgu Halimah apakah rahsianya sehingga gigi beliau boleh menjadi sedemikian rupa.

Malang sekali lagi bertandang dalam hidup saya pada hari itu. Soalan yang saya tanya, bukan jawapan yang diberikan. Sebaliknya pelempang dengan kelajuan 300km/j yang saya dapat. Belum sempat saya tanya kenapa saya diperlakukan sedemikian rupa, tiba-tiba Cikgu Halimah menghulurkan sekeping not RM 100 kepada saya. Hoh!! Sungguh terperanjat saya dibuatnya.

Tapi Cikgu Halimah dengan tenang mengeluarkan laptopnya dan membuka laman sesawang F.A.C.E.B.O.O.K. Lagilah saya terkejut monyet sebab tak menyangka Cikgu Halimah yang sememangnya buta IT juga mempunyai Facebook. Betul la, zaman telah berubah. Akhirnya Cikgu Halimah menunjukkan kepada saya macam mana hidup dan giginya boleh berubah dalam sekelip mata. Semuanya kerana ini ;






Kata Cikgu Halimah lagi pada mulanya dia pun tak percaya dengan skim2 macam ni. Tapi setelah kena lempang dengan suaminya sendiri dan setiap lempangan boleh dapat RM 100, Cikgu Halimah pun bertekad untuk dilempang setiap hari sehingga gugur giginya. Satu hari satu gigi dan RM 100. Cukup 30 hari gigi Cikgu Halimah pun gugur la semuanya. Dan berbekalkan hasil duit lempangan Cikgu Halimah membuat pembedahan tanam gigi. Di situ la segala-galanya berubah. Dan sekarang Cikgu Halimah pun dah berenti kerja. Agak2 takde sape nak lempang dia, dia pun lempang diri sendiri. Dapat jugak RM 100. Masa Cikgu Halimah banyak dihabiskan dengan mendaki gunung dan bersenang-senang di rumah. Itulah kata-kata terakhir dari Cikgu Halimah sebelum dia kena lempang dengan saya sehingga jatuh tergolek2 ke bawah. Oh saya bukan nak bersikap biadap tetapi itu adalah permintaan Ciku Halimah sendiri kerana dia mahu cepat balik ke kaki gunung. Ada perjumpaan dengan geng2 KPD 1oo malam tu.

Malang kali ketiga dalam hidup saya, takde sape pulak nak lempang saya sehingga jatuh tergolek ke bawah. Terpakslah saya meneruskan pendakian saya sehingga ke puncak. Dalam hati, saya bertekad saya akan join juga KPD 100 sekembalinya saya ke Malaysia nanti. Tunggu lah!!!

Ok, Facebook dah membuatkan otak aku menjadi biol.

Tunggu Ada Apa Dengan Facebook #3.

1 comment:

  1. ok, aku pun fenin pas bace entri ni... huhu

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..