Tuesday, May 4, 2010

Dalam Hati Orang Ade Taman, Hati Aku?

Ada taman juga. Tapi taman batu.

Bukan tak pernah ada taman bunga. Pernah ada satu ketika dulu. Tapi taman bunga aku selalu kena curah racun. Lama-lama bunga pun dah tak sudi nak tumbuh. Yang tinggal cuma batu-batu konkrit yang makin hari makin membesar.


Dua kali.
Dua kali putus tunang bukan satu perkara yang mudah untuk aku handle. Orang kata time will heal the pain. Yes. Memang betul. Tapi parut kesan luka tu memang takkan hilang sampai bila-bila. Dua kali luka di tempat yang sama, ko ingat tak sakit ke? Tuhan je yang tau apa yang aku rasa. Dan perkara-perkara yang telah terjadi perlahan-lahan mengubah aku menjadi manusia yang berbeza.

Dari seorang yang pemarah, aku jadi cool.
Dari seorang yang banyak cakap, aku jadi pendiam.
Dari seorang yang lembut hati, aku jadi keras.
Dari seorang yang mudah percayakan orang, aku jadi susah nak percayakan sesiapa.
Dari seorang yang suka pentingkan orang lain, aku jadi selfish.
Dari seorang yang tak kisah, aku jadi orang yang berkira.
Dari seorang yang susah mengalah, aku jadi orang yang cepat putus asa. Redha.

Apa yang aku nampak, perubahan sikap aku yang sekarang ni banyak baiknya untuk aku sendiri. Aku belajar untuk protect diri aku sendiri. Aku yang kememeh dah gembeng dah takde lagi. Hati aku jadi keras. Dan aku suka dengan perubahan aku yang baru ni.

Tapi tu la orang cakap. Apa yang baik untuk kita tak semestinya baik untuk orang lain kan? Dan rupa-rupanya sikap aku tu telah membuatkan seseorang berkecil hati. Dia kata aku tak adil. Tak bagi peluang pada dia. Yes, i admit. Memang kadang-kadang aku rasa tak adil tapi pengalaman lepas betul-betul buat aku jadi seorang yang sangat berhati-hati. Aku cuma nak pastikan kali ni hati ini tidak dilukai lagi. Peritnya tu masih terasa. FOBIA tau tak. Dan tau sendiri la kalau dah fobia tu rasanya macam mana kan.


Jadi untuk awak yang dah berjaya memecahkan batu dalam hati saya,
Saya harap awak boleh terima siapa saya seadanya dan saya mintak awak bersabar sikit je.
Serpihan-sepihan batu tu masih ada dan saya dalam proses untuk menabur benih dalam taman hati saya. Insyaallah, satu masa nanti taman hati saya akan kembali berbunga dan awak akan jadi penghuni tetap di situ.

Sayang you! ^_^

13 comments:

  1. hurmm xsabar nk tgk taman hati ko
    ;)

    ReplyDelete
  2. haha. taman hati kita la khaled.

    ReplyDelete
  3. sabar jek cujen..ade hikmah seme neh..mane tau si dia leh ubati hati ko..hehehe

    ReplyDelete
  4. hati aku dha terubat cuma belum pulih sepenuhnya.. ;p doakan yer.

    ReplyDelete
  5. cari la penawar racun nye, cujen..pasti suatu masa bunga2 kat taman impian awak akan mekar selamanya, saya doakan awak...

    ReplyDelete
  6. taman aku dh tumbuh bunga2 renek
    hahaha ;)

    ReplyDelete
  7. annaz - penawar dah jumpa. nak tggu kesannya je. anyway, thanks kerana mendoakan sy.

    ReplyDelete
  8. hrumm..sngt memahami apa yg kamu rasa..sbb kit adlm situasi yg hampir sama..

    kira ok la dh ada org yg berjaya pecahkan batu2 itu..

    sy..?? masih lagi belum bertemua si gagah perkasa yg mampu memecahkan batu2 itu.. ;)

    slm kenal dari nabilah.. :)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    JEALOUS NYER.!!

    ReplyDelete
  9. nabilah, satu masa u akan jumpa juga.. sy pun ambik masa lama sebelum nak terima dia.. hehe

    ReplyDelete
  10. mayb ko org yg kuat sbb tu org nak uji ko.
    Myb he is the rite one. =)

    ReplyDelete
  11. mine pon takde taman
    yg ade byk sarang labah2
    ekekekke...
    lama dah tak kemas tu

    ReplyDelete
  12. comel la entry nie so sweet wish u all the best babe .. taman hati i pn selalu je kena racun rumpai dr 'jenama' yg sama dah 7 thn tp alhamdulillah .. hanya pokok renek je yg mati hehehe~ tp masih tetap berkembang mekar sbb masih diberi peluang .. kadang2 racun tu adalah penawar ! :D

    ReplyDelete
  13. cujen, nadz phm cmner u feel.sob,sob
    pelan2 k... =)

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..