Thursday, May 6, 2010

Cinta Ideal.

Spend your 15 minutes to read this articel
and maybe your perception about love will change.
This is a very good articel and worth it to read.
Credit to the author.




Rasanya semua org tahu apa itu cinta. Baik secara peribadi, atau melalui pemerhatian. Tapi pernah tak anda terfikir, utk mencuba berjalan lebih jauh lagi? Kita tahu, apabila kita jatuh cinta, perasaan yg normal ialah, kita mahu MEMILIKI si dia. To make partner, yours. Tapi pernah tak anda terfikir, bahawa apabila kita berjalan lebih jauh lagi, yg akan kita jumpai ialah IDEAL LOVE? Dlm psikologi, apa saja yg berkaitan dgn perkara2 yg Ideal, biasanya hanya dimiliki oleh mereka yg berusaha sebaik mungkin utk menjadi diri mereka yg terbaik. Maknanya, menjadi seorg manusia yg IDEAL. Dlm hal ini, mencapai sesuatu yg ideal dlm cinta. Does it make sense to u?

Begini. Apabila kita mencintai seseorg, perasaan yg akan dtg ialah, kita mahu MEMILIKI. Ini sesuatu yg normal. Tapi cinta yg ideal, ia tidak memiliki. Ia hanya memberi. Jadi apabila kita mencintai seseorg, dan kita telah sampai ke tahap di mana kita benar2 faham perjalanan cinta, kita akan melepaskan... Cinta tidak bermaksud kita harus memiliki. Cinta bermaksud, kita membiarkan org yg kita cintai, bebas menjadi dirinya sendiri, di mana, bila dan bagaimana, mengikut masa dan acuannya sendiri. Walau pun itu bererti, kita mungkin kehilangan si dia utk selama-lamanya... Jika benar itu cinta, maka cinta pasti akan memulangkan dia semula padamu. Tapi jika tidak, maka percayalah, cinta itu tidak pernah dihadiahkan buatmu, kerana Tuhan telah menyediakan sesuatu yang lebih baik dari itu.

Cinta yg ideal, bererti anda membebaskan si dia dari perasaan terikat dgn anda. Anda memberikan kebebasan berdasarkan kepercayaan dan kehormatan. Namun itu bukanlah bererti anda seorg malaikat sehingga ia membuatkan anda kelihatan PERFECT. No. Ia hanya bererti, anda telah sampai ke satu peringkat, di mana cinta tidak lagi boleh menguasai anda, tetapi ANDA lah yg menguasai cinta...

Ada pepatah Inggeris yg mengatakan,

'If you love someone, let that person go...
If that person comes back to you, that person is yours...

But if that person does not come back to you...

Then that person was never meant for you,
In the very first place...'

Sebagai manusia biasa yg penuh dgn kelemahan, kedengarannya adalah MUSTAHIL utk menjadi manusia ideal, apatah lagi mempraktiskan cinta ideal. But is it really that impossible? Perasaan mmg akan terluka, kerana sebagai manusia, kita tidak akan lari dari bersikap dan berperasaan kemanusiaan. Tapi apabila kita telah sampai ke tahap ini, kita akan faham dan akan melihat cinta, dari satu perspektif yg berbeza. A whole new world is open up to u. A deep understanding of love, and life, that not many possess. It helps u to see things more clearly. Tidak ada lagi perasaan ingin memiliki. Everything is done sincerely, because u no longer expect anything in return. Almost an altruist.

Cinta yang sebenar, berdiri atas dasar misteri, berdikari dan sangat berani. Tidak memiliki kewarganegaraan, tidak meminta belaan, dan tidak gentar dengan peraturan.

Bukan cinta namanya, jika anda bercinta kerana janji. Bukan cinta namanya, jika anda bercinta kerana nafsu. Bukan cinta namanya, jika anda bercinta kerana simpati. Bukan cinta namanya, jika anda bercinta kerana terpaksa. Bukan cinta namanya, jika anda bercinta kerana setia. Cinta adalah cinta, apabila kamu bercinta, hanya kerana cinta...

Jadi, sejauh manakah keberanian anda, utk membiarkan cinta berjalan atas paksinya sendiri, terbang bebas di alam maya, bebas melihat dunia dan keindahannya? Atau anda lebih senang mengurung dan merantai cinta, kerana anda takut kehilangan? No matter how absurd or abstract this is to u, do try to stop, and smell the roses...

Dari sini, boleh juga kita lihat, kalau2 ada org lain yg mgkn juga punya konsep cinta yg sama. Maklumlah, dunia ini luas. Manusia ada pelbagai ragam dan kepercayaan. Bukan semua org suka berfikir secara kritis. Ramai yg lbh suka menerima sesuatu tanpa banyak soal. Katanya tak perlu susah2 peningkan kepala fikir banyak2. I love u, u love me, let's get married and have kids. Simple and easy.

Well I guess some people are complicated (or choose to be complicated, whatever that means). Some people prefer to think out of the box. Sesetgh org pula tak suka melangkah keluar. Secara peribadi, pada saya, ia adalah sesuatu yg merugikan, sekiranya kita tak pernah berusaha utk keluar dari kepompong yg mengikat diri. Tak pernah mencuba utk mengetahui, sejauh mana kita bisa mengangkat keupayaan diri kita dlm banyak aspek - spiritually, mentally, psychologically. Sgt merugikan sekiranya seumur hidup kita tetap berada di tahap pemikiran yg sama, tanpa pernah mencuba utk melangkah lebih jauh lagi. Tanpa pernah mencuba utk memahami alam sejagat. Tanpa pernah mencuba utk mencari jawapan, membongkar misteri yg lebih besar dari diri.

Sebelum kita boleh berfikir di luar kotak, kita harus bermula dgn berfikir di dalam kotak. Hanya SETELAH berfikir di dalam kotak, barulah kita mula berfikir di luar kotak. We have to start somewhere, right? Saya tak claim yg saya memahami cinta sepenuhnya. Cuma mungkin konsep saya saja yg berbeza. Dan itulah yg saya kongsikan di sini. Pada saya, apabila kita mencintai seseorg, kita tak perlu mempersoalkan isu KEADILAN. Kerana cinta itu bukan keadilan. Itulah sebabnya saya kata, tak ramai Pemberi Cinta. Yg banyak ialah Pemiutang Cinta. Kita memberi pinjam, atas dasar, 'Apa aku dpt kalau aku berikan kau cinta aku? Aku dpt keadilan tak?'

Apabila kita menyoal apa yg akan kita dpt, itu bukan cinta lagi namanya, kerana kita sudah mengharapkan BALASAN. Adakah cinta namanya apabila kita mengharapkan balasan? Jujurkah kita dlm mencintai seseorg, apabila kita mengharapkan balasan? Tepuk dada, tanya hati...

Dlm cinta ideal, kita tak perlu sebarang pembalasan. Ibaratnya, 'Kau nak beri cinta kau, kau beri. Kalau kau tak nak beri, lebih baik kau simpan, daripada kau meminjamkannya atas dasar, 'Mengharapkan balasan.' Pada saat kau jatuh cinta pada seseorg, dan kau mengharapkan balasan, maka di mana NILAI cinta kau berdiri? Adakah cinta yg kau beri, bersandarkan keikhlasan? Kalau kau ikhlas, kenapa kau mengharapkan balasan? Adakah cinta itu satu PELABURAN? Adakah cinta kau satu PERNIAGAAN? Adakah kau tawar-menawar dan menjual-beli cinta?


Kesimpulannya, ikhlaskah kita dalam bercinta?
Tepuk dada tanya hati.

Aku pernah rasa Cinta Ideal dimana kita cintakan seseorang tanpa mengharapkan langsung balasan yang dia akan mencintai kita semula. Dan perasaan itu ..... LAIN. Sangat lain.

2 comments:

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..