Sunday, May 9, 2010

Cerita Di Hujung Minggu : Iron Man 2 & Ice Kacang Puppy Love.

Wooo.. hari ni baru berkesempatan nak duduk depan laptop dan mengudate sengala aktiviti seharian. Semalam get busy mengemas bilik yang dah macam haram jadah. Seharian aku dok memerap dalam bilik. Start dr kul 12 tengahari sampailah kul 9 malam baru siap. Mana tak lama kalau tengah dok mengemas tu, terjumpa majalah boleh dok belek majalah dulu. Jumpa cutex, leh lak sapu cutex kat kuku dulu. Pastu dengar lagu best, leh lak feeling2 layan lagu dulu. Hahaha. Pompuan kalau mengemas memang macam tu. Dah kepenatan mengemas semalam, takde mood nak mengupdate bagai. Layan tgk tv, msg2 terus tetido.

Hari ni bangun agak lewat. Hujan lebat dowh. Rasa cam rugi pulak bangun awal2. Bukan senang nak jumpa hujan di pagi hari ni. Memang sedap la aku tido sampai mimpi tah ape2. Mimpi bawak keta gi Puchong pastu sesat2. Sengal tol. Sib baik tak eksiden la mimpi. Haish.


Memandangkan hari ni aku free dan takde pape nak dibuat di petang ahad nan indah ni, eloklah kiranya aku wat review filem yang aku tonton minggu lepas. Minggu lepas berkesempatan menonton dua filem ini ;

IRON MAN 2.

ICE KACANG PUPPY LOVE.


Aku start dengan filem Iron Man 2 dulu la.

Aktiviti menonton wayang beramai-ramai dengan ANL family diadakan pada 1 Mei 2010. Aku la yang jadi tukang booking tiket. 24 keping tiket aku booking. Gila banyak. Tak pernah-pernah aku booking tiket wayang banyak camtu sampai terpaksa create account GSC baru sebab limit booking 12 tiket je per day. Member aku cakap dah macam nak pergi main futsal lak banyak2 camtu. Nak wat camne bro, we are family kan. ANL family. Buat ape2 mestilah beramai2 kan. Hehehe.

Separuh dari tiket yang di book. (^_^)


Ok, back to the topic. Aku tak letak expectation yang tinggi pun untuk filem ni. Macam dah tau dah jalan cerita macam mana. Dah agak dah mesti ade org yang akan dendam ngan Iron Man. pastu buat satu lagi Iron Man. Pastu ada yang jahat, ade yang baik. At the end mestilah yang baik menang kan. Sangat cliche. Tapi tak rugi pun kalau nak tengok. Scarlett Johansson dalam filem ni memang mantop!! Sexy gile. Aku bagi rate 3.5/5 untuk movie ni.



Ok now review untuk movie Ice Kacang Puppy Love lak.


What to say, filem genre romance & drama macam ni memang feveret aku. Bagi aku cerita ni agak menarik dengar latar belakang filem yang sangat cantik. Berlatar belakang tahun 80'an. Cerita pasa cinta monyet budak lelaki nama Botak. Tapi bukan pasal cinta dia semata-mata. Lebih kepada kekeluargaan dan persahabatan. Banyak emosi dalam filem ni. Sedih, kelakar, romantik, sweet semua ada. Bila tiba part kelakar tu memang lawak gile la. Aku gelak macam orang sawan. Time sedih pun ade rasa nak menangis gak la. Tapi control je. Tak macho la nangis2 lam panggung. Hehe. Senang cerita, jika anda menyukai filem SEPET arahan Yasmin Ahmad, you will LOVE this movie too. Secara keseluruhan aku bagi 4/5 untuk movie nie.

Pelakon2 yang menjayakan filem ini. Sume ni orang Malaysia ok.

Babak2 menarik dalam filem ni.

Tapi paling best yang ni la. Boleh tak aku jatuh cinta ngan minah ni. Hahaha. Comel gila kot.


Tapi sorry. I'm not lesbi ok. ^_^

2 comments:

  1. IRON MAN 2 MMG BEST..CITE SATU LG TU XTGK LG.. EHHEHE
    NEXTIME KOT AKAN TGK..

    BEST EH?

    ReplyDelete
  2. pada saya mmg best...try ar tgk..tak rugi..

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..