Monday, May 31, 2010

Happy Birthday, Sweetheart!


Suprise party ni aku dah plan sebulan sebulan sebelum birthday dia, 28 Mei 2010. Tapi, memandangkan aku tak pernah buat birthday party untuk sesiapa sebelum ni so aku agak serabut jugak la. Tak tau nak buat kat mana, tema apa, nak beli apa. Hari2 aku dok online, dating dengan Mr. Google, tanya orang sana sini tapi akhirnya aku tetap serabut jugak. Haha. Last2 aku naik fed up pulak. Sudahnya sampai tarikh 27 Mei tu aku langsung takde buat preparation. Dalam mind aku masa tu takpelah dah takde rezeki. Lagipun ANL Family dah plan nak celebrate bithday budak2 yang lahir dalam bulan Mei kat Kemensah. So aku pun pasrah je la.

Tapi pagi khamis tu aku rasa macam tak best je. Aku memang dah niat nak buat suprise kat dia so rasa cam tak senang hati je kalau tak laksanakan. Dan2 tu jugak la aku terpikir nak celebrate kat Fullhouse Restaurant je. Lagipun Fullhouse ni ade baru bukak kat Sunway Pyramid. So senang sket nak pergi. Bayangkan lah kul 11 pagi baru nak shoot g sunway nak booking tempat, nak beli kek. Pastu bergegas pulak gi Taipan USJ cari kedai belon. Ngade sangat nak belon bentuk2 love tu kan. Pastu masa tu jugak sms member2 siap pesan soh pakai baju kaler putih. Nasib baik member sume sporting.Akhirnya perancangan last minit aku berjaya jugak.

Walaupun suprise tak berapa nak suprise sebab kantoi masa nak masuk dalam Fullhouse tu. Konon2 aku macam saje2 la nak bawak dia makan kat situ. Berdua je. Aku dah soh member2 sume standby dalam Fullhouse tu tapi boleh pulak time aku nak sampai tu diorg dok berkeliaran kat luar. Terus kantoi. Hampeh betul budak2 ni. Ciss.


Baru sampai. Tetap nak tutup mata jugak walaupun dah kantoi.


Suprise!! Suprise la sangat kan. Haha.


Allah selamatkan kamu! Allah selamatkan kamu!
Allah selamatkan cinta hati saya.
Allah selamatkan kamu.

*Ya Allah. (pengsan sejurus selepas meniup lilin)

Hihihi.



First gift dari saya.
Besar gedabak kad ni sampai tak tau nak letak apa kat dalam tu.



Akhirnya ini je yang mampu di buat dalam kad gedabak besar tu.
Percaya tak aku siapkan kad ni sejam sebelum kejadian.


2nd gift. (Onistuka Tiger Mini.)
Ingat tak entry Happy2 Day aku yang lepas.
Menda ni la yang wat aku happy sangat.
Sebab dia memang dah lama mengidam kasut ni.
Dan aku pun memang dah niat nak belikan tuk bithday dia.
Masalahnya kasut yang ni Limited Edition nye.
Dah tak kuar lagi. Sikit punya susah aku nak cari.
Kat kedai memang dah takde. Online pun susah nak cari.
Tapi dah rezeki dia, seminggu sebelum bithday dia,
ade pulak
sorang mamat kat Lowyat.net jual dia nye collection.
Dan kebetulan size memang size dia.
Lucky you la sayang!


3rd gift. Ade orang kata tak elok bagi baju tuk pasangan.
Tapi aku tak nak percaya la.
Tak elok percaya benda2 karut nie.


4th gift from Naim.
Thanks Naim. Susah2 datang lepas kerja.
Nasib baik memang dah pakai baju putih.
(^_^)


Sahabat-sahabat yang sporting.
Thanks to Ary, Naim, Affa, Adi & Are Dye.

Thanks jugak kat adik aku ngan Nik yang rushing datang gak.

(Susah payah aku kena bawak baju putih dia).


Overall, aku sangat puas hati dengan suprise party yang tak berapa suprise ni. Dengan perancangan dan persiapan dalam masa yang sangat singkat, semuanya sukses! Dan aku sangat2 puas hati dengan layanan Fullhouse Restaurant ni. Tempat dah la cantik. Makanan sedap dan murah. (Makan 9 orang tak sampai RM 250.00 pun). Pekerja-pekerja diorang pun sangat la sporting dan peramah. Siap offer nak tolong amek gambar. Pastu dah la kitaorang customer paling last keluar. Takde pun diorang na k halau walapun masa tu dah nak tutup. Dan yang paling aku suka takde pun sibuk2 nak angkut pinggan time kitaorang ngah makan. Dia tunggu kitaorang keluar dulu baru dia setel. Kitaorang amek gambar cam nak gila pun diorang ok je. Memang aku recommended la tempat ni. Sesuai sangat kalau nak celebrate birthday kat sini. Bayangkan hari aku celebrate birthday ni, ade lagi 5 group celebrate birthday jugak. Memang happening la kat situ.

Gambar-gambar lain untuk tatapan korang ;


Makanan yang best!




.TAMAT.


From Cujen With ♥♥

9 comments:

  1. sweetnye cujen :) hepinye tengok ko hepi macam neh.dah seswai dah tu.aku tak mo ucap banyak cuma semoga ini pilihan tepat kamu.gud luck beb ;)

    ReplyDelete
  2. Bestnya suprise bday party nie.. !! jealous tak dpt join =(

    Nie mesti spend byk kan utk cinta hati :D Tapi takpe... worth it !!

    Anyhoo, I like the white theme !! Besties I baru2 nie pon white !! Bday I pown white :D like like..

    ReplyDelete
  3. wadah,
    thanks...
    doa2 kan lah tuk aku yer..

    ell,
    i terkilan u takde kat sini..
    kalau u ngan syazwan ade mesti lagi best...takpelah, next time kot..
    (tema putih tu buat sebab nak senang pilih baju..)hehe

    ReplyDelete
  4. aku pn tgh mencari idea ni besday utk tunang bln dpn ni..hehe

    aku doakan yg terbaik ok..jgn tunggu lama2..uuuuu...

    ReplyDelete
  5. Setiap kali pergi Sunway, mesti lalu kat Fullhouse. Menunya ok ke Cujen? Harga reasonable ke mengarut?

    ReplyDelete
  6. menu ok.
    dan harga mmg sangat2 reasonable..
    try la.

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..